Thursday, September 10, 2009

CONGRATULATIONS ADELINA RAISA!

Top scorer: Adelina (left) posing for a photo with friends after she won the Westfield Trust Prize at the University of London recently. — Bernama



KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama)

Pelajar Malaysia Adelina Raisa Sufian, 21, meraih anugerah "Pelajar Keseluruhan Terbaik" dengan kelulusan Kelas Pertama Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Inggeris di Queen Mary College di University of London yang sekaligus mengharumkan nama negara.
Beliau mencipta sejarah tersendiri apabila dipilih untuk anugerah "Westfield Trust Prize for Outstanding Academic Achievement" apabila berjaya menjadi pelajar Malaysia pertama memenangi anugerah yang dianggap paling berprestij dari universiti tersebut.
Anak sulung kepada pasangan Datuk Sufian Majid dan Datin Alissa Fitri ini berkata beliau begitu gembira dan bangga kerana mendapat kelulusan kelas pertama dan berjaya menggondol anugerah tersebut kerana ia merupakan impian dan cita-citanya ketika mula menjejak kaki ke universiti tersebut.

"Saya belajar bersungguh-sungguh dengan menetapkan sasaran tertentu.

Yang penting adalah kesungguhan dan keyakinan pada diri kita.

Saya terpaksa menandingi ramai pelajar di London dan juga pelajar dari negara lain tetapi berbekalkan semangat yakin boleh, saya berjaya melakukannya.

"Saya juga selalu mendapat sokongan dan rangsangan daripada ibubapa dan juga adik saya. Kata-kata rangsangan mereka memberikan suntikan semangat yang kuat kepada saya," katanya kepada Bernama.

Adelina Raisa yang mahir bermain piano dan pernah mewakili universiti dalam pertandingan koir, pertandingan Matematik dan banyak lagi aktiviti lain berkata, pelajar Malaysia boleh melakukan yang terbaik dalam pengajian bahasa Inggeris walaupun meneruskan pengajian di luar negara seperti di London yang penuh dengan cabaran.

Beliau juga pernah memenangi anugerah "Headmaster's Prize" pada 2004 di Oakham School dan juga Anugerah Terbaik untuk mata pelajaran Matematik, Inggeris dan Kimia pada tahun yang sama.

Ketika ditanya mengenai perancangan seterusnya, Adelina Raisa yang suka meluangkan masanya untuk menulis berkata: "Saya akan bekerja di Malaysia. Saya sayangkan Malaysia. Negara kita tetap menjadi pilihan saya untuk meneruskan karier saya kerana banyak peluang di sini. Apabila kita habis belajar di luar negara, adalah lebih baik kita balik dan menyumbang tenaga dan khidmat kita kepada negara kita yang tercinta", katanya yang bercadang meneruskan pengajian mastersnya kelak. - BERNAMA
Sekalung tahniah daripada saya dengan tulus dan ikhlas buat Adelina Raisa yang telah membuktikan "Kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih" atau "If there is a will, there is a way".

Sedang pelbagai pihak menidakkan kepentingan bahasa Inggeris, Adelina Raisa telah membuktikan bahawasanya kemahiran dalam bahasa Inggeris dapat membawa individu yang bercita-cita tinggi dan berwawasan ke kedudukan yang lebih jauh lantas menjamin masa depan yang amat cerah.

Saya bukan hendak menidakkan keupayaan bahasa Melayu.

Cuma, mengapalah kita masih menidakkan hakikat bahawa seandainya kita mahu pergi jauh di dalam menimba ilmu, kemahiran dan kefasihan bahasa Inggeris itu adalah penting.

Mengapa kita hendak menidakkan hakikat bahawa buku-buku ilmiah kebanyakkannya ditulis di dalam bahasa Inggeris.

Berapa ramai graduan negara, sama ada yang telah melalui pendidikan tinggi di dalam mahupun di luar negara, tertinggal jauh di belakang tatkala mereka ditemuduga.

Tidak kurang pula kewujudan "mitos" yang menidakkan kepentingan bahasa Inggeris seperti:

1. Jati diri Melayu akan tercabar sekiranya seseorang itu berbahasa Inggeris
2. Tidak patriotik malah mengangkat bangsa penjajah
3. Mengangungkan ilmu Barat, sekular atau zionis
4. Negara mungkin sudah merdeka, tapi penularan penjajah masih kukuh
Ada pula yang menjadikan Jepun sebagai alasan untuk tidak fasih berbahasa Inggeris.

Ya benar tetapi Jepun adalah sebuah negara yang maju jika dibandingkan dengan negara kita yang masih dikategorikan sebagai negara dunia ke-3.

Kalau nak maju macam Jepun, fasihkanlah diri di dalam bahasa Jepun.. apa salahnya.

Cuma lebih mudah untuk berbahasa Inggeris kerana...

1. ia adalah bahasa rasmi ke-2 bagi negara kita, dan
2. ia adalah bahasa antarabangsa...
Pemansuhan PPSMI juga amat mengecewakan saya.

Alasan yang biasa didengar adalah seperti, anak-anak Melayu di luar bandar yang daif dan kekurangan kemudahan di sekolah yang terletak di pedalaman akan ketinggalan jauh sekiranya Matematik dan Sains dilaksanakan di dalam bahasa penjajah itu.

Guru-guru pula dikatakan tidak fasih berbahasa Inggeris lantas mereka tidak dapat melaksanakan pengajaran matematik dan sains di dalam bahasa itu.

Sedangkan manusia dilahirkan daripada bayi, kita merangkak, kemudian bertatih, dan baru boleh berjalan dan kemudian berlari.

Semuanya mengambil masa.

Dahulu, untuk melaksanakan bahasa perantaraan di sekolah-sekolah di dalam bahasa Melayu sepenuhnya pun mengambil masa.

Tapi lihatlah kesannya sekarang..... semua orang fasih berbahasa Melayu.... menteri-menteri dan orang-orang politik pun, walaupun ada yang masih pelat... kini fasih berbahasa Melayu... malah saya kagum dengan penggunaan bahasa Melayu yang betul oleh mereka, berbanding menteri-menteri Melayu kita.

Semua bangsa mampu berbahasa Melayu.... tiada lagi kesukaran untuk berkomunikasi dan berinteraksi.

Mungkin disebabkan penguasaan bahasa Melayu bangsa Malaysia kini sudah kukuh, maka disarankan pula penekanan terhadap kefasihan berbahasa Inggeris.

Jadi..... sabarlah.

Ada pula yang mengeluh sebab setiap kali Menteri pendidikan bertukar, ada sahaja perkara baru yang hendak dilaksanakan dan guru-guru sudah terlalu letih untuk mengikut kehendak dan saranan Menteri.

Sedangkan bila tiba hari raya kita asik nak cari benda yang baru.... atau sekurang-kurangnya 5 tahun sekali kita mesti nak cat rumah dengan cat baru.. atau tukar posisi perabot dan sebagainya.

Takkan hanya nak ikut benda yang lama... tak salah kita cuba benda baru kan?

Apalah salahnya kalau kita bersabar dan perlahan-lahan melaksanakannya secara berperingkat.
Mantapkan latihan guru dahulu secara berperingkat dan perlahan-lahan ajarkan kepada anak-anak kita.

Sampai bila kita nak beri alasan yang sama.

Sampai bila kita tidak mahu menyahut cabaran dan bangkit bersaing.

Ya, mungkin Adelina Rasia dilahirkan di dalam status keluarga yang mampu menghantarnya ke mana-mana sekolah di dunia sekalipun.

Tapi pokok pangkalnya.... hendak atau tidak?

Kalau Adelina merupakan insan yang tidak mendapat dorongan daripada ibu bapa beliau, dan tidak ada keinginan untuk menjadi insan yang berjaya... pun tak jadi juga kan?

Kita pun tahu bahawa ramai juga anak-anak orang kaya yang hancur ... itu bukan satu fenomena yang asing bagi kita.

Semasa saya menjadi guru dahulu pun, tatkala sekolah saya itu terkenal dengan "samseng"nya dan pencapaian akademik yang terlalu rendah, ada beberapa pelajar yang berjaya juga melanjutkan pelajaran ke IPT... ada yang menjadi doktor pun.... sedangkan kehidupan mereka diselubungi kesusahan, motivasi yang rendah daripada ahli keluarga, sistem keluarga yang agak hancur, sekeliling yang bukan sahaja negatif malah menakutkan dan kekurangan dalam pelbagai hal lagi.

Kenapa?

Sebab mereka inginkan kejayaan.

Keinginan itu mereka pupuk sendiri dan datang dari hati nurani mereka sendiri.

Adelina bukan sahaja fasih di dalam bahasa ibundanya dan bahasa Inggeris, malah fasih berbahasa lain juga seperti bahasa Perancis.

Agak bangga juga hati tatkala membaca hasratnya untuk berkhidmat di negaranya sendiri.

Syabas dan tahniah sekali lagi buat Adelina Raisa.

30 comments:

  1. bagus.... akak dah wat follower... hehehe.... akak sihat? hmmmm malas nye nak p KOMTAR lapor diri... huhuhu... bulan pose lak tu... buat la pas raye... hhuhuhuu.... kena raya awal la... hahahaha

    ReplyDelete
  2. apis... alhamdulillah sihat. nak lapor apa kat komtar?

    ReplyDelete
  3. selamat bsahur kak dibah..( tgk jam )..
    hmm mmg agak frust bile ppsmi dmansuhkan..sy mrupakan batch ptama jd ujikaji ppsmi taun 2003 sy form 1 n sy mmg duk kat pdalaman.felda. tp skang sy taun ptama di ukm amek forensik which is fully english..bley jek sy survive..tup tup dgr ppsmi dah xde..cian kat adik2 sy yg nk bjaya dengan cemerlang in long term..in fact sy sgt ske ppsmi coz sy dpt mahir lbey dr satu bahasa..
    hmm..nk wat cne kan..majoriti xmau tkar perabot baru raye ni...elok lg katenye wpun dah kena mkn anai2...!!

    p/s : sggah2 la kat blog sy jefribudaksuci.blogspot.com
    kak dibah jd follower sy pun besy gak...hehe..
    all d besh 2 u..muahxxx

    ReplyDelete
  4. jefri.... suci yaaaa.... hehehe thanks for dropping by. dan syabas saya ucapkan... bestnya buat forensik... nih mesti peminat csi.... saya minat giler ngan csi... jarang2 miss.

    semuanya datang dari jiwa jefri sendiri... yang ingin berjaya and think out of the box... sarankan kepada adik2 jefri untuk terus membaca buku berbahasa inggeris... tak kiralah, buku ilmiah ke, buku cerita ke... insyaallah kemahiran itu dapat dipertingkatkan.

    all the best to you dear

    ReplyDelete
  5. SEKALUNG TAHNIAH UNTUK ADIBAH ATAS CATATAN DAN PANDANGAN TERKINI (RELATED TO ADELINA RAISA DAN PPSMI).

    PANDANGAN OLDTIMER PULA:

    “SISTEM PENDIDIKAN KITA BERCELARU KINI. PADAH PENDIDIKAN MENJADI PERMAINAN POLITIK DAN DIDAGANGKAN.

    PPSMI BAIK JIKA DIBERI RUANG PERSEDIAN ANTARA 3 HINGGA 5 TAHUN UNTUK DILAKSANAKAN. BUKAN SECARA ADHOC. DALAM TEMPOH ITU SEGALA PERKARA YANG YANG DIFIKIRKAN AKAN MENJADI KUDIS DALAM PELAKSANAAN DAPAT DIGALI DAN DIATASI. KENALAN SAYA MEMANG OTAK MATEMATIK. TAPI TIDAK DAPAT BERINTERAKSI DALAM BAHASA INGGERIS. MANA MUNGKIN IA DAPAT MENGAJAR MATEMATIK IKUT KEHENDAK PPSMI. KELOMPOK INI HARUS MENJALANI PROGRAM INTENSIF BAHASA INGGERIS. HAL INI TIDAK TERJADI.

    ‘HISTORICAL FIGURES SUCH AS SHANG YANG, WU CHI, SU QIN AND ZHANG YI WERE INTELLIGENT MEN, BUT THEY ALL DIED A TERRIBLE DEATH. ‘INTELLIGENCE’ CAN SOMETIMES BE THE WEAPON THAT KILLS ONESELF.
    The Music of Nature. Page 41

    PPSMI ADALAH MANGSA ORANG BIJAK.

    NASI SUDAH MENJADI BUBUR.

    ADIBAH NAK JADI STUDENT OLDTIMER? JIKA SANGGUP KENA ASAK ‘BELAJAR! BELAJAR! BELAJAR! SILAKAN?

    PAGI TADI RATA2 MEREKA YANG BERADA DALAM DAN SEKITAT PEJABAT POS ALAMANDA TERCENGANG. ADA YANG TERSENYUM. ADA YANG TERGELAK MELIHAT ANAK2 BERUSIA 5 HINGGA 6 TAHUN BERATUR MEMBELI SETEM, MENAMPAL SETEM DAN MEMASUKKAN SURAT DALAM PETI SURAT. ISNIN INI TAK BOLEH NAK BAYANGKAN BAGAIMANA PERLAKUAN MEREKA MEMBELI BELAH DI MYDIN BERBEKALKAN WANG RM5. GAMAT! TO BE A GOOD TEACHER YOU MUST BE CREATIVE AND PATIENT ENOUGH. I WILL SEND YOU SOME PHOTOS!

    Otai.... come to think of it... perhaps you can be my content consultant! Jom kita buat sama2 nak?

    TERIMA KASIH ADIBAH ATAS PELAWAAN INI. 8 TAHUN OLDTIMER FOKUS SIANG DAN MALAM MENCARI MATERIAL. MENULIS DAN MENGOLAH. OFFER KEPADA KAWAN2 UNTUK DICUBA (BUKAN UNTUK DIDAGANGKAN).
    SAMBUTAN AMAT DINGIN. TIBA2 STRANGER MACAM ADIBAH SEOLAH2 ADA KEYAKINAN KEPADA OLDTIMER, OLDTIMER AMAT BERBESAR HATI DAN SAY ‘YES’! SATU PENGHARGAAN KEPADA SAYA. SAYA TAHU KEWUJUDAN KIDZANIA ADIBAH! CUMA TAK BERKESEMPATAN MELAWAT. OLDTIMER BANYAK MENGIKUTI KHK AUSTRALIA DAN UNICEF. NAMPAKNYA DI ATAS KERTAS ADA PERSAMAAN RENTAK PEMIKIRAN ADIBAH DENGAN OLDTIMER..


    OLDTIMER

    ReplyDelete
  6. RELATED TO PENGHARGAAN PULA .......

    CELEBRATION OF LIFE

    On my way home from coaching basketball yesterday, I was listening to WGN, my favorite talk radio station out of Chicago. I could tell right away that there was something wrong by the somber mood of the speaker.

    There had been a plane crash. Two small planes collided into each other over a northern suburb of Chicago.

    What made the story hit close to home was that Bob Collins, the morning show man for WGN, was the pilot of one of the planes and had been killed. I'm sure that many readers have tuned
    in "Uncle Bobby" on their car radios in the Midwest.

    Later that night, as I made my forty minute drive to my third shift job, I listened as the station reminisced and paid tribute to a man who was loved by many. They told story after story, describing him as the ultimate friend and a man who had lived life to the fullest.

    Genuine love and affection poured in from all over the country. The more I listened to how this man had influenced those around him, the more discouraged I became.

    Why you ask?

    I was discouraged because I wanted to know why we as a culture wait until somebody has passed away before we tell them how much we love them.

    Why do we wait until someone's ears can't hear before we let them know how much they mean to us? Why do we wait until it is too late before we recall the good qualities of a person? Why do we build someone up after they have gone into eternity?

    What good does it do then? We share memory after memory, as we laugh, cry, and think back about what was positive in a person's life. Yes, it does help us cope with the grief of losing someone who was special to us, and, yes, it does bring those who are coping closer together.

    Unfortunately, as we lovingly remember this person, our words fall short of the ears that most needed to hear them.

    Just once I would like to see a celebration of life instead of a gathering of death. A celebration where stories are told, eyes mist over, laughter rings out, and as the speaker concludes his or her loving tribute, the person they are honoring rises from their chair and gives them the biggest
    bear hug!

    Wouldn't that be something!

    The special people get to hear the stories and come to the realization that they have made a difference on this earth, and all this is done well before they leave their earthly bodies and go into eternity. When the inevitable funerals finally come, we can say good-bye with the knowledge that they knew exactly how people felt about them while they were here on earth.

    I now have a stronger resolve to tell those around me how much they mean to me. I am going to let my wife know just how loved and appreciated she is, not only by my words, but also by my actions, I am going to play Batman with my four-year-old more often, and in the middle of our romping, I am going to grab him, hug him tightly, and tell him how thankful I am that he is my son. I am going to sneak into my sleeping toddler's bedroom,
    place my lips on his chubby cheek, and thank God for the bundle of joy he has brought into my life.

    ReplyDelete
  7. SAMBUNGAN CELEBRATION OF LIFE

    Each day I will make a point to tell both of my boys how much I love them, whether they are four or eighteen! From there, I am going to let family and friends know the tremendous impact
    they have had on my life.

    Finally, I am going to let the high school players I coach know that I look forward to each and every minute that I get to spend with them in the gym.

    Do you love someone? Then tell them!

    Has someone been an influence in your life? Then give them a call!

    Has someone made a difference in your life? Then write them a letter or send them an e-mail!

    Don't let another day go by without letting that person know. There is something special about a written letter that expresses feelings of love towards another.

    I don't know about you, but I have letters and cards from people that I have saved for years, and from time to time, I get them out and re-read them.

    They can turn a depressing day into one where I realize just how blessed and lucky I am.

    Life is too short to leave kind words unsaid. The words you say, or the letter you write, might just make all the difference in the world.

    Michael T. Powers

    "Beginning today, treat everyone you meet as if they were going to be dead by midnight. Extend to them all the care, kindness and understanding you can muster, and do with no thought of any reward. Your life will never be the same again."

    Og Mandino

    ReplyDelete
  8. otai... i stand corrected....
    thank you for enlightening me on your views of PPSMI...
    perhaps what should be done is the enhancement of english language subject in schools before we can embark on the ambitious route of teaching math and science in english ya?

    and once again i thank you for enlightening me on the quips on celebration of life.

    saya terkenang arwah yasmin yang sentiasa menghargai ibu dan ayahnya saban hari...
    it is a profound achievement on her part for having shown utmost appreciation for her parents when she was alive...

    on th PO experience....i am sure such bold move from your side of having your students visit the post office will be an unforgettable experience not just by your students but to those who were in the PO as well!

    and on picking your brains for the idea of a fun and educational programme for our children... well let's sit down and see if we both can convince a producer to embark on this children's education journey that we've always wanted to take...

    whaddayasay... hmm?

    ReplyDelete
  9. STOK KHURMA HABIS. LEPAS TULIS TADI, OLDTIMER KE KEDAI BELI SIKIT UNTUK BERBUKA. OLDTIMER LALU HADAPAN RESTORAN MAMAK. I LIKE THIS RESTORAN MAMAK BUKAN KERANA MENUNYA. TAPI KERANA SANTAPAN ROHANINYA. SETIAP PAGI PETUGAS RESTORAN AKAN MENULIS KATA BIJAK BESTARI @ INSPIRATIONAL QUOTES DI WHITE BOARD. AS FOR TODAY (CURI SALIN MASUK DALAM HP) "THERE ARE NO STRANGER. JUST FRIENDS WHO HAVE NEVER MET". APA SIGNIFIKANNYA? KAN SAYA SEBUT DALAM ENTRY SEBELUMNYA ADIBAH TO ME ADALAH STRANGER.

    YA! DISITULAH KESILAPAN BESAR DALAM PELAKSANAAN PPSMI. TIDAK ADA PERSIAPAN YANG CUKUP. GURU TAK BOLEH MENYAMPAI DENGAN BERKESAN. KESIAN ANAK2 MELAYU KITA ADIBAH YANG LANGSUNG TIDAK BOLEH MENERIMA ISI PELAJARAN DALAM BAHASA INGGERIS. ANAK2 INI MENJADI MANGSA. DALAM SATU CONFERENCE KANAK2 DI TERENGGANU. RATA2 PESERTA ADALAH ANAK2 GOLONGAN PERTENGAHAN DARI KL. SEBILANGAN KECIL ANAK2 KHK PERTH, AUSTRALIA. DAN ADA SEKUMPULAN ANAK YANG DITAJA. ANAK2 YANG DITAJA INI ADALAH ANAK2 YATIM DARI TERENGGANU. APA JADI ADIBAH? ANAK2 INI CABUT LARI TENGAH MALAM. SEBAB APA? KEJUTAN BUDAYA DAN MEREKA TAK FAHAM SEPATAH APA YANG YG DICAKAPKAN OLEH PENGENDALI CONFERENCE DAN BENGKEL.

    BENAR UNTUK MENUNTUT ILMU KITA KENA FAHAMI BAHASA INGGERIS. I MYSELF TAK BAGUS SANGAT BAHASA INGGERIS. BOLEHLAH! PPSMI AKAN MENJADI CANTIK JIKA IA DIURUS DENGAN BETUL. PANDANGAN PERIBADI SAYA GURU, IBU BAPA DAN ORANG AWAM YANG MENENTANG BUKAN TIDAK SUKA PPSMI ATAS ALASAN IA TIDAK BAGUS. TAPI ATAS ALASAN IA MERUGIKAN SEKELOMPOK ANAK BANGSA MELAYU.
    OLDTIMER MENERIMA PPSMI SEBAB IA AKAN MENGWUJUDKAN ANAK MALAYSIA YANG BERILMU. OLDTIMER MENOLAK PPSMI KERANA IA MENJADIKAN SEBILANGAN ANAK MELAYU KITA YANG MENDAPAT ILMU YANG SEPATUTNYA TETAPI TIDAK DAPAT ATAS SEBAB PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS. OLDTIMER TERPAKSA MEMBUAT PILIHAN YANG KEDUA JIKA OLDTIMER ADALAH IBUBAPA KEPADA ANAK2 YANG MEMANG TIDAK BERUPAYA BELAJAR DALAM SISTEM PPSMI. INI DILEMA!

    OLDTIMER

    ReplyDelete
  10. KISAH BENAR PPSMI

    BACA KISAH INI ADIBAH.........
    “Hah…Mama dah carikan kerja untuk hang. Jadi cikgu kat sekolah kawan Mama. Mau?” kata mak aku semasa kami dalam kereta, pulang ke Kedah dari KMB setelah aku tamat belajar di situ sekitar 2004.

    Aku memandang kosong ke luar tingkap kereta. Warna merah senja masih lagi di situ, belum pudar. Cantik!

    “Ma…malaih lah. Kalau boleh oghang nak gheja macam Tu’ai, jadi maintainer kat kelab bowling kat City Plaza tu. Best sket.” aku menjawab malas sambil mataku menjeling kepada Tu’ai, adikku di sebelah. Fikirku, bolehlah kami keluar petang ke tempat kerja dan balik awal pagi. Sambil-sambil tu bolehlah merewang ke tengah-tengah bandar Alor Setar sebelum balik ke rumah. Bila lagi?

    “Hang jangan nak menggatai. Mama dah habaq dah kat Cikgu Cek Puteh. Esok lusa hang pi daftaq kat sekolah tu.” mak aku membantah.

    “Laa…ingatkan nak bagi option tadi. Rupa-rupanya arahan mandatory.” cetus hati aku.

    Merah senja di luar tingkap makin pudar. Lebuh raya PLUS nampak kosong. Seperti fikiran aku yang kosong.

    “Apa aku nak buat kat sekolah tu nanti? Dah la kena mengajaq Bahasa Inggeris. Tingkatan 4 ngan 5 plak tu. Sastera lagi. Mampoih.” Hati aku terus merungut tak puas hati. Tapi apa boleh buat, arahan mandatori…
    Habis takat tu…
    Bermula episod diri aku diberi peluang mengenali sendiri apakah erti perjuangan memartabatkan anak bangsa dari kaca mata seorang guru, yang dikerah mendidik pelajar luar bandar (kalau boleh aku katakan, sekolah yang aku pergi ini adalah sekolah yang lagi luar daripada ‘luar bandar’. Maknanya sangat- sangat terpencil).
    Aku menjadi cikgu ganti, menggantikan seorang guru lain yang cuti bersalin. Dan sekali sekala aku masuk ke kelas-kelas tingkatan yang lain, menjenguk apa yang pelajar-pelajar di sana sedang buat sewaktu ketiadaan guru.

    Biar aku ceritakan…

    Adegan 1:

    Biasalah, sesi perkenalan menjadi modal utama untuk cikgu baru macam aku untuk ‘skip’ hari pertama daripada kena mengajar. Ni yang berlaku di sebuah kelas tingkatan 5 Sains 1.

    “ Ok class, My name is Haikal. Your new English teacher here, for 2 months bla..bla..bla.”

    “Now I would like to know each of you before I begin my lesson. Please state your name, ambition and where are you from. Ok, let us start from you.”

    “ Err…sir. Saya tak pandai cakap Inglis. Bahasa Melayu boleh dak?”

    Aku jawab : “ Cuba, takpa salah pun. saya pun bukan pandai cakap omputih.”

    “ I is Syahrul (nama rekaan). Yang lain saya tak gheti sir.”

    “Ok takpa…teruskan. Saya tanya tadi cita-cita dan tinggai kat mana.”

    Dalam hati : “Mampoih, macam mana aku nak mengajaq dalam BI ni? Kalau kelas 5 sains 1 pun tak berapa gheti BI?”


    OLDTIMER

    ReplyDelete
  11. Adegan 2:

    Ada satu hari tu, aku kena masuk ke kelas tingkatan satu. Cikgu yang sepatutnya berada dalam kelas tu tak datang. Sekali lagi, sesi berkenalan, sebab aku memang tak disuruh mengajarpun.

    “Nama saya cikgu Haikal. Saya masuk mai ganti cikgu Sharifah. Saja nak berkenalan dengan kamu semua. Soghang-soghang bangun dan habaq nama dengan cita-cita. Hah kamu…mula!”

    “ Nama saya Rosdi. Cita-cita nak jadi..emm…perbaik gheta. Pak saya ada kedai pomen gheta kat pekan.”

    “OK takpa, kamu!” aku menuding pada seorang pelajar yang berdiri kat pintu, gaya macam nak lari keluar dari kelas.

    “ Saya…nama Ku Nazim. Cita-citaku nak jaga lemu pak ku”

    Memang disebut LEMU, bukan lembu. Jawab Nazim serius dalam loghat Kedah hulu yang pekat. Lembu pun kedengaran lemu. Saya diganti dengan ku…bahasa diri kebiasaan bagi orang-orang kampung kat tempat aku.

    “Sebab apa nak jaga lembu?”

    “Ku tak tau dey. Pak ku banyak Lemu. Dia pun dok sughuh ku jaga lemu dia.”

    “ Oo…ya ka?” aku menyetujui kata-katanya

    Dalam hati : “Bertuah betul orang bandar. Anak-anak semuanya bercita-cita tinggi. Nak jadi doktor, saintis. Paling komanpun polis. Tapi kat sini. Cukuplah kalau boleh warisi apa yang bapak depa ada. Mungkin depa ni masih naif…tapi kalau dibandingkan dengan anak bandar yang sebaya, depa ni jauh naif. Seolah-olah tiada langsung cita-cita.”

    Dan memang benar, pelajar-pelajar di sini memang datang ke sekolah bukan kerana ingin belajar. Tetapi kerana ingin berjumpa kawan-kawan. Itu sahaja dorongan mereka untuk terus berada di sekolah dari jam 7.30 pagi hingga jam 2 petang. Dan peluang daripada kedatangan mereka ke sekolah itulah yang digunakan oleh guru-guru untuk menumpahkan ilmu yang sedikit buat bekalan anak bangsa ini.

    Lalu…bagaimana ingin mempunyai cita-cita?


    Adegan 3:

    Aku diberi amanah untuk menanda kertas peperiksaan Bahasa Inggeris dan English in Science and Technology (EST) - Tingkatan 4 dan 5.

    Untuk Tingkatan 4…semua gagal (fail) untuk 2 mata pelajaran yang aku tandakan tu.

    Untuk Tingkatan 5…ada seorang dua sahaja yang lulus ataih pagaq EST. Untuk Bahasa Inggeris, ramai jugak yang lulus tetapi sekadar lulus. Tak lebih dari itu. Itu pun…aku kena jadi seorang pemeriksa yang sangat bermurah hati.

    Bila ditanya kepada guru-guru lain tentang perkara itu : “Hah…besa la tu. Budak-budak sini bukan gheti BI. Lepa (Depa/mereka) bukan maupun belajaq BI. Sabit tu (sebab tu) kalau hang tengok budak-budak yang ambik Sains dengan Math dalam BI kat sekolah ni semua tak luluih. Habuk pun takdak.” Kata seorang cikgu lelaki, sambil menghisap rokok daun yang digulung sendiri, sewaktu kami bersembang di kantin.

    “Kalau dulu, waktu dua-dua subjek ni lepa ajaq dalam BM pun student tak pandai. Ni pulak nak mengajaq dalam BI. Punah anak bangsa hang tau dak Haikal. Lepa ni orang kampung. Satu hapa pun depa tak gheti. Lagi nak suruh belajaq dalam BI. Apa punya otak pun aku tak tau.” Sambung cikgu itu dalam nada kesal bercampur geram. Ada juak-juak meluat di mukanya.

    “PUNAH ANAK BANGSA” terngiang lagi perkataan tu dalam fikiran aku sampai sekarang.

    OLDTIMER

    ReplyDelete
  12. Adegan 4:
    Satu hari tu, aku masuk mengajaq BI kat dalam kelas tingkatan 4 Perdagangan. Ada 4 orang pelajar lelaki sewaktu aku sedang mengajar di depan, depa dok berkumpul 4 orang dalam satu bulatan kat belakang.

    “Tu kat belakang, hangpa tengah buat apa tu?”

    Aku dah tak cakap Inggeris lagi dah dalam kelas (Pelik kan? Mengajar Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu. Tapi apa boleh buat... payah…susah. Kesian dengan mereka yang tak faham apa-apa).

    Ada budak lain yang tolong jawabkan soalan aku tu, tapi dalam keadaan yang separuh berbisik:

    “Depa tengah main Sing-Kong Sir.”

    “Menatang apa tu?” aku bertanya kehairanan.

    “Judi!”

    (Sing-kong: lambung duit syiling, pastu pakat-pakat teka kepala ka ekoq. Sapa betoi dia dapat duit syiling tu)

    “ Budak-budak kat belakang! Baik hangpa berenti sebelum saya panggil PK HEM. Kalau tak mau belajaq, Hangpa dok diam-diam kat belakang. Tidoq!” Tegas aku dalam nada separuh bengang.


    “Ok sir.” Jawab seorang dari mereka dalam keadaan senyum. Aku hanya mampu geleng kepala dan teruskan pengajaran “Mari Mengenal Bahasa Inggeris”

    “Ok kelas…kalau I…padan dengan Am”

    “I am”

    “Kalau he atau she yang maksudnya Dia…padan dengan Is”

    “He is”

    Itu antara situasi-situasi yang berlaku di luar bandar. Ops…di luar lagi daripada luar bandar. Sekolah tempat aku mengajar tu, ada antaranya pelajar Siam. Memang di utara Kedah ramai orang Siam dan anak-anak mereka ini dihantar ke sekolah-sekolah kerajaan, macam juga orang melayu.


    OLDTIMER

    ReplyDelete
  13. ISIHATI PENCERITA!

    Sedikit Pengalaman Manis:

    1. “Sir…awat cepat sangat sir mengajaq kat sini? La ni baru kami rasa seronok sikit belajaq English.”

    2. “Sir. Lepaih sir keluaq dari sekolah ni…saya malaih mai sekolah lagi dah.Tak best dah lepaih nih.”

    3. “Sir, nanti kalau sir dah pi obersi, jangan lupa hantaq gambaq sir kat kami naa. Kami nak pi…mesti tak buleh punya. Tengok gambaq sir main saljipun kami dah rasa best. Sir jangan lupa naa.”

    4. “Sir, nak ambik gambaq dengan Sir. Nanti takdak la kami teringat selalu kat Sir.”

    5. “Ni sir…hadiah daripada kami. Kami share duit ramai-ramai ni Sir.” (menitis air mata aku bila aku bukak kotak hadiah tu…hadiahnya hanyalah sebuah jam loceng yang baru semalam aku nampak ada dijual di pekan sehari…harganya hanyalah sekitar RM2)

    6. “Sir…ni ada sorang budak dia lukih gambaq sir. Tapi dia malu nak bagi sendiri kat Sir.” “Mana dia?” Aku tanya kembali. “Dia tak mau mai sekolah hari ni…dia sedih.”

    7. “Ok kelas, hari ini hari last saya ajaq hangpa kat sini. InsyaAllah kita jumpa lagi. Kalau sapa-sapa nak kontek saya, saya bagi alamat emel. Kalau ada yang pi CC (cyber café) kat pekan tu nanti, tulih la emel kat saya. Tulih dalam Bahasa Inggeris tau. Biaq salah pun takpa. Kalau dak…saya tak mau layan.”

    Dan sehingga ke hari ini…memang ada yang menulis pada aku…tapi dalam BI yang dhaif. Takpalah…semangat kalian aku hargai.

    Penulis

    Haikal Ghazali, yang kini hampir menamatkan pengajian beliau dalam bidang perubatan di sebuah institusi pengajian dalam negeri

    OLDTIMER

    ReplyDelete
  14. IKTIBAR BAGI GENIUS2 YANG MERANCANG SESUATU. GIVE SPACE YANG SECUKUPNYA. ISIKAN SPACE ITU DENGAN SEMUA PERKARA YANG DIPERLUKAN BAGI APA YANG DIRANCANG?

    THE CHINESE ART OF LEADERSHIP PAGE 26-28. LEAVING A MARGIN FOR MANOEUVRE
    HUAN HE WAS A SCULPTURE. HE SAID, "WHEN SCULPTING, IT IS BEST TO CARVE A BIGGER NOSE AND SMALLER EYE. THIS WAY, THE NOSE CAN BE REDUCED EASILY. THE EYE CAN BE MADE BIGGER WHEN NECESSARY. IF IN THE BEGINNING, A SMALL NOSE OR BIG EYES WERE CARVED, ALTERATIONS WOULD HAVE BEEN IMPOSSIBLE .......". SEE! ALLOW SUBORDINATES TO WORK AT A MODERATE PACE SO THAT WHEN IT NECESSARY, THERE WILL BE RESERVE TO TAP ON.

    BERI SPACE 3-5 TAHUN KEPADA GURU, PPD, JPN UNTUK MEMPERSIAPAKAN DIRI DALAM MELAKSANAKAN PPSMI. SEGENAP ASPEK. GURU BOLEH BERINTERAKSI DALAM BAHASA INGGERIS. PELAJAR BOLEH BERINTERAKSI DALAM BAHASA INGGERIS. GEMBELING TENAGA. PADA MASA YANG SAMA DAULATKAN BAHASA MELAYU. OLDTIMER RASA PPSMI AKAN BERJALAN LANCAR. SEKARANG NASI SUDAH MENJADI BUBUR. TUNGGU DAN LIHATLAH ANOTHER POLIMIK PADA MASA HADAPAN...

    OLDTIMER

    ReplyDelete
  15. CELEBRATION OF LIFE

    ADIBAH TERSENTUH YER? SANGAT KURANG ORANG KITA MENULIS PENGALAMAN2 BEGINI. KITA MALAS? KENAPA MENCEMUH ORANG BOLEH? KISAH2 SEBEGINI BOLEH KITA GUNA UNTUK MENCERMIN DIRI. MENILAI DIRI. BANYAK PERKARA YANG MENYENTUH HATI DAN ADAKALANYA IA MEMBERI KELEGAAN DAN KEPUASAN. AS FOR ME BOLEH DIKATAKAN KITA TIDAK ADA ME, PARA INI MEMBERI KEPUASAN YANG TAK TERHINGGA "I don't know about you, but I have letters and cards from people that I have saved for years, and from time to time, I get them out and re-read them." BARU MINGGU LEPAS SAYA MEMBACA WARKAH YANG DITULIS OLEH MY FORM TEACHER YANG DITULIS 35 TAHUN DULU". IA KEKAL SEPERTI DULU. YEAP! BERBALOI DI PO. KAMI SAMPAI AWAL. SEAWAL JAM 9 PAGI UNTUK ELAK BERASAK2 DENGAN ORANG AWAM. MALANGNYA PO HANYA DIBUKA PADA JAM 10 PAGI. MENJELANG JAM 10, ORANG AWAM DAH MULA RAMAI. MEREKA HAIRANLAH! SUDAH TENTU ADA YANG BIMBANG SEBAB DENGAN ADANYA ANAK2 INI, MEREKA TERPAKSA BERATUR. TENGKU HARIZ HILANG DUIT SYILINGNYA (SEBELUM ITU, ANAK2 INI LASAK DI SUDUT PLAYGROUND KANAK2 ALAMANDA). OLDTIMER SPONTAN BUAT ANNOUNCEMENT. OLDTIMER KATALAH SECARA SPONTAN BEGINI, "ATTENTION! HARIZ DAH HILANG DUIT DIA. DIA TAK DAPAT BELI SETEM. KESIAN HARIZ. ADA SESIAPA JUMPA DUIT HARIZ (TENTU TAK ADA. KALAU ADA DAH TENTU ADA YG PULANGKAN AWAL2 LAGI). CIKGU TAK ADA DUIT NI. SIAPA ADA DUIT LEBIH? BERI HARIZ. KAN BULAN PUASA NI. KALAU TOLONG KAWAN DAPAT PAHALA." BUKAN SORANG DUA YG ANGKAT TANGAN NAK BERI ADIBAH! ONE LADY YANG DUDUK DI SEBELAH KAMI TERKEDU. SAYA NAMPAK MATANYA BERGENANG DGN AIR MATA....... I THINK MY MISSION BERJAYA. PO MASTER DATANG KEPADA OLDTIMER UCAPKAN TERIMA KASIH! TERIMA KASIH UNTUK APA TAK TAULAH. TAPI DIA NAMPAK GEMBIRA. ADULTS LAIN PUN SAMA. MACAM BERBANGGA. MUNGKIN MEREKA NAMPAK PEMBELAJARAN ABOUT MANNERS BERLAKU DISITU. BERMULA DGN ASSALAMUALAIKUM KAKAK. SAYA NAK BELI SETEM SATU. NAK KIRIM KAD RAYA KEPADA NENEK. INI KAD SAYA..... TERIMA KASIH KAKAK. SELAMAT HARI RAYA. SO CUTE! (IDEA FOR ENGLISH WITH ADIBAH AT THE POST OFFICE. SATU TASK YG MENCABAR DAN OLDTIMER RASA BERBALOI).

    SEMAK EMAIL ADIBAH YER! A LITTLE BIT ABOUT OLDTIMER DI SANA.

    PANJANG SANGAT DAH NI. JEMU PULAK NANTI!

    OLDTIMER

    ReplyDelete
  16. dear otai,

    terkenang saya zaman saya menjadi guru bahasa inggeris dulu... untuk anak2 tingkatan 3,4 dan 5.

    sekolah tempat saya mengajar pula menjadi pilihan saya sendiri setelah tertarik dengan sekolah itu ketika menjalani praktikal.

    i love working with troubled teens and as a result.. saya pun jadi "member" depa, rather than a "teacher".

    sekolah tu pulak memang terletak di bandar sebenarnya.. tapi di segmen yang agak terpinggir.... it was in PJ... but not the more posh side of PJ tapi across the other side... in kampung medan and taman datuk harun... off jalan klang lama... haaaaaaa

    kat situ pun dah jauh jarak pencapaiannya dengan PJ schools on the posh side.. inikan pulak yg di pedalaman nun...ya

    anyway... kisah2 paparan oleh otai itu saya alami sendiri, especially part yang terpaksa berbahasa melayu utk mengajar bahasa inggeris.

    it was the only way they could understand... terpaksalah guna method "kuno" 'grammar translation'.

    mungkin kuno dan tidak inovatif jika dibandingkan dengan methodology yg canggih2 sekarang nih, but it worked for my type of students.

    memang ada yang tak minat langsung... tapi mana yang seorang dua yang berminat dan sanggup mencuba, saya pastikan exercise book mereka dipenuhi oleh komen yang panjang lebar daripada saya (in english) selepas mukasurat cubaan mereka melaksanakan homework.

    pada suatu hari, sesuatu yang amat memberangsangkan telah berlaku.

    apabila student yg tak berminat tu tengok exercise book rakan mereka ada komen panjang lebar daripada saya, mereka semua berminat nak tengok dan baca... walaupun mereka tak faham sepatah haram.. ehhe

    dan the miracle that happened afterwards was... mereka mula berminat untuk membeli kamus dwibahasa (supaya dapat faham apa yang saya tulis.. dan saya pastikan komen saya itu bersifat peribadi dan motivasi rather than komen tentang homework mereka),,... lantas mereka lebih berminat untuk cuba buat homework yang seterusnya...

    the miracle continued.... jika dulu cuma 2 orang saja yang submit homework... within a week... ada tambahan lagi 2 org... then another 3-4.. and within 1 month, i managed to get the whole class to submit....

    sebab depa curious nak tengok apa i nak komen laks.. hehehe alhamdulillah... it was one of my sweetest achievements...

    i agree... our education policies are mere policies utk the minister make his mark on the system...

    yg jadi mangsanya.. anak2 kita.

    but i remain my belief in hendak seribu daya...

    ReplyDelete
  17. whaddayasay... hmm?

    JENUH OLDTIMER FIKIR APA 'whaddayasay'... Hahaha! AKHIRNYA TAU JUGA. OLDTIMER TAK FAHAM SLANGA ANAK2 ZAMAN INI.

    OLDTIMER

    ReplyDelete
  18. otai... takkan pernah jemu sedangkan apa yg kau paparkan adalah ilmu bagi ku..

    cewaaaaaaaaaaahh eheheh...

    i knew it!

    org2 yang ada kat situ mesti dapat pelbagai inspirasi dek budak2 tu

    ala-ala cerita "PAYING IT FORWARD"

    tengok tak?

    ReplyDelete
  19. hehehe otai... itu hanya rekaan saya jer... what do you say... keh keh

    dah panaskan lauk?

    ReplyDelete
  20. otai... my email is adibah_noor@yahoo.com

    dah check... tak der pung?

    ReplyDelete
  21. YES! HENDAK SERIBU DAYA. HOW ABOUT YANG TAK TAU APA YG DIA HENDAK? KELOMPOK INI ORANG TAK PEDULI ADIBAH. DI SEKOLAH ADA GURU LABEL KUMPULAN 'TAIK KEMENYAN'. KESIAN. BUKU TAK TANDA. MOTIVASI TIDAK DIBERI. I HAD A GREAT TIME IN 1982. NUN DI PEDALAMAN! AGAK KECIWA DENGAN SIKAP ACUH TAK ACUH BELAJAR (KITA DAH BERUSAHA SEHABIS UPAYA), OLDTIMER NEKAD NAK PURSUE MY AMBITION. OLDTIMER KHABAR KEPADA LAB ASSISTANT. LAB ASSISTANT PULAK JENIS MULUT TAK BOLE TUTUP (BECAUSE OF THE CLOSSNESS). ESOKNYA PAGI2 KENA SERBU. ADUHAI! SEBELUM BALIK, OLDTIMER TINGGAL NOTA KECIL DI PAPAN KENYATAAN KELAS. OLDTIMER TULIS "SAYA MEMILIH UNTUK BERSAMA KAMU SEMUA". SEJAK ITU MEREKA BERUBAH. TEKUN. HUJUNG MINGGU RUMAH SEWA OLDTIMER PENUH DENGAN MEREKA. BELAJAR MATHS. ENGLISH 'LEARN A WORD A DAY'. MEREKA HANYA BELAJAR. MAKAN MINUM SEMUA OLDTIMER SEDIAKAN DARI A SAMPAI Z. SATU KEPUASAN BILA KEPUTUSAN SPM KELUAR.... FANTASTIC. ADIBAH TERKENANG ARWAH YASMIN. SAYA TERKENANG ARWAH HASNAH. RAKAN SEKERJA. KATANYA "TAK DAK SAPA BOLEH TENG (POTONG) DAN CHELEN (CHALLENGE) HANG... AKU TABIK SPRING KAT HANG"! UNTIL NOW MY EX STUDENT MENGHARGAI OLDTIMER. BARU2 INI SEORANG EX STUDENT SMS MEMBERI TAHU. "CIKGU! ANAK SAYA DAPAT BIASISWA TENAGA PENGAJAR UNIVERSITI. DOAKAN DIA MCM MANA CIKGU DOAKAN SAYA YA!" ADUHAI! SEBAK DADA. ONE OF MY EX STUDENT NAK KAHWIN. DIA KIRIM SURAT DARI NEW YORK, "CIKGU! BLESS ME! NAK KAHWIN DAH. I LOVE HIM SO MUCH. ADUHAI! YES! PELAJAR MESTI DIHARGAI DAN DIDEKATI. THEY WILL LISTEN TO US. PELAJAR SUKA NOTES RINGKAS DI SETIAP PENGHUJUNG KERJANYA! AS FOR ENGLISH SEHINGGA KINI SAYA MASIH TERINGAT2 KELAS ENGLISH BERSAMA CIKGU NORAINI 35 TAHUN LALU. "KILLING ME SOFTLY".... SECARA PERIBADI DIA DATANG CONGRATULATE OLDTIMER KERANDA KARANGAN YANG BAGUS. KATANYA SAYA BELUM PERNAH JUMPA KARANGAN SEBAGUS INI. DARI MANA AWAK DAPAT ISI? FEEL SO GREAT.

    OLDTIMER

    ReplyDelete
  22. "PAYING IT FORWARD" Tengok tak? CERITA APA TU? TAK TAU. OLDTIMER HANYA SETIA DENGAN HALLMARK CHENNEL SAJA.

    dah panaskan lauk? SAHUR DENGAN BROWNIES YANG ANAK2 6 GEMILANG BUAT KEMARIN. FANTASTIK! SEDAP KEDUA2 BROWNIES DAN BISKUT....

    otai... my email is adibah_noor@yahoo.com
    dah check... tak der pung? HOW? DAH KIRIM PETANG TADI. WILL CHECK AGAIN.

    ReplyDelete
  23. PATUTLAH! KIRIM MASUK DALAM DRAFT. INI SEMUA GARA2 PENGARUH OPRAH WINFRED SHOW. RESPOND ME ASAP SO THAT I CAN SEND YOU ONE OF MY WRITE UP TO ADIBAH.

    OLDTIMER

    ReplyDelete
  24. TENGOK TU MY ENGLISH... KDG2 MALAS NAK BACA SEMULA.

    ReplyDelete
  25. SUDAH SEMAK BOX SENT. SUDAH DIKIRIM DAN SEPATUTNYA DITERIMA.

    OLDTIMER

    ReplyDelete
  26. Salam kak adibah.
    saya merupakan salah seorang guru muda yang kena mengajar jauh dari kampung halaman di semenanjung merentasi laut china selatan ke pedalaman sabah. sekolah saya bukanlah kategori pedalaman tapi hanyalah luar bandar, tapi mentaliti budak2 sama macam yang cerita oldtimer bagi (pasal guru di kedah tu).

    saya pernah mengajar subjek bahasa inggeris (in fact, i am a TESL graduate from UiTM - one of the students yg handled the talk - bicara kerjaya in 2005 - still remember?). i used to teach english and i had to repeat myself because i used both language in class.

    e.g: She has a beautiful doll. Dia ada anak patung yang cantik.

    and my friends who taught science and chemistry had to use BM, because they dont understand a bit. kalau pun mereka faham, untuk ingt balik dan adaptasi dalam exam adalah seperti mustahil. Kadang tu, punyalah bersungguh cikgu guna BI, still dlm exam dorang guna BM (yes, in exam they had an option).

    my experience plak, esei BI jadi esei BM campur sikit-sikit perkataan BI yang dorang tahu.

    pendapat saya macam oldtimer (and i would like to get to know him if possible). agree yet disagree with PPSMI.

    maaf ya saya melalut di komen box kak Adibah. Come and visit my blog which mostly pasal budak2 (sometimes about myself :D). would love it if
    you leave me a comment. oh, saya link kan blog kak Adibah di blog saya. http://shazmieyz.blogspot.com

    Shazmiey

    ReplyDelete
  27. Aunty Dib (since you're going to be my MIL soon),
    How many languages does Rajoo speak? purrr....

    ReplyDelete
  28. otai... i am still digesting your entry and it's meaningful message :D

    ReplyDelete
  29. shazmiey... thanks for dropping by. i suppose, things are easier said than done kan?

    ReplyDelete
  30. cat-in-sydney.... rajoo speaks the world language... language of love heheh

    ReplyDelete