Monday, April 19, 2010

DARI HATIKU

salam.

agak lama juga tidak mengetuk kunci kibod di laptop untuk mengisi ruang di sini.

alhamdulillah, konsert kau di hatiku menerima sambutan yang luarbiasa dari segi emosi dan kasih-sayang yang dilemparkan dan didakap oleh semua yang berada di dewan utama, manhattan ballroom, berjaya times square hotel pada 9 dan 10 april lalu.

umum sedia maklum sambutan dari segi wang ringgit pembelian tiket dan meja agak suram.

malah saya terpaksa menanggung segala kos, agar hasil penjualan itu dapat didermakan.

kalau saya nak guna wang yang terkumpul untuk menanggung kos, pasti tak ada satu sen pun yang dapat didermakan.

dengan seikhlas hati, saya sanggup menanggung kerugian, kerana apalah wang ringgit jika dibandingkan dengan limpahan rahmat Allah swt pada kedua-dua malam konsert berlangsung.

saya bersyukur teramat sangat ke hadrat Allah swt kerana misi untuk memberikan persembahan yang terbaik telah menjadi sesuatu yang luarbiasa dan di luar jangkaan saya sehingga membuatkan saya tergamam dan tidak henti-henti memanjatkan syukur ke hadratNya.

komitmen daripada setiap artis yang terlibat adalah luarbiasa dan mereka ternyata tidak berkira dalam memberikan persembahan yang tersangat baik walaupun ganjaran yang telah saya janjikan kepada mereka adalah amat kecil jika dibandingkan dengan harga yang mereka biasa letak untuk persembahan korporat mereka.

kasih sayang tulus dan ikhlas daripada setiap penonton/peminat yang telah membeli tiket amat dirasai dan terpahat di setiap hati kami.

kejutan yang sengaja saya rahsiakan daripada penonton, "menjadi".

kemunculan zaiton sameon nyata membuatkan semua yang berada di situ merasakan emosi, jiwa dan nurani anak seni yang dipinggirkan itu apabila semua berdiri memeberikan zaiton "standing ovation" dan ramai juga yang sebak dan menitiskan air mata.

saya tidak mampu mengungkapkan kejadian luarbiasa pada konsert kau di hatiku selama dua hari itu.

yang mampu saya ucapkan ialah, syukur alhamdulillah, kerana limpah rahmatNya mencurah-curah tanpa henti.

syukur alhamdulillah.

Monday, February 22, 2010

KAU DI HATIKU (YOU'RE IN MY HEART)

Adibah Noor Entertainment supported by the Berjaya Times Square Hotel & Convention Centre, Kuala Lumpur is proud to present a showcase of performances by renowned Malaysian artistes of various genres.

They are:
Zainal Abidin, with his Afro-Asian forte
Atilia, jazz songstress
Aizat, award-winning, young and very talented popular singer/songwriter
Amy Mastura, pop songstress
And
Adibah Noor, local entertainer

There will also be surprise performances by other Guest Artistes as they will be jamming with the main artistes throughout the evening.

Those who have confirmed their attendance are:
Bob, Betty Banafe, Nizam, Sabhi Saddi and the Dead Mushroom band

The above event will take place as follows:

Date: 9th & 10th April 2010 (Saturday)
Time: 7.30pm
Venue: Manhattan Ballroom, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur

We humbly seek your contributions in terms of tickets and table purchases to enable us to pay for all the costs incurred in the organisation of this concert.

Your contribution will also help us maximise our donations to the beneficiaries.

Below is a price list with sponsorship options.


9th April 2010 – Charity Concert

Theatre seating, no dinner, free seating RM50 per seat
Food and beverage will be sold outside the ballroom in case guests are hungry and thirsty.


10th April 2010 – Charity Gala Dinner Concert

Gala dinner concept, 4-5 course Western Dinner, each table seats 8pax for optimum view and comfort

3rd tier RM300 per seat or RM2,000 per table

2nd tier RM400 per seat or RM3,000 per table

1st tier RM500 per seat or RM4,000 per table

Silver sponsorship RM5,000 per table(10 tables allocated)

Gold sponsorship RM10,000 per table(5 tables allocated)

Platinum sponsor RM15,000 per table(2 tables allocated)

Sponsors will have their company names and logos mentioned and printed on all publicity events and materials.

The beneficiaries whom we have identified to benefit from this fund-raising event are those who are in the entertainment industry, journalism industry and the less fortunate in general.

They are:
Actor, M Rajoli
Singer, Zaiton Sameon
Wardrobe Assistant, Shahrom
Actress, Ida Nerina
Actress, Azean Irdawaty
Writer, Seri Bayu
Journalist, Karim Sulaiman
Veteran Singer/Songwriter, Tan Sri SM Salim
Veteran Actress, Neng Yatimah
Veteran Actor, S Shamsuddin
Veteran Comedian, Yahya Sulong
Tabung Bersamamu TV3

More will be identified with the cooperation from SENIMAN as we intend to bring this charity event for a road tour, visiting major cities like Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Sabah and Singapore.

Please email adibah_noor@yahoo.com for reservations and enquiries.

We thank you in advance for your generosity and for helping us make the event successful in aid of our less fortunate peers and those others in need.

May Allah Bless You.

Sincerely yours,
ADIBAH NOOR MOHD OMAR
for ADIBAH NOOR ENTERTAINMENT

Tuesday, December 15, 2009

I'M HUMAN, JUST LIKE YOU!: CELEBRITY DILEMMA #3

above: ABOO (pssstttt cat-in-sydney... doesn't aboo look like you a bit?)

SPONSOR OH SPONSOR!

salam.
terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua followers yang telah sudi memeriahkan lagi blog saya yang seadanya ini dan jarang sekali update hehe.
thanks so much k.

entry saya kali ni ada kena-mengena dengan aktiviti terkini saya.

buat masa ini, saya ber"kampung" di tanjung kling melaka untuk penggambaran sebuah filem bertajuk "CRAYON".
tak mau le cerita lebih-lebih sangat tapi ia berkisar kisah kemelut yang melanda sebuah rumah anak yatim.
menurut penulis dan pengarahnya, ianya diinspirasi daripada peristiwa benar, yang kemudian diolah menjadi satu cerita untuk tatapan masyarakat.
seronok juga bekerja dengan wajah-wajah baru tapi berbakat.
bila dah war-war nanti kita cerita lebih lanjut ya.

terdetik keinginan mengupas dilema yang sering berlaku kepada setiap produksi yang kononnya ada sponsor itu dan ini.
situasi yang saya alami sekarang ini adalah seperti berikut:

pihak produksi sudah mendapat sebuah resort kelas sederhana sebagai penaja penginapan sepanjang penggambaran.
bukan itu sahaja, mereka tapau sekali dengan katering dari resort yang sama sepanjang penggambaran.

sejurus sampai di resort itu pada jam 3pagi, saya diberikan sebuah apartmen dua bilik.
agak selesa dan bersih jugalah keadaannya walaupun paip di bilik air ada yang bocor dan tilam yang melendut bila anak gajah ini berbaring di atasnya.
rasa-rasanya ada beberapa spring tilam tu yang tercabut kot heheh.
tapi, ya lah... saya tetap bersyukur, kerana keadaannya agak selesa jugalah dan bersih.

keesokan harinya selepas penggambaran hari pertama, saya pulang ke resort dan diberitahu oleh pihak resort yang saya kena pindah ke apartmen lain sebab yang saya dapat semalam mereka nak guna.
nak tak nak, saya pun kemaskan barang dan berpindahlah ke apartmen yang diberikan.

masyaallah, daifnya keadaan apartmen itu dan saya rasa amat terhina apabila diberikan tempat yang seperti itu.
paip bocor, lantai shower berkarat yang kalau terseradung, mesti kena gangrene punya lah.
wallpaper koyak sana sini, sofa yang bertahi lalat, hitam dan kotor... dan macam-macam lagilah.

saya memang mengeluh besar, lantas membuat keputusan untuk keluar terus dari resort itu dan check-in ke tempat yang jauh lebih selesa... dan bayar dengan duit saya sendiri.

kesian, kru dan pelakon lain terpaksa berkampung di resort apartmen yang hanya elok untuk lipas dan tikus.

makanan yang mereka sediakan pun, masyaallah.
bila kunyah sayur, terasa pasir, kunyah ayam kicap dagingnya pulak tak masak.
pendek kata, RM40 satu kepala yang dibayar kepada mereka (bukan sponsor k, kita bayar) memang tak berbaloi.

entahlah, sejauh mana kejujuran dan keikhlasan mereka yang bergelar sponsor.

mungkin pentadbir resort tu anggap, kami ni dah cukup bernasib baik mereka sudi nak bagi kita duduk situ.
tapi pihak produksi pulak kata, bukan semua bilik tu sponsor!
yang resort tu sponsor cuma ada beberapa bilik sahaja.
yang selebihnya, pihak produksi bayar, dengan harga yang istimewa.
istimewa pun, kira bayar jugak kan!

mungkin banyak juga sponsor yang bermentaliti sedemikian.
dah cukup baik mereka nak bagi, jangan lah nak merungut ya!

the thing is, kita bukan minta sedekah.

terpulang, kalau tak nak sponsor, tak apa.

kalau nak sponsor, faedah yang dijanjikan ialah sebutan nama penaja dalam filem dan mungkin bila servis dan produknya bagus, kita akan sebut dan sarankan pada orang lain jugak.

kira bagi free advertising lah kan.

ya lah, kalau mereka nak iklankan produk mereka, kenalah pulak bayar air time la itu dan ini.
so bila ride on a film, maka setiap kali ada publisiti mengenai filem itu, maka terteralah nama resort mereka.

lambat laun, melekat jugak di ingatan khalayak yang menonton.

it is a win-win situation.
always win sebenarnya.

namun, itulah dilemanya.
sponsor yang bermentaliti superior sampai kita nih dijadikan seperti beruk yang makan sampah.
bukan nak dilayan sebagi diva atau kelas atasan.
memadailah kalau tajaan itu membangkitkan lagi semangat untuk berkarya.

bak kata singh yang jadi jaga dalam seniman bujang lapok:
"lu punya nasib lu makan, dia punya nasib dia makan, apa salah lu makan sama-sama"

tak gitu?

Sunday, November 29, 2009

KONSERT SHARIFAH AINI & FRIENDS



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Semoga sambutan Aidil Adha disambut penuh kesyukuran dan keredhaan.

Seronok pulak dapat makan rendang dan lemang.... yang terakhir kali makan masa raya Aidl Fitri dulu ya.

Entry saya kali ni ialah untuk mengumumkan tentang Konsert Datuk Sharifah Aini and Friends yang akan berlangsung seperti maklumat yang tertera.

Siri Konsert Datuk Sharifah Aini & Friends ini akan diadakan untuk mengutip dana bagi anak-anak Tahfiz di seluruh Malaysia.

Siri yang pertama ini akan memaparkan Datuk Sharifah Aini dibantu oleh rakan artis seperti Anuar Zain dan saya sendiri.

Maklumat adalah seperti yang tertera.

Kalau sudi, datanglah.

Sambil berhibur dan menikmati lagu-lagu dendangan "Seri Dewi Malam" yang cukup unggul ini, kita akan juga membantu meringankan beban anak-anak tahfiz., insyaallah.

Maklumat adalah seperti berikut.

TARIKH: 11 Disember 2009

TEMPAT: Ballroom, Concorde Hotel, Kuala Lumpur

WAKTU: 8.00malam

Hubungi SHAMEEM di 019 348 8054 untuk maklumat harga tiket dan tempahan.

Jumpa di sana!




Monday, October 26, 2009

CUCI THE MUSICAL @ ISTANA BUDAYA

salam.

seperti yang ramai sudah sedia maklum, saya kini sedang sibuk berentap di atas pentas istana budaya melakonkan watak yang bernama FARAH di dalam CUCI THE MUSICAL yang sedang berlangsung di istana budaya dari 23 oktober 2009 hingga 8 november 2009.

persembahan diadakan setiap malam selasa hingga sabtu.
setiap sabtu dan ahad ada juga persembahan matinee di waktu petang.

kalau sudi, datanglah tengok ya.

saya tidak berani hendak menjanjikan apa-apa.
tak berani nak mengangkat produksi ini dan menyatakan yang gah belaka.

cuma apa yang boleh saya katakan ialah, marilah datang tengok untuk menyokong industri seni tanahair, sambil berhibur.

tapi jangan datang sebab nak cari salah sahaja k.

datanglah dengan minda yang terbuka dan semata-mata untuk berhibur.

jom lah.

info tiket boleh didapati ti ticket axcess atau box office istana budaya k.!

Mai laaaaaa!

Monday, September 14, 2009

BERSABARLAH SAYANG...

above: CJ

salam.

saya amat sedih dengan fenomena ganyang malaysia oleh segelintir perkumpulan patriot rakyat indonesia.

agak serba-salah juga dibuatnya apabila dengan terang, saya sendiri menjadi perantara mempromosikan indonesia sebagai destinasi pelancongan bagi rakyat malaysia.

sekali rasa, agak kecewa juga dengan sikap mereka yang menghentam kita sesuka hati.

dua kali rasa, rasional singgah di minda yang menyatakan mungkin bukan semua rakyat indonesia begitu... hanya segelintir sahaja..... ya lah.. sama juga dengan kita... bila ada kes jenayah yang melibatkan rakyat indonesia... kita terus labelkan orang indonesia jahat......not fair kan? so... rasional saya... yang nak ganyang malaysia tu hanya segelintir sahaja kot.

sebab.... tak munasabah sekiranya seluruh indonesia nak ganyang kita macam tu sekali.

saya pasti.... yang meraih pendapatan melalui agensi pekerjaan mesti tak setuju dan angkat tangan bersumpah tak setuju dengan kumpulan nak ganyang malaysia tu.....

saya juga pasti... industri lakonan di negara itu pun akan sanggup bersumpah menyokong malaysia kerana malaysia mungkin satu-satunya negara di dalam dunia ini yang sanggup membeli program-program tv mereka..... kalau ada program indonesia dalam siaran tv negara lain pun.. saya rasa tak sebanyak malaysia...

saya gerenti... industri hiburan mereka pun tak sanggup mengganyang malaysia... sebab mereka dah cukup bebas "mengganyang" stesen radio serta persembahan korporat dan konsert di negara ini.... yang memberikan mereka laluan yang terlalu mudah untuk mereka menyebarkan sayap mereka di sini... malah ada pula syarikat gergasi negara sanggup jadi penaja berbilion ringgit.

saya juga pasti.... rakyat indonesia yang sering dibelenggu oleh bencana alam juga tidak sanggup membelakangi malaysia begitu sekali... kerana kumpulan sukarela yang pertama menapak di sana tatkala mereka dilanda bencana... ialah dari malaysia... ya...memang mungkin sukarelawan dari setiap pelusuk dunia pun ada menghantar bantuan... tapi the first to arrive ialah orang kita...sebab... dekat je kan.... tak sampai sejam dah sampai kalau nak dibandingkan dengan perancis ke apa ke...

saya confirm... NOOR yang selalu saya bayar untuk menjadi pencuci rumah dan pejabat saya pun tidak mahu hubungan mesra yang terjalin dinodai oleh tindakan segelintir rakyat senegaranya...

jadi...... to all my fellow malaysians.... bersabarlah sayang.... biarlah orang benci kat kita....

tak pe lah... lambat laun ok lah tu k.

Thursday, September 10, 2009

CONGRATULATIONS ADELINA RAISA!

Top scorer: Adelina (left) posing for a photo with friends after she won the Westfield Trust Prize at the University of London recently. — Bernama



KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama)

Pelajar Malaysia Adelina Raisa Sufian, 21, meraih anugerah "Pelajar Keseluruhan Terbaik" dengan kelulusan Kelas Pertama Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Inggeris di Queen Mary College di University of London yang sekaligus mengharumkan nama negara.
Beliau mencipta sejarah tersendiri apabila dipilih untuk anugerah "Westfield Trust Prize for Outstanding Academic Achievement" apabila berjaya menjadi pelajar Malaysia pertama memenangi anugerah yang dianggap paling berprestij dari universiti tersebut.
Anak sulung kepada pasangan Datuk Sufian Majid dan Datin Alissa Fitri ini berkata beliau begitu gembira dan bangga kerana mendapat kelulusan kelas pertama dan berjaya menggondol anugerah tersebut kerana ia merupakan impian dan cita-citanya ketika mula menjejak kaki ke universiti tersebut.

"Saya belajar bersungguh-sungguh dengan menetapkan sasaran tertentu.

Yang penting adalah kesungguhan dan keyakinan pada diri kita.

Saya terpaksa menandingi ramai pelajar di London dan juga pelajar dari negara lain tetapi berbekalkan semangat yakin boleh, saya berjaya melakukannya.

"Saya juga selalu mendapat sokongan dan rangsangan daripada ibubapa dan juga adik saya. Kata-kata rangsangan mereka memberikan suntikan semangat yang kuat kepada saya," katanya kepada Bernama.

Adelina Raisa yang mahir bermain piano dan pernah mewakili universiti dalam pertandingan koir, pertandingan Matematik dan banyak lagi aktiviti lain berkata, pelajar Malaysia boleh melakukan yang terbaik dalam pengajian bahasa Inggeris walaupun meneruskan pengajian di luar negara seperti di London yang penuh dengan cabaran.

Beliau juga pernah memenangi anugerah "Headmaster's Prize" pada 2004 di Oakham School dan juga Anugerah Terbaik untuk mata pelajaran Matematik, Inggeris dan Kimia pada tahun yang sama.

Ketika ditanya mengenai perancangan seterusnya, Adelina Raisa yang suka meluangkan masanya untuk menulis berkata: "Saya akan bekerja di Malaysia. Saya sayangkan Malaysia. Negara kita tetap menjadi pilihan saya untuk meneruskan karier saya kerana banyak peluang di sini. Apabila kita habis belajar di luar negara, adalah lebih baik kita balik dan menyumbang tenaga dan khidmat kita kepada negara kita yang tercinta", katanya yang bercadang meneruskan pengajian mastersnya kelak. - BERNAMA
Sekalung tahniah daripada saya dengan tulus dan ikhlas buat Adelina Raisa yang telah membuktikan "Kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih" atau "If there is a will, there is a way".

Sedang pelbagai pihak menidakkan kepentingan bahasa Inggeris, Adelina Raisa telah membuktikan bahawasanya kemahiran dalam bahasa Inggeris dapat membawa individu yang bercita-cita tinggi dan berwawasan ke kedudukan yang lebih jauh lantas menjamin masa depan yang amat cerah.

Saya bukan hendak menidakkan keupayaan bahasa Melayu.

Cuma, mengapalah kita masih menidakkan hakikat bahawa seandainya kita mahu pergi jauh di dalam menimba ilmu, kemahiran dan kefasihan bahasa Inggeris itu adalah penting.

Mengapa kita hendak menidakkan hakikat bahawa buku-buku ilmiah kebanyakkannya ditulis di dalam bahasa Inggeris.

Berapa ramai graduan negara, sama ada yang telah melalui pendidikan tinggi di dalam mahupun di luar negara, tertinggal jauh di belakang tatkala mereka ditemuduga.

Tidak kurang pula kewujudan "mitos" yang menidakkan kepentingan bahasa Inggeris seperti:

1. Jati diri Melayu akan tercabar sekiranya seseorang itu berbahasa Inggeris
2. Tidak patriotik malah mengangkat bangsa penjajah
3. Mengangungkan ilmu Barat, sekular atau zionis
4. Negara mungkin sudah merdeka, tapi penularan penjajah masih kukuh
Ada pula yang menjadikan Jepun sebagai alasan untuk tidak fasih berbahasa Inggeris.

Ya benar tetapi Jepun adalah sebuah negara yang maju jika dibandingkan dengan negara kita yang masih dikategorikan sebagai negara dunia ke-3.

Kalau nak maju macam Jepun, fasihkanlah diri di dalam bahasa Jepun.. apa salahnya.

Cuma lebih mudah untuk berbahasa Inggeris kerana...

1. ia adalah bahasa rasmi ke-2 bagi negara kita, dan
2. ia adalah bahasa antarabangsa...
Pemansuhan PPSMI juga amat mengecewakan saya.

Alasan yang biasa didengar adalah seperti, anak-anak Melayu di luar bandar yang daif dan kekurangan kemudahan di sekolah yang terletak di pedalaman akan ketinggalan jauh sekiranya Matematik dan Sains dilaksanakan di dalam bahasa penjajah itu.

Guru-guru pula dikatakan tidak fasih berbahasa Inggeris lantas mereka tidak dapat melaksanakan pengajaran matematik dan sains di dalam bahasa itu.

Sedangkan manusia dilahirkan daripada bayi, kita merangkak, kemudian bertatih, dan baru boleh berjalan dan kemudian berlari.

Semuanya mengambil masa.

Dahulu, untuk melaksanakan bahasa perantaraan di sekolah-sekolah di dalam bahasa Melayu sepenuhnya pun mengambil masa.

Tapi lihatlah kesannya sekarang..... semua orang fasih berbahasa Melayu.... menteri-menteri dan orang-orang politik pun, walaupun ada yang masih pelat... kini fasih berbahasa Melayu... malah saya kagum dengan penggunaan bahasa Melayu yang betul oleh mereka, berbanding menteri-menteri Melayu kita.

Semua bangsa mampu berbahasa Melayu.... tiada lagi kesukaran untuk berkomunikasi dan berinteraksi.

Mungkin disebabkan penguasaan bahasa Melayu bangsa Malaysia kini sudah kukuh, maka disarankan pula penekanan terhadap kefasihan berbahasa Inggeris.

Jadi..... sabarlah.

Ada pula yang mengeluh sebab setiap kali Menteri pendidikan bertukar, ada sahaja perkara baru yang hendak dilaksanakan dan guru-guru sudah terlalu letih untuk mengikut kehendak dan saranan Menteri.

Sedangkan bila tiba hari raya kita asik nak cari benda yang baru.... atau sekurang-kurangnya 5 tahun sekali kita mesti nak cat rumah dengan cat baru.. atau tukar posisi perabot dan sebagainya.

Takkan hanya nak ikut benda yang lama... tak salah kita cuba benda baru kan?

Apalah salahnya kalau kita bersabar dan perlahan-lahan melaksanakannya secara berperingkat.
Mantapkan latihan guru dahulu secara berperingkat dan perlahan-lahan ajarkan kepada anak-anak kita.

Sampai bila kita nak beri alasan yang sama.

Sampai bila kita tidak mahu menyahut cabaran dan bangkit bersaing.

Ya, mungkin Adelina Rasia dilahirkan di dalam status keluarga yang mampu menghantarnya ke mana-mana sekolah di dunia sekalipun.

Tapi pokok pangkalnya.... hendak atau tidak?

Kalau Adelina merupakan insan yang tidak mendapat dorongan daripada ibu bapa beliau, dan tidak ada keinginan untuk menjadi insan yang berjaya... pun tak jadi juga kan?

Kita pun tahu bahawa ramai juga anak-anak orang kaya yang hancur ... itu bukan satu fenomena yang asing bagi kita.

Semasa saya menjadi guru dahulu pun, tatkala sekolah saya itu terkenal dengan "samseng"nya dan pencapaian akademik yang terlalu rendah, ada beberapa pelajar yang berjaya juga melanjutkan pelajaran ke IPT... ada yang menjadi doktor pun.... sedangkan kehidupan mereka diselubungi kesusahan, motivasi yang rendah daripada ahli keluarga, sistem keluarga yang agak hancur, sekeliling yang bukan sahaja negatif malah menakutkan dan kekurangan dalam pelbagai hal lagi.

Kenapa?

Sebab mereka inginkan kejayaan.

Keinginan itu mereka pupuk sendiri dan datang dari hati nurani mereka sendiri.

Adelina bukan sahaja fasih di dalam bahasa ibundanya dan bahasa Inggeris, malah fasih berbahasa lain juga seperti bahasa Perancis.

Agak bangga juga hati tatkala membaca hasratnya untuk berkhidmat di negaranya sendiri.

Syabas dan tahniah sekali lagi buat Adelina Raisa.