above: CIKU
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Semoga hari-hari yang mendatang diharungi dengan ketabahan dan keceriaan.
Terima kasih atas kesetiaan bersama saya sehingga ada yang berkali-kali menyuruh saya update blog ini.
Saya ni bukanlah pandai sangat nak berkata-kata, dan akan memblog hanya bila ada isu yang merentap jiwa sahaja.
Seperti baru-baru ini, saya agak kecewa apabila membaca tentang isu politik kampus yang semakin tidak masuk akal.
Peristiwa rusuhan dan macam-macam lagi berlaku dek kerana ada mahasiswa dan mahasiswi yang tak berpuas hati dengan macam-macam hal sehingga menyebabkan mereka bertindak menunjuk perasaan yang bukan main lagi.
Sampai pecah pintu, ugut-mengugut dan laungan-laungan yang tidak langsung menggambarkan fakulti otak yang berfungsi secara rasional dan waras.
Cukup mengecewakan dan memalukan.
Ya mungkin, perkataan saya ini tiada landasan dan tiada disokong dengan pengetahuan yang kukuh tentang hal yang sebenar.
Apa pun, saya rasa paparan yang sedia ada di media massa arus perdana mahupun tidak, dan di internet... cukup memberi gambaran yang begitu memualkan.
Pengalaman saya sendiri ketika bergelar "undergraduate" di salah sebuah universiti tempatan juga tidak kurang pahitnya bilamana berkaitan dengan politik kampus.
Calon-calon yang taksub mengejar gelaran di pos-pos kolej kediaman mahupun universiti, perrrggggghhh i tell you.... macam ahli politik yang gila gelaran dan suka buat bising tapi kerja dan diri sendiri pun tak terurus.
Saya di antara mangsa yang tidak bernasib baik, telah diaibkan di hadapan penghuni kolej kediaman ketika dijadikan bahan gurauan di kafe oleh seorang "senior" yang sedang dalam proses mengaut undi sebagai exco.
Dia ni, by the way, seorang jejaka yang perasan macho, hensem dan digilai oleh mahasiswi.
Ciss bedebah....
Dan politik kampus secara keseluruhan, tidak langsung memberi apa-apa makna kepada saya sebagai mahasisiwi, mahupun kepada rakan-rakan sepengajian.
Kami lebih selesa dengan pengiktirafan rakan sepengajian secara mikro, iaitu melantik terus ketua di kalangan kami untuk dijadikan wakil atau penghulu, bersama-sama "exco"nya yang kami lantik sebulat suara.
Tiada kempen.
Kami lantik terus.
Dan sehingga ke hari ini, setelah lama bergelar graduan, apabila kami berhimpun di facebook mahupun di luar, mereka yang telah kami lantik itu terus menjadi ketua kami.
Cukup simple, telus, jujur dan ikhlas.
By the way, bedebah yang mengaibkan aku itu berjaya dalam undiannya dan berjaya menjadi exco selama setahun.
Tapi lepas itu, kantoi dalam pengajiannya lantas terpaksa dibuang universiti sebab akademiknya macam taik!
Allah telah memberikan habuan yang sepatutnya kepada dia.
Alhamdulillah, saya berjaya menjadi graduan, dan berjaya memegang ijazah.
Itu dulu.... walaupun kita tak suka dengan politik kampus dan sebagainya... tiada pula sampai merusuh dan bertindak luar jangkaan.
Seruan saya kepada mahasiswa dan mahasiswi yang mungkin terpengaruh dengan janji kosong anasir-anasir yang menggoda mereka:
1. sedarlah bahawa, kedudukan kamu di universiti itu adalah kedudukan yang telah menjadi rebutan beribu insan yang menginginkan peluang untuk melanjutkan pelajaran. Kamu adalah pelajar yang terpilih, jangan kamu sia-siakan kedudukan itu dan kamu harus buktikan kepada mereka yang tidak berjaya merebut kedudukan mu itu bahawa kamu memang insan yang selayaknya;
2. janganlah kamu taksub dengan gelaran dan pangkat. ia tidak akan menjanjikan kebahagiaan dan ketenangan selagi itulah yang kamu kejarkan. seandainya kamu memang pemimpin yang berhemah, kamu tentu akan sedia berkhidmat kepada masyarakat kampus dan rakan pengajianmu walaupun kamu tiada pangkat dan gelaran. Cerminkan diri kamu dan ketahui di mana letaknya keikhlasan dan kejujuran mu;
3. usahlah kamu terpengaruh dengan syaitan yang bertopengkan manusia yang sentiasa akan menjanjikan perlbagai kesenangan seandainya kamu beroleh pangkat dan gelaran. mereka hanya manusia. mereka bukan Tuhan. bukan mereka yang menentukan takdirmu.
4. seandainya kamu ingin berkecimpung di dalam politik kampus kerana itulah "passion" mu, dan ingin menjadikan ia sebagai landasan kamu untuk terus aktif dalam bidang politik setelah bergelar graduan, maka teruskanlah. tapi pastikan, keputusan akademikmu boleh dibanggakan, iaitu meraih ijazah kelas pertama atau masuk dalam senarai dekan. malah aktiviti ko kurikular mu juga boleh dibanggakan. semua seimbang dan mampu menjadi inspirasi kepada generasi mu.
wassalam.