above: CIKU
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Semoga hari-hari yang mendatang diharungi dengan ketabahan dan keceriaan.
Terima kasih atas kesetiaan bersama saya sehingga ada yang berkali-kali menyuruh saya update blog ini.
Saya ni bukanlah pandai sangat nak berkata-kata, dan akan memblog hanya bila ada isu yang merentap jiwa sahaja.
Seperti baru-baru ini, saya agak kecewa apabila membaca tentang isu politik kampus yang semakin tidak masuk akal.
Peristiwa rusuhan dan macam-macam lagi berlaku dek kerana ada mahasiswa dan mahasiswi yang tak berpuas hati dengan macam-macam hal sehingga menyebabkan mereka bertindak menunjuk perasaan yang bukan main lagi.
Sampai pecah pintu, ugut-mengugut dan laungan-laungan yang tidak langsung menggambarkan fakulti otak yang berfungsi secara rasional dan waras.
Cukup mengecewakan dan memalukan.
Ya mungkin, perkataan saya ini tiada landasan dan tiada disokong dengan pengetahuan yang kukuh tentang hal yang sebenar.
Apa pun, saya rasa paparan yang sedia ada di media massa arus perdana mahupun tidak, dan di internet... cukup memberi gambaran yang begitu memualkan.
Pengalaman saya sendiri ketika bergelar "undergraduate" di salah sebuah universiti tempatan juga tidak kurang pahitnya bilamana berkaitan dengan politik kampus.
Calon-calon yang taksub mengejar gelaran di pos-pos kolej kediaman mahupun universiti, perrrggggghhh i tell you.... macam ahli politik yang gila gelaran dan suka buat bising tapi kerja dan diri sendiri pun tak terurus.
Saya di antara mangsa yang tidak bernasib baik, telah diaibkan di hadapan penghuni kolej kediaman ketika dijadikan bahan gurauan di kafe oleh seorang "senior" yang sedang dalam proses mengaut undi sebagai exco.
Dia ni, by the way, seorang jejaka yang perasan macho, hensem dan digilai oleh mahasiswi.
Ciss bedebah....
Dan politik kampus secara keseluruhan, tidak langsung memberi apa-apa makna kepada saya sebagai mahasisiwi, mahupun kepada rakan-rakan sepengajian.
Kami lebih selesa dengan pengiktirafan rakan sepengajian secara mikro, iaitu melantik terus ketua di kalangan kami untuk dijadikan wakil atau penghulu, bersama-sama "exco"nya yang kami lantik sebulat suara.
Tiada kempen.
Kami lantik terus.
Dan sehingga ke hari ini, setelah lama bergelar graduan, apabila kami berhimpun di facebook mahupun di luar, mereka yang telah kami lantik itu terus menjadi ketua kami.
Cukup simple, telus, jujur dan ikhlas.
By the way, bedebah yang mengaibkan aku itu berjaya dalam undiannya dan berjaya menjadi exco selama setahun.
Tapi lepas itu, kantoi dalam pengajiannya lantas terpaksa dibuang universiti sebab akademiknya macam taik!
Allah telah memberikan habuan yang sepatutnya kepada dia.
Alhamdulillah, saya berjaya menjadi graduan, dan berjaya memegang ijazah.
Itu dulu.... walaupun kita tak suka dengan politik kampus dan sebagainya... tiada pula sampai merusuh dan bertindak luar jangkaan.
Seruan saya kepada mahasiswa dan mahasiswi yang mungkin terpengaruh dengan janji kosong anasir-anasir yang menggoda mereka:
1. sedarlah bahawa, kedudukan kamu di universiti itu adalah kedudukan yang telah menjadi rebutan beribu insan yang menginginkan peluang untuk melanjutkan pelajaran. Kamu adalah pelajar yang terpilih, jangan kamu sia-siakan kedudukan itu dan kamu harus buktikan kepada mereka yang tidak berjaya merebut kedudukan mu itu bahawa kamu memang insan yang selayaknya;
2. janganlah kamu taksub dengan gelaran dan pangkat. ia tidak akan menjanjikan kebahagiaan dan ketenangan selagi itulah yang kamu kejarkan. seandainya kamu memang pemimpin yang berhemah, kamu tentu akan sedia berkhidmat kepada masyarakat kampus dan rakan pengajianmu walaupun kamu tiada pangkat dan gelaran. Cerminkan diri kamu dan ketahui di mana letaknya keikhlasan dan kejujuran mu;
3. usahlah kamu terpengaruh dengan syaitan yang bertopengkan manusia yang sentiasa akan menjanjikan perlbagai kesenangan seandainya kamu beroleh pangkat dan gelaran. mereka hanya manusia. mereka bukan Tuhan. bukan mereka yang menentukan takdirmu.
4. seandainya kamu ingin berkecimpung di dalam politik kampus kerana itulah "passion" mu, dan ingin menjadikan ia sebagai landasan kamu untuk terus aktif dalam bidang politik setelah bergelar graduan, maka teruskanlah. tapi pastikan, keputusan akademikmu boleh dibanggakan, iaitu meraih ijazah kelas pertama atau masuk dalam senarai dekan. malah aktiviti ko kurikular mu juga boleh dibanggakan. semua seimbang dan mampu menjadi inspirasi kepada generasi mu.
wassalam.
betul! stuju ngan kak diba..ni baru pas seminggu pilihanraya kampus. haish..dlm proses tu macam2....sabo jelah...~
ReplyDeleteskang ngah tggu n melihat manifesto2 ditunaikan..insyaAllah..:)
Aunty Dib,
ReplyDeleteFinally! Errr....mengapa Ciku? Where's Rajoo?
My Mama said during her time, nak jadi AJK persatuan fakulti pun kena dapat kelulusan sponsor or else boleh ditarik balik biasiswa tu. Bukannya apa, kalau agak2 akademik tak seberapa tu, tak payahlah nak aktif sangat ko-kurikulum tu. Perjuangan pun kalau setakat dalam kampus tu, tanpa kelulusan HEP, satu benda pun tak boleh buat, kan? Especially kalau yang dah merusuh dan mengamuk tu. Apa dapat? Kalau kena buang ke, suspend ke, kan naya? Hutang PTPTN siapa nak tanggung?
Anyway, Mama had emailed you. Apasal tak jawab, dia tanya? purrrr....meow!
jefri...
ReplyDeletesian you.
sabor jer lah.
tak yah amik pot pun tak pe.
janji your studies complete with flying colours.
depa tu bukan bleh tolong u dapat grade best2.
manifesto tak manifesto.
all the best dear
cat-in-sydney...
ReplyDeletesori baru ari ni dapat bukak leptop.
tak balas bukan sebab apa, tak ada ruang nak jumpa.
alahai.
hi kak diba.. i tak into politik, lagi2 time kt U dulu.. lagik la malas nk layan kempen. sbbnye tak mendtgkan hasil pon kt kitorg. seingat i la, xpenah pon ade aktiviti menguntungkan lps dorg menang. part dorg kena buang tu byk gak berlaku..kire berkempen hebat tp exam xlepas.. hehe
ReplyDeletebetul..sokong 100%.we all pun buat perkara yang sama mcm kak diba.just lantik satu ketua, tak payah nak berpilihanraya bagai.perkara yang perlu diutamakan ialah PELAJARAN.semoga menjadi iktibar bagi generasi kini..
ReplyDeleteactually reading your post has made me to be proud of my decision to quit my pose here.i dislike politics.especially the bad one.thank you!
ReplyDeleteSalam kak,
ReplyDeleteFirst time nak comment ni :)
Setuju sgt ngan apa akak type. Tak kose tgk/denga/etc. Skang ni seems a trend to everybody, tak puas ati nak merusuh. Menuding jari sana sini. Boring people! Cari la idea lain. *duh*
p/s: The so-called macho guy yg dok aibkan org tu sekarang CEO/Director/Sultan? :p
ely hasrul,
ReplyDeletememang buang masa.
tah hapa2 yg dikejarkan.
malangnya attitude mereka terbawa2 sampai lepas uni.
menyampah.
ct hajar,
ReplyDeletesetuju.
penghulu kami, sampai sekarang jadi tempat rujukan.
byk perkara berfaedah dilaksanakan semasa dalam pengajian sehinggalah sekarang.
di kampus, kami manfaatkan pengalaman yg ada utk kebaikan pengajian semua.
di luar pulak, sampai sekarang kita masih berkomunikasi perkara berkaitan melanjutkan pelajaran, pekerjaan dll.
byk faedah.
alhamdulillah, silaturrahim pun berpanjangan di antara kami.
petite girl,
ReplyDeleteif you are really interested in politics and have a genuine passion to serve those around you, then go for it.
tapi kalau setakat giula kuasa dan perhatian, lupakanlah.
study ke arah cemerlang lagi byk faedah.
leymah giggs,
ReplyDeletei pun naik meluat dgn sikap org kita yg asik nak bergaduh.
bangsa asia (tak kira kumpulan ethnik mana sekalipun) seharusnya bangsa yg penuh budaya, adat dan santun.
tapi sekarang, entahlah.
asik nak merusuh.
arah tuju?
meraban teben org perak kata.
leymah giggs,
ReplyDeletethe senior who pulled a fast one with me tu.... entah... akak tak amik pot lah pasal dia.
yg penting dia kena buang uni ok.
hope he learned from experience, dan bangun menjadi insan yg berjaya.
tunang dia was my roommate.
dia pun sama je.
Kak Dib, a very good and sound statement. Ingat juga la masa kita belajar dulu bila masa nak buat pemilihan MPP. Saya memang tak ambil hal pun. Tapi oleh kerana saya menjadi pensyarah di salah sebuah IPTA di Malaysia yang mana melalui pilihanraya universiti baru-baru ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang berkempen dengan cara yang berhemah...hehehe. Ada beberapa pelajar saya yang masuk bertanding but i have firmly told them that you have to maintain good grades and show other people that even you hold positions you still can balance your life as a students....hehehe...hopefully they can do it. Ok akak have a nice and wonderful day!!
ReplyDeletensk2077...
ReplyDeletekudos to your students.
the ones yg boleh jadi inspirasi kpd mahasiswa lain, tu lah yg kita cari.
academic cemerlang, co curricular outstanding, barulah boleh jadi pemimpin yg disegani dan contoh yg boleh menjadi inspirasi.
i am enjoying jgn betulkan tv anda!
ReplyDeleteu look like u hv lost weight, quite a great deal. kindly share :)
ismi...
ReplyDeleteno secret.
i lost 23kg just by drinking lots of water. ;)
it really depends i think...in my uni its vry different ....students are very passive,and not competitive...so actually its more of the lecturer who pick the students to assist the students (Majlis Perwakilan Mahasiswa),but the problem is most are busy this ,that ,so they dont really held many activities ,and speaking of being wakil ,i dont get to see they say anything for the students ,so its more like club where you just go and party .... not only that ,they seemed to act like cut out from the rest and they dont communicate with the students ,at all ....haizzzz
ReplyDeletezaman skang..macam2 propaganda dah wujud..samada secare ilmiah atau tidak...dan hasilnyer...macam2 gosip timbul..hehe
ReplyDeletesalam AN,
ReplyDeletei'm glad that you continue blogging. lama dah tak singgah kat blog AN. he he AN dulu study at UPM kaan?
thanks coz you really give me an impression about this matter. my uni is not as extreme as others. as you mentioned, we only choose representative among ourselves and walla we go voting :)
all the best AN :)
grace...
ReplyDeletethat's not good either.
but at then end of the day, we do need student reps to help us out in any problems pertaining to studies.
it doesnt have to turninto a political campaign.
at the end of the day, you need to graduate with flying colours.
asna..
ReplyDeleteno i am not a UPM grad. pleaseee!
heheheheh..... i jauh depan sket je dari UPM..... UKM
yurn...
ReplyDeletebetul tu.
kalau yg diperjuangkan itu menjurus kepada peningkatan pembelajaran, contohnya buat projek yg boleh tambah kecemerlangan dalam pengajian ke apa ke, ok gak.
ni tah hapa2.
hello
ReplyDeletethat anonymous who said "hello" -- that's me -- nuraina samad..
ReplyDeletekak dibah kolej mana dulu? saya burhanuddin helmi..hehehhee
ReplyDeleteHai Diba my Diva!!!
ReplyDeleteTESL UKM ke?
Follow Diba dan letak kat bloglist ye.
hahaha...kak dib n jejaka perasan hensem..biarkan!..life ni simple if we think it is!..apapun...all the best kzk dib..lama x singgah blog akak...selamat berpuasa n selamat ebrhari raya~love always~
ReplyDeleteterbaik la kak dibah :D
ReplyDeletejadi MPP pon, aku tetap naik jalan kaki gak pg campus... tak bleh blah langsung...
ReplyDeletelike siket:)
ReplyDeletepolitic should be clean, tapi nak buat macam mana
the nature of politic sememangnya tahi. haha
terbaik kak dibah! sokong 100%..
ReplyDeletesandaran gelaran yg hanya ada pada nama menjadi megahan manusia-manusia yang tidak sedar, tanggungjawab itu satu amanah yg besar yang perlu ditanggung dan dijawab di akhirat kelak..
seronok baca entry kak dibah nih
ReplyDeleteI'm totally agree with u
:-)
Sekali post entri berapi. Kalau pos berkali-kali tentu bagai merapi. Updatelah selalu ya Dib :)
ReplyDeletetahu takpe. masa manifesto kemain sembang lebat nak jaga kebajikan pelajar la apa la last last apaaaa pun tak boleh. hahahaha XD
ReplyDeletehello dib!
ReplyDeleteSaya cukup bersetju dgn kenyataan u, memang lah pelajar u sepatutnya menumpukan kpd pengajian agar ptptn bertukar menjadi biasiswa.
taksub dgn politik kampus dan akhirnya membawa masuk fahaman politik luar kepartian membuatkan mereka berada dalam keadaan rugi.
saya cukup kesal dengan mereka yang tidak bersyukur bila diberi peluang dan ruang untuk masuk ipt tetapi tidak menghargai masa dan peluang yg ada.
cuba kak adibah baca blog saya nie...kalau kak dibah rasa enjoy,follow lah...
ReplyDeletehttp://bilabellebersuara.blogspot.com/2011/01/yasmin-ahmadtetap-dihati.html
yeah so true kak dibah. i mean, am now undergraduate at one of the uitm campus. peoples who are trying to act like a hell kind of crazy 'politicians' want to get the post so badly sampaikan xtahu mane kawan mane lawan. my pals pernah faced through that kind of situation. i mean they criticize in a way to get voters but it turned up badly. MAK BAPAK kite anta kita g u untuk belajar BUKAN UNTUK TERKEJAR2 KAN JAWATAN YG HANYA AKAN BERTAHAN XSAMPAI SATU TAHUN PUN.. face back into realities PEOPLE!!!
ReplyDeletetepuktepuktepuk sekali lagi tepuktepuktepuk! oang hantar pergi university belajor tu belajor je la. hehe nak politik tunggu habis belajor, kempen la puas2 :P
ReplyDeleteYeap! well said kak! Sangat penat dgn politik kampus...obses sangat diorang tu..
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak Adibah...
ReplyDeleteWau hebat juga ye entri ni ye...kami pun sokong juga apa yang Kak Adibah luahkan dalam blog ni...Kadang2 naik menyampah nak dengar isu2 politik mahasiswa mahupun diluar sana nun...pe pun suka n minat dengan suara Kak Adibah...pepun kami dah follow blog Kak Adibah...jangan lupa singgah & follow blog kami lepas ni...
http://mylovely-cats.blogspot.com
Thanks for your information, now in this new version there are so many new feature and bugs fix.
ReplyDeletegclub online
goldenslot
สูตรบาคาร่า
So cute. goldenslot
ReplyDeleteعزيزي العميل شركة الصفرات افضل شركة عزل اسطح بالرياض
ReplyDeleteذلك لاننا نستعمل افضل مواد العزل
كما لدينا عمال لديهم الخبره والكفاءه العالية
نقوم بالعزل الحراري والمائي والفوم
شركة الصفرات لعزل الاسطح
ReplyDeleteThis Is Really Useful And Nice Information. สูตรแทงบอล
This are such great articles. สูตรแทงบอล This articles can help you to make some new ideas.
สูตรแทงบอล I appreciate for reading my blogs.
Thanks for sharing the information. It is very useful for my future. keep sharing
ReplyDeletewordpress
blogspot
youtube
ភ្នាល់បាល់
Cool and that i have a swell provide: Whole Home Renovation Cost house reno on a budget
ReplyDelete