
Salam.
Dek kerana telah ditegur oleh salah seorang pengunjung blog saya yang tak seberapa ni pasal dah lama tak update blog, maka saya menyahut cabaran untuk mengisi ruang maya ini dengan blog yang baru hehehe.... thanks for the teguran.
Maklum sajalah, saya ni bukannya pandai sangat nak blog2 nih, malah sedang satu dunia sibuk dengan facebook, saya tetap ternganga bangang bila orang dok cakap pasal facebook itu dan ini.
Tak pandai sangat nak melayan benda2 nih haaaaa.
Anyway, tajuk di atas tercetus dek pergaduhan di antara penyokong2 protege dalam siri mentor yang ke3 yang sedang hangat diperkatakan itu. (hangat ke? ye ke? hehe)
Saya menggeleng kepala apabila ada di antara mereka yang aktif menyampaikan isi hati mereka di website mentor, bergaduh sesama sendiri berkenaan isu2 yang tak ada kesudahannya.
Dari sokongan mereka kepada protege kesayangan mereka, merebak ke perasaan kenegerian dan perkauman sampailah kisah bangsa pun nak digaduhkan.
*Istighfar*
Entah apa kena-mengena kisah bangsa dengan pertandingan mentor, saya pun tak pasti.
Bila dah masuk bab bangsa ni, apa lagi..... akak sensitip sket!
Tapi nak cakap sampai berbuih mulut pun takkan jadi apa2.
Jiwa mereka tetap kosong, gelap, kolot, dungu dan negatif.
Sebab degil.
Dialah yang betul, dialah yang arif, dialah yang perasan bagus.
Sebab, sepanjang kehidupan mereka hanya tahu disuap.
Dari rumah dijaga makan minum dan pakai oleh keluarga mereka, sampailah ke sekolah yang setiap pembelajaran disuap sahaja tanpa mempedulikan aspek praktikal dan kehidupan sebenar.
Lantas sikap manja mereka terbawa2 sampai ke kehidupan sebenar.
Daripada nak komplen pasal ni semua, saya nak sarankan:
1. campak mereka tu masuk hutan, berbekalkan sejadah dan kompas sahaja. ATAU
2. campak mereka ke negara yang dalam kancah peperangan dan kesempitan, berbekalkan sejadah dan kompas sahaja
Baru mereka tahu macam mana nak bersyukur kot, dan tak jadi bangsat sangat.
Geram pun ada nih. isk isk isk