in the picture above, is my dearest PUTIH.
yang memang menjadi teman hidup saya sejak lebih 5 tahun yang lalu....
yang sentiasa melompat bila bertemu dengan saya....
yang menjadi "mak esah" saya tatkala bulu roma dan belakang leher menjadi seram sejuk.
Itulah nikmat memelihara kucing.
Putih adalah di antara 19 ekor kucing saya yang lain, yang sentiasa mengiringi perjalanan keluar saya dari rumah dan menjadi penyambut yang setia bila saya pulang.
"Anak-anak" saya itulah menjadi penawar tatkala duka,
teman tatkala sunyi,
dan ubat segala penyakit.
Malah ia menyedarkan lagi saya terhadap keEsaanNya.
Cukup istimewa makhluk ciptaanNya itu.
I'm ok larrrr.....
Ramai juga yang emel saya berkenaan dengan penulisan kreatif seorang selebriti di dalam blognya.
Alhamdulillah, ramai yang mengasihi saya, syukur sangat-sangat.
But really, I'm ok.
Janganlah risau saya ni susah hati pasal tu.
Tidak sama sekali.
Saya tak kisah kalau saya yang kena kutuk.
Itu lumrah kehidupan.
Bukan sahaja bagi "artis" tapi bagi sesiapa pun.
Kutuk-mengutuk sesama insan tidak dapat dibendung oleh mereka yang merasakan diri mereka sempurna.
MasyaAllah, kesempurnaan itu hanya milik Allah.
Ya lah, kalau diikutkan hati, agak terguris juga bila dikaitkan sekali ibu dan ayah saya.
Kalau diikutkan perasaan, agak pening dan hampa juga rasanya bila ibu dan ayah saya diburukkan begitu sekali.
Tapi, Allah kan ada.
Asalkan bukan kita yang bersalah, cukuplah bagi Allah yang Maha Mengetahui.
Berani kerana benar.
Diam, tak bererti salah.
Dan saya panjatkan kesyukuran kehadratNya atas anugerah sabar yang diberikan olehNya.
Maka, perkataan kesat dan nista yang dilemparkan kepada saya, saya terima dengan seikhlas hati.
Janganlah you all risau pulak pasal saya.
Seriously, I'm ok laaarrrr.... hehehe...
Semoga dia mengecapi seribu kebahagiaan dengan perbuatannya itu dan daripada kita nak mengutuk dia balik, ayoh kita sama-sama berdoa agar Allah swt dapat menyembuhkannya.
Jom tukar topik.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam ramadhan dan selamat berpuasa untuk semua muslimin dan muslimat.
Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan ceria seperti biasa.... walaupun sugar level di siang hari rendah hehehe.
Ramai orang berpesan-pesan sesama insan muslim tentang pahala yang berlipatkali ganda di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Persoalannya, ada ke bulan yang tak mulia?
Apa yang lebih getir lagi ialah, sejauh manakah keikhlasan ibadah kita kerana Allah?
Bibir mungkin mudah mengucap kata ikhlas,... tapi hati, Allah Maha Mengetahui.
Umpama, anak-anak yang sentiasa meminta upah.
Kalau nak suruh buat apa-apa, mesti sebutkan upah dahulu.
Baru dia buat.
Memang kerja dilaksanakan dengan baik, dan dia mendapat upah.... tapi sejauh manakah keikhlasannya melaksanakan kerja tersebut... adakah ikhlas hendak menolong ibu bapa.. atau semata-mata kerana upah.
Begitulah juga pada pendapat saya tentang pahala.
Entahlah, mungkin bab agama bukan bidang yang hak bagi saya untuk dibicarakan.
Tapi soal keikhlasan itu amat dekat dengan hati saya.
Ayuh kita beribadah kerana menginginkan keredhaan dariNya..... dan bukan mengharapkan pahala.
Itu kita tawakkalkan sahaja untuk pertimbangan Allah.
Salam.