Tuesday, November 30, 2010

TAKSUB AGAMA DAN HERBA

above: i was inside the aeroplane when i took this picture of merapi 2 years ago.

salam.
harap semua dalam keadaan sihat walafiat.
lama juga tak melepaskan geram.
dah lama nak tulis pasal ni, tapi tak berkesempatan sehinggalah saya saksikan sendiri paparan berita yang agak memualkan.

straight to the point,
orang kita taksub dengan dua perkara iaitu:
1. apa2 sahaja yang berkaitan dengan "agama" dan
2. apa2 sahaja yang berkaitan dengan "herba"

agama:
saya pasti, anda juga menjadi mangsa rantaian emel dan sms yang kononnya dengan tujuan berdakwah.
kadang2 kita baca dan akur kerana emel dan sms itu kononnya adalah ke arah kebenaran dalam agama islam.
kadang2 kita jadi pak turut apabila di"tuntut" untuk sebarkan emel "dakwah" itu.
ya lah, kita pun jahil jadi bila ada orang nak tunjuk ke arah yang benar, kita turutkan sahaja agar kita dapat "tebus" kejahilan kita dengan melakukan sesuatu ke jalan Allah..... kononnya lah.... sedangkan kita sendiri tak tahu kesahihan kebenaran "dakwah" dalam emel atau sms itu.
pas tu, kalau bab perubatan alternatif... asalkan ada sahaja "dukun" yang kononnya menggunakan ayat2 suci al-quran... kita pun dok amalkanlah... dan baca tiap2 hari.... sedangkan kita tak tahu pun maksud atau tujuan ayat itu.
yang best tu, kita tak de pulak nak fokuskan tenaga kita untuk mencari kebenaran dengan bertanya kepada orang yang arif agama.


lagi satu pasal herba:
kalau tengok rancangan nona, drama2 melayu dan lain2 program yang "target audience"nya adalah melayu, kita tidak akan dapat lari daripada paparan iklan2 "herba" yang menjanjikan yang lama, panjang, licin, putih, gebu, kental, bergetah, ketat, besar dan banyak lagi.
kita pun percayalah... sebab semua produk itu dikatakan 100% dibuat daripada herba.... tak kiralah yang berbentuk kopi, pil, krim, gel, teh dan lain2 lagi.
kita minum, makan dan sapu kerana produk itu dikatakan mujarab sedangkan dari segi klinikalnya kita tak tahu keselamatan produk yang digunakan.

kadang2 saya sendiri dimarahi oleh orang kita apabila saya utarakan kesangsian saya.
sampaikan saya seringkali diselar sebagai melayu yang tak nak tolong melayu.

dan bab emel atau sms "dakwah" pulak, saya pernah dituduh sebagai seorang yang tidak mahu sebarkan "kebenaran".

sejujurnya, saya suka dengar penjelasan daripada YBhg Ustaz Dato Hassan Din, yang memudahkan segala pengertian dalam agama, dan menjelaskan segala kedudukan hukum hakam dalam islam berkenaan perkara2 seperti ini.

ada satu isu yang pernah pendengar utarakan kepada beliau merujuk kepada pengamal perubatan alternatif yang dikatakan menggunakan ayat-ayat suci al-quran.

penjelasannya mudah sangat.

dia tanya satu soalan yang mudah iaitu.... kita faham ke maksud ayat yang disuruh dukun tu kita amalkan?

ke kita main ikut aje tanpa usul periksa?

ayat2 itu belum tentunya sahih kerana ia mungkin jampi serapah yang tah hapa2 yang bunyinya macam arab.

padahal kita tak faham pun bahasa tu apatah lagi disebabkan kurang ilmu dalam hal-hal agama atau ayat2 suci al-quran... asalkan bunyi arab je kita percaya ayat tu wujud.

yang dipaparkan dalam berita tadi pun agak menarik.

ada individu yang berhujah dengan kononnya mengambil maksud ayat daripada al-quran... maka dengan taksubnya, ada orang kita yang tabik hormat kat individu tu kononnya.... terer betul dia... sampai quran pun dia baca walaupun agama anutannya terang2 bukan islam.

kita yang tak tentu lagi khatam ke tidak ni, percayalah ayat yang diungkapkan dan maksudnya itu adalah wujud.

(syabas kepada mereka yang telah menjelaskan maksud dan tafsiran sebenar ayat suci itu)

samalah jugak apabila, orang kata kalau minum daripada sesebuah mangkuk yang kononnya telah ditulis dengan ayat-ayat quran, kita akan terang hati dan jadi pandai.

tak perlu baca buku? tak perlu menelaah? tak perlu berfikir?

patutlah orang dok ketawakan orang kita.

patutlah orang dok fikir kita ni senang dibeli.

patutlah orang lain dok pandang rendah kat kita.

patutlah ada orang sanggup jadi pak turut hanya kerana ada orang lain yang menjanjikan kedudukan yang tinggi untuk kita kalau kita turut kata dan kehendak dia.

patutlah orang dok perlekehkan agama kita.

kita sendiri yang buat semua nih kepada orang kita sendiri,

janganlah nak salahkan orang lain.

orang lain memang tunggu peluang keemasan untuk jatuhkan kita, apatah lagi bila kita sendiri bagi mereka laluan mudah yang mereka impikan selama ini.

kita yang salah.

jangan salahkan orang lain.

aku suka titah sultan selangor tadi.

tapi.... tak bermakna aku setuju.

kita kena tengok apa yang kita sendiri telah lakukan.

ya, kita nak pertahankan ketuanan kita.

tapi adakah ketuanan itu terhormat dan dihormati?

kalau kita terhormat, pasti kita dihormati dan pasti tak akan timbul persoalan hendak memusnahkan ketuanan itu.

tapi.... sedarkah wahai bangsaku.... kita hanya "tuan" di tanah ini sahaja?

tempat lain, tak ada siapa pedulikan kita sayang.

27 comments:

  1. ..salam, an..ada beberapa perkara lagi..3) apa apa saja berkaitan dengan bomoh..4)hasad dengki sesama bangsa sendiri..:) selainnya, you got it spot on..

    p/s..

    ..wished you would blog more often..a bit early, but, selamat tahun baru..

    ReplyDelete
  2. Aunty Dib,
    Lama hilang...Angelina rindu tau! Seronok dengar cikgu membebel ni...you and my Mama seem to be on the same wavelength. How come? She can get away with her mulut laser since...maklumlah...dah jadi Mek Salleh celup. Delete aje email yang mengarut tu...silap haribulan kita pulak jadi syirik. Wallahualam. purrr....meow!

    ReplyDelete
  3. sgt setuju..walaupun mcm2 ustaz dah jelaskan perkara tu..dok jugak anto email2 berantai.. bab2 herba pun sama..makin ramai guna perkataan makanan sunnah.. dgn macam2 kebaikan.. wallahualam

    ReplyDelete
  4. pak mat,
    yes... yang pak mat sebut tu pun betul hahaha!
    i try my best to blog as often as i could ok dear!

    ReplyDelete
  5. cat in sydney!
    meeow! miss ya bebeh!
    cant wait to meet your mom!

    ReplyDelete
  6. mama fatin,
    ya itulah yang paling menyedihkan.
    senang2 kita kena jual.
    senang2 mereka katakan sunnah itu dan ini.
    harap2 hati kita terang dan waras serta bijaksana untuk mengenal mana yang jujur dan benar.

    ReplyDelete
  7. 1stime here. like ur voice :)
    also like u act in PCK..i same kampong as PCK :)
    just wana say now is really the time where lies, deceptions are rampant. we pray dat we dont fall prey :)

    ReplyDelete
  8. Hi u nampak kurus sikitlah. Apa herbal products yang u ambik. Nak ikut jugalah. My weight tak boleh turun2. Maklumlah, kuat sumbat.Dah nak buat macam mana malaysia banyak makanan.

    ReplyDelete
  9. salam kak dib..lama x singgah di sini..membaca entry kak dib..(blog sendiri pun br lately updated)..was busy ngan keje2 opis n commitment yang x pernah surut..(alasan~sikap orang kita jugak kan...favorite!)...benar..kalo 'bangsa' melayu ni...disogok pasal agama n herba...semuanya 'iyakan' jer....bukan senang nak jaga tawhid dan aqidah..semoga tidak terpesong di antara kita di sini dr menduakan Allah....

    pasal agama and herba since i was study kat U**M....pendekatan dn pendedahannya sangat bagus..tp ada yang x bagus....pembawakan segelintir orang2 yang kononnya mendokong agama..yang...membezakan antara mereka2 dan kami2....terutama sekali bila bab bertudung....huish...inikah orang yg akan jadi pendakwah..."mentang2 aku pakai tudung biasa2 jer..x labuh...ko tak salam ngan aku yang duk sebelah kawan aku yang bertudung labuh...What the...tut..tut..."itu ker contoh tauladan.....

    bab herba...hehehe....itu tajuk research master saya....penggunaan pokok2 herba dalam perbidanan melayu lama....niat utama..nak document kan...unwritten sources ni sebab penting untuk generasi akan dtg...-tp yang sy sedar..memang bangsa kita..malas membaca..malas mengkaji...main terima jer....main ikut...

    (eh terpanjang...sorry kak dib...)

    ReplyDelete
  10. ismi,
    thanks for dropping by.
    let's hope we all make use of all our brain faculties... the best gift from Allah.
    :D

    ReplyDelete
  11. anonymous,
    saya mengharamkan diri saya untuk guna produk "herba" yang belum tentu selamat.
    kalau produk atau supplement yang telah mendapat pengesahan daripada kementerian kesihatan, barulah saya guna.
    saya dapat turunkan berat badan hanya dengan mengamalkan minum air kosong.
    makan macam biasa, tapi minum... lebihkan kepada air kosong.
    dan minum banyak2.
    makan.... setiap 3 jam saya akan makan.
    saya makan yang berat untuk makanan yang pertama dalam hari saya.
    makanlah apa pun sepuas selera.
    lepas tu setiap 3 jam saya akan makan.
    tapi bukan makanan berat.
    sekadar snek roti atau buah2an dan air kosong.
    dengan cara itu, saya tidak akan berasa lapar, dan tidak akan makan dengan banyak bila kelaparan melanda.
    dan teknik ini akan membuatkan metabolisma kita sentiasa bekerja.
    sebelah malam, saya cuba minum nestum atau makanan snek sahaja daripada makan makanan berat.
    kalau nak lebih efektif lagi, berjalan kakilah setiap pagi.
    gerenti dapat kurangkan berat badan.
    supplement pula, untuk mengawal kolesterol saya ambil supplement minyak ikan yang kaya dengan omega 3.
    saya juga mengambil pil lecithin untuk mengawal lemak pada otot2.
    untuk perjalanan hormon yang baik saya ambil evening primrose oil.
    hati2 bila membeli vitamin.
    sebab ada kapsul yang dibuat daripada gel jelatin daripada haiwan.
    gunalah safwa.
    kapsulnya dibuat daripada gel yang disahkan halal.
    tapi supplement ini hanyalah apabila perlu sahaja.
    saya ambil supplement ini sebab saya perlukan ia kerana ada masalah kesihatan yang tertentu.
    cubalah :D

    ReplyDelete
  12. cik chumie,
    hai... bab bertudung pun ada discrimination?!
    ish ish ish.... depa tu patut revalue why they wear the tudung in the first place.
    cisssss.... taksub... riak....

    anyway, i think what you are doing is mighty noble.
    it is good to learn of how safe and effective the traditional meds are.
    at least, kalau terbukti memang baik, kita boleh lah gunakan tanpa was2.
    kudos dear!

    ReplyDelete
  13. sokong dan setuju dgn Kak Dib..

    setuju juga dgn cik chumie..

    Zaman Dajjal la sekarang ni. Banyak manipulasi dan manusia yang 'kurang' amat mudah dimanipulasi. Saya juga pernah dilabel sbg org yg tak mahu terima kebenaran bila mempersoalkan kesahihan ayat2 Quran (kononnya) yang dirantaikan melalui email dan disuruh sebarkan. siap ada warning, 'nanti dlm sekian..sekian hari ko tak sebar ko kena laknat lah..bla..bla..' paling best, bab penjaga makam Nabi tu (maybe u have heard or even received the email). sangat kelakar. Lucky me, i tend to search in hadith soheh the related quote etc. kot tak ada, tak jumpa, mmg kencing la tu..

    bab agama, nak main2. Tuhan je tau takat mana iman seseorang tu. pakai tudung labuh tak semestinya dia kuat agama. berserban lilit panjang mana pun, belum tentu kukuh imannya. kalau tgk dr pakaian, bukan main litupnya. tgk sekeliling dia, kehidupan dia, bersih pun tidak! bau badan, astaghfirullah! hahahaha.. elok lagi la org yg 'free hair' tp solat tak tinggal, baca quran lancar dan adab terjaga. tp, yg pakai skirt pendek sejengkal tu, walau dia free hair pun, dah tentu2 tak kuat bentengnya. Dalam Quran pun dah sebut (lupa pulak ayatnya), yang bermaksud lebih kurang 'akan ada waktunya nanti, apabila masjid dijadikan 'benteng' dan tempat sebaran dakyah dan apabila ditanya, akan nanti jawapan mereka yang berlindung di dalam masjid itu, 'kami penjaga masjid ini, dari mereka yang munafik', sedangkan mereka itulah penyebarnya.' nauzubillahiminzaalik!! manusia sebegini sudah banyak bertebaran di muka bumi. Allah dah bg peringatan sedari awal lagi!

    Herba.. berlambak pulak iklan dalam tv tu. TV pun main lepas jek. takde lah nak cek itu ini. Asal ada duit utk rolling, terima apa jua jenis iklan. Kak Dib, saya percaya gamat healin, susu kambing dan minyak kelapa dara je. Herba2 lain, sama macam Kak Dib la, saya tgk label KKM dan JAKIM dulu. Tak nak nanti apa yg saya mkn memudaratkan diri dan seterusnya memberi efek pd anak2 pula.

    sayaaaaaang Kak Dib! sori ekk.. membebel pulak. dah terbiasa membebel dgn anak2 la niiii! hehehehheheeh

    ReplyDelete
  14. http://eraerzarusli.blogspot.com/2011/01/herba-dan-kecantikan-wanita-sila-jangan.html <--- kak dib! sila komen.. huhu..

    ReplyDelete
  15. hai kak dibah..1st time singgah blog akak..^^

    ReplyDelete
  16. Kak dibah.tadi ade jumpe akak kat victoria station 17 Jan 2011.boleh mintak tlg number telefon org berkenaan?
    Parents mintak, nak cek pasal nak jadi MC wedding
    Boleh ke?
    email ke mick-boy@mailcity.com
    takut privacy issue

    ReplyDelete
  17. lamanya tunggu post dari cik adibah ni.. setiap hari ziarah nak tunggu buah fikiran yg baru.

    ReplyDelete
  18. eraerzarusli,
    best komen you.
    i suka sikap you.
    harap kita semua ambil iktibar dari peringatan Allah itu

    ReplyDelete
  19. eraerzarusli,
    best komen you.
    i suka sikap you.
    harap kita semua ambil iktibar dari peringatan Allah itu

    ReplyDelete
  20. anonymous...
    my email is adibah_noor@yahoo.com

    ReplyDelete
  21. siti azizah...
    saya tak berapa kreatif.
    saya cuba k.

    ReplyDelete
  22. i love your blog! ^^ maybe because i can relate to your thoughts.. and i agree with you! hehe~ ^^

    one thing that i dont like with people yg taksub with agama is that they think that everything that they do is the right thing in Islam.. i noe i'm not really good on topic of our religion but i do try my best not to turn my back on Islam and Allah S.W.T.. its just that some people thoughts are just too 'kolot' for me.. i'm sorry if i sounded to rude.. in school we are thought on Islam and Globalisation.. but then why they still think like so? like i said before Islam is not agama yg memaksa.. thats why they say Islam is a beautiful religion.. but somehow these people just make islam seems impossible.. u cant do this and u cant do that... of course there are things that u cant do but please if they want to scold us scold in a proper method.. and please give good reason as to why we shouldnt do this and should do that.. if you cant give a good enought reason and just say "sebab x boleh lah!" then why would i listen to you.. i mean that responses just show that they are just not well informed about it as we do.. and at the end of the day they just makes the people confuse and not making people to understand more... i know what are my rights to say all this things but sometimes you need to have a good reason and explanation and if possible and example as to why we cant do this n that and not just simply say "you cant do that". everything that happens in this world Allah did is w/ reasons.. there is nothing that He do without any reasons.. and i believe that.. another thing is that i dun like how people react when they are with those who are in different religion.. i mean what did they do wrong to you? i know some caki maki our agama.. but when you think about it.. its not their fault.. its us who did not do well in protecting our own agama.. say that you pray 5 times a day but you go clubbing and drink arak.. or let say you you tutup your aurat fully and do all the good deeds but you maki hamun org lain.. i noe manusia bukan makhluk yg sempurna tapi kalau tahu diri tak sempurna then why go boast about you being the perfect human in Islam? i'm not a good person either but i dont boast about anything.. i noe what is bad and what is good.. i try my best to understand and look for reasons of good and bad and all those things that they thought us in school... but you dun see me boasting around and nak konon2 tujuk kat org yg i noe more about our religion than you do.. if there is something that a friend do is wrong we should talk to them nicely in a way that wont make them think that our religion is too forceful or impossible for one to follow.. byk org yg dari agama lain convert to Islam and alhamdulliah, n they went to the right person the learn all the things that they need to know.. sutimes i think that those yg baru masuk Islam has much better understanding in Islam that those yg born with the religion.. i'm just saying.. sorry if i offended any one and sorry if the things that i say doesnt make sense to any of you.. ^^

    and about the herbs and wat not i'm not really sure..i mean if it is really good dont you think that doctors/pharmacist would recommend that to us? just saying~ ^^

    sorry lah tiba2 jd hyper.. heheh~ ^^ hope no one terasa hati or tersinggung perasaan.. i didnt mean any harm to anyone.. just some of my thoughts.. if i'm wrong in any way.. forgive me.. coz as i know we humans are not perfect... ^^

    ReplyDelete
  23. miexah..
    i hear and feel what you are saying.
    we shouldnt profess that we are "perfect" just because we are muslims.
    i do believe that all religions are beckoning their believers towards good.
    we should respect other people's beliefs as much as we expect them to respect ours.
    enuff said.
    the world would be a better place if we simply respect each other.
    kan?

    ReplyDelete
  24. Semoga kita tidak menjadi tuan tanah yang sudah tidak bertanah :)

    ReplyDelete