Sunday, November 29, 2009

KONSERT SHARIFAH AINI & FRIENDS



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Semoga sambutan Aidil Adha disambut penuh kesyukuran dan keredhaan.

Seronok pulak dapat makan rendang dan lemang.... yang terakhir kali makan masa raya Aidl Fitri dulu ya.

Entry saya kali ni ialah untuk mengumumkan tentang Konsert Datuk Sharifah Aini and Friends yang akan berlangsung seperti maklumat yang tertera.

Siri Konsert Datuk Sharifah Aini & Friends ini akan diadakan untuk mengutip dana bagi anak-anak Tahfiz di seluruh Malaysia.

Siri yang pertama ini akan memaparkan Datuk Sharifah Aini dibantu oleh rakan artis seperti Anuar Zain dan saya sendiri.

Maklumat adalah seperti yang tertera.

Kalau sudi, datanglah.

Sambil berhibur dan menikmati lagu-lagu dendangan "Seri Dewi Malam" yang cukup unggul ini, kita akan juga membantu meringankan beban anak-anak tahfiz., insyaallah.

Maklumat adalah seperti berikut.

TARIKH: 11 Disember 2009

TEMPAT: Ballroom, Concorde Hotel, Kuala Lumpur

WAKTU: 8.00malam

Hubungi SHAMEEM di 019 348 8054 untuk maklumat harga tiket dan tempahan.

Jumpa di sana!




16 comments:

  1. kak diba..tak dapat jumpa akak datang uitm perak nanti utk ALAM..sedih..

    ReplyDelete
  2. Tahniah Adibah dapat berkongsi pentas dengan Sharifah Aini. Tidak banyak, sedikit pengalaman pasti diperoleh disepanjang persiapan, semasa dan selepas menjayakan konsert itu.

    OLDTIMER

    ReplyDelete
  3. penyanyi hebat sudah tentu digandingkan dengan gandingan yang hebat.akan doakan kejayaan program ini.

    ReplyDelete
  4. alamak.. hari kerja la kak dib :(

    ReplyDelete
  5. Aunty Dib,
    Wow! You, Sharifah Aini and Anuar Zain sharing the same stage? Wish we could be there too...
    Anyway, I have a Sharifah Aini song for my dear Rajoo. Would you please sing it to him? It's something like this:
    Hatiku dicuri lagi
    Tidak dapat kucari
    Jauh dibawa pergi
    Entah ke mana

    Kau datang dalam hidupku
    Bagai cahaya yang terang
    Pernah di suatu masa
    Duniaku gelap....

    hehehehe...can't remember the rest. purrr.....meow!

    ReplyDelete
  6. cassendra,
    tu lah.. naper you mewajuks?
    kalau tak, leh jumpers

    ReplyDelete
  7. anonymous otai,
    terima kasih otai.
    memang tergamam saya dibuatnya bila sharifah aini sendiri mengundang saya.
    walau apa pun org bercakap tentang dia, bila kita berhadapan dengan dia, secara semulajadi perasaan hormat dan segan menyelubungi diri.
    cukup kuat auranya.
    insyaallah saya akan tidak sia-siakan peluang itu.

    ReplyDelete
  8. littlem3,
    tak per. kerja harus diutamakan ;)

    ReplyDelete
  9. cat-in-sydney,
    not bad haaa u in oz can sing sh aini song!
    i sang the song to rajoo, he fell asleep, and turned turtle. :D

    ReplyDelete
  10. kak dib, superb la mlm dinner kat pullman ari tu. dato' suke.... seronok sgt.. sayangnya tak sempat bergambar dan tak sempat nk berbual pjg :)

    ReplyDelete
  11. Aunty Dib,
    How did the concert go? Wish I could be there too. Did you sing your own songs or Sh Aini's songs?
    Oh, purrrlease tell Rajoo not to become a turtle. The least he can do is to become a tiger! roar! roar! roar!

    ReplyDelete
  12. littlem3,
    alhamdulillah.
    terima kasih sudi tulis kat blog saya.
    segan pulak rasanya bila you tengok saya nyanyi and then masuk plak blog nih heheh
    dengar cerita datok nak kena transfer ya?

    ReplyDelete
  13. catinsydney,
    concert went superb.
    biduanita negara was in her top form.
    it was an honour to share the same stage with her.
    alhamdulillah.
    bila pulak raju jadi turtle?
    rajoo sekarang debab sangat tapi hensem still maintain.
    i'll kiss him for you :D

    ReplyDelete
  14. Blogs are the best, most useful way to save.
    I can share ideas of the future because this is exactly what I am looking for,
    wordpress
    blogspot
    youtube
    ហ្គេមស្លត់

    ReplyDelete