Monday, April 19, 2010

DARI HATIKU

salam.

agak lama juga tidak mengetuk kunci kibod di laptop untuk mengisi ruang di sini.

alhamdulillah, konsert kau di hatiku menerima sambutan yang luarbiasa dari segi emosi dan kasih-sayang yang dilemparkan dan didakap oleh semua yang berada di dewan utama, manhattan ballroom, berjaya times square hotel pada 9 dan 10 april lalu.

umum sedia maklum sambutan dari segi wang ringgit pembelian tiket dan meja agak suram.

malah saya terpaksa menanggung segala kos, agar hasil penjualan itu dapat didermakan.

kalau saya nak guna wang yang terkumpul untuk menanggung kos, pasti tak ada satu sen pun yang dapat didermakan.

dengan seikhlas hati, saya sanggup menanggung kerugian, kerana apalah wang ringgit jika dibandingkan dengan limpahan rahmat Allah swt pada kedua-dua malam konsert berlangsung.

saya bersyukur teramat sangat ke hadrat Allah swt kerana misi untuk memberikan persembahan yang terbaik telah menjadi sesuatu yang luarbiasa dan di luar jangkaan saya sehingga membuatkan saya tergamam dan tidak henti-henti memanjatkan syukur ke hadratNya.

komitmen daripada setiap artis yang terlibat adalah luarbiasa dan mereka ternyata tidak berkira dalam memberikan persembahan yang tersangat baik walaupun ganjaran yang telah saya janjikan kepada mereka adalah amat kecil jika dibandingkan dengan harga yang mereka biasa letak untuk persembahan korporat mereka.

kasih sayang tulus dan ikhlas daripada setiap penonton/peminat yang telah membeli tiket amat dirasai dan terpahat di setiap hati kami.

kejutan yang sengaja saya rahsiakan daripada penonton, "menjadi".

kemunculan zaiton sameon nyata membuatkan semua yang berada di situ merasakan emosi, jiwa dan nurani anak seni yang dipinggirkan itu apabila semua berdiri memeberikan zaiton "standing ovation" dan ramai juga yang sebak dan menitiskan air mata.

saya tidak mampu mengungkapkan kejadian luarbiasa pada konsert kau di hatiku selama dua hari itu.

yang mampu saya ucapkan ialah, syukur alhamdulillah, kerana limpah rahmatNya mencurah-curah tanpa henti.

syukur alhamdulillah.

25 comments:

  1. salam kak adibah..
    lamanye x update..isk3..
    hmm..keep up the good work ok..!!!

    ReplyDelete
  2. Oh...Ibu Mertuaku,
    Welcome back to blogosphere. Rindu tau! Glad the show went on as scheduled. Yang penting...ikhlas.... purrr...meow!

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah kak :) setiap perbuatan baik insyaallah akan dibalas olehNYA. bak kata kak rohana jalil, "aku insan yg lemah.. hanya mampu berserah".

    ReplyDelete
  4. congrats kak diba sempena kejayaan konsert kau di hatiku..
    moga rezeki kak dibah melimpah ruah lagi..
    aminnn..

    ReplyDelete
  5. ..tahniah..as
    Cat-in-Sydney says..yg penting ikhlas..

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Dib,
    Syukur, Alhamdulillah and Tahniah.

    ReplyDelete
  7. Salam Kak dib.
    seronok jumpa kak adibah noor di sini..
    Bila nak datang UKM lepak2 dekat kolej ibrahim yaakub..saya baru je tahu kak dib alumni kolej berkenaan...

    ReplyDelete
  8. wahhhhhhhhhhhhh i luv ur picccc kak adibahh......

    ReplyDelete
  9. Akan mencurah2 rezeki Adibah kelak.

    OLDTIMER

    ReplyDelete
  10. Tahniah konsert amal kau dihatiku mendapat sambutan menggalakkan,saya ingin memberi cadangan untuk kebaikan para artis.Saya dari etiqa takaful menyarankan para artis dan sesipa sahaja membuka akaun simpanan dari serendah RM200++ untuk jaminan perlindungan serta simpanan persaraan,kita tidak menjangka sesuatu musibah akan berlaku pada kita,dengan adanya kad perubatan sehingga 300K,dapatlah menampung kos-kos perubatan tanpa menjejaskan nilai simpanan kita.Sekiranya perlu simpanan boleh dikeluarkan setahun sekali pada kadar 80%.Ini salah satu cara memberi jaminan masa depan supaya tidak ada lagi golongan artis yang ditimpa masalah kesihatan@apa harta yang dpt ditinggalkan utk tersayang...fikir2kan

    ReplyDelete
  11. Kak Diba,

    Tahniah atas kejayaan menganjurkan Konsert Kau Dihatiku. Walaupun kurang mendapat sambutan tapi tidak mengapa, yang penting Kak Diba ikhlas melakukannya. Semoga Allah merahmati & memberkati Kak Diba. Amin.

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum.
    kak dib, bila la nak merasa tengok konsert kak dib kat sarawak. kalau boleh surprise mama tgk konsert kak dib kat cnie kan best. =)

    izzie xoxo

    ReplyDelete
  13. salam

    adibah...first time dropping by...just came to know your blog..will find time reading it all...keep on writing okay!

    nj

    ReplyDelete
  14. Salam Kak Deebz,

    sayangnya konsert ni tak dianjurkan di Brunei...rasanya boleh laku kot disini hehehe...just want to give a thumbsup to your latest album...Teman...the songs in it are so beautiful and heartfelt...saya ketawa bila dengar lagu Joget Tak Senang Hati...seolah-olah saya tahu buat siapa lagu tu ditujukan...secara langsung atau tidak...sesiapa yang rajin mengikuti blog2 artis kita ni...you will definitely know what I meant...my favourite songs have to be "Bulan Dan Mentariku", "Sesalju Impian" and paling menyentuh lubuk hati saya ialah "Haruskah Terpisah Akhirnya"...terlalu relevan dengan apa yang sedang saya alami sekarang...sebuah cinta yang tulus ikhlas lagi suci terpisah begitu sahaja walau sekelip mata mengecap kebahagiaan...hati luka yang merindukan kasih sayang dipendam dengan melukis senyuman walau terasa hiba dlm jiwa...huhuhuhu...emosi pulak...alamak ahaks...all in all...the album is great and the album concept with the booklet contents are so cool...suke tengok tulisan tangan dorang :)

    thank you Kak Deebz :)

    ReplyDelete
  15. kak deba, baru tau ade blog... i love u ...

    u r followed! :)

    ReplyDelete
  16. Kak Deba, lame nyer mengetuk, cian kat keyboard tu.. hihihihi..Last weekend baru tgk kak Deba kat konsert af8, sy nie bukan af follower tp tak sangka la buka2 tv nampak kak Deba kat citu.. So stay la jap.. Congratz for the concert.. Kalo ader ape-ape xtvt amal yg boleh we all blogger join habak la mai sekali.. paling tidak buat post kat blog masing2 jadi la kan.. hihihihi.. congratz again Kak Deba

    ReplyDelete
  17. Salam Kak adibah..
    Setelah kian lama mencari baru jumpa blog ni huhu..
    terseronok sorang2 pulak jumpa blog ni haha...
    Kat Facebook pun bukan kak dibah, cuma fan punya account je huhu..

    Btw, saya teringin sangat nak tahu apa rahsia Kak adibah punya suara wow powerful...
    Biarpun Kak adibah bertubuh besar(no offence) tapi panjang nafas and naik bulu roma kalau nyanyi. Saya dah lama tak sing dah somput semacam plak rasanya haha..
    Sori tanya cam pesakit tanya doktor but I'm always amazed with ur voice.

    ReplyDelete
  18. Huh I'm ur 203 follower huhu..
    ok sorry overexcited haha...

    ReplyDelete
  19. kak deeba sihat ke?
    mesti busy kan? coz lama tak update blog
    I miss you... perhaps everyone miss u...

    slam ramadhan...

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete