Sunday, August 17, 2008

BANGSA MALAYSIA


Aku memang dah meluat dan dah naik muntah dengan sikap dan perangai sesetengah orang kita yang suka nak heboh, nak kecoh, nak menjerit ke sana ke mari, nak boo sana boo sini... yang kononnya memperjuangkan nasib bangsa, kepentingan hak bangsa, ketuanan bangsa... sedangkan perangai dan perwatakan serta pendirian mereka tu terang-terang menjatuhkan bangsa, memalukan kaum, mengaibkan nama bangsa sendiri.

Apa ke bendanya maksud bangsa tu? Ha? ko tau ke?

Bangsa Melayu... bangsa Cina.... bangsa India.... bangsa itu dan ini....
bila ada je benda yang tak betul,.. cepat-cepat kita hukum orang tu atas nama "bangsa" dia...
contohnya: - "alah... Melayu.. memang macam tu perangainya..." .....
atau.... "hmmm... kalau dah namanya Cina... memang gituler budayanya"....
atau...... "hai dah namapun India... ko tak reti-reti lagi ke derang memang bangsa gitu"

Apasal ek?

Sekarang nih kecoh laaaaa kan... kat sana sini.. kononnya bangsa Melayu nih sedang diperkotak-katikkan.... sedang dipermainkan.... sedang cuba dimusnahkan.... lantas.... anak-anak Melayu yang "pantang dicabar" ni pun... woooi kemain lagi.. marahnya bukan main.

Alah.... orang baru jentik sikit jer... apa barang ko nak melenting tak tentu pasal...? Apa lah salahnya ko cermin diri ko dulu, dan lihat dari perspektif apa yang orang "bangsa" lain nih pandang kat kita...

ek elle... cubalah rileks sikit...... ni belum apa-apa.... waah wahhh kemain lagi pantang dicabar, haa?... jangan main api lah... apa lah....

Apa la yang ko takut sangat kena cabar tu.... orang BERANI kerana BENAR... yang ko nak bising2 pe hal?

Kalau ko rasa kau BENAR... kau LAWAN aaaaa.... ko kumpulkanlah hujah kau secara berhemah... secara terpelajar.... secara rasional.... nih tidak... lum pa pe dah nak melenting tak tentu pasal...

Eh... apa ko hingat negara nih ko punya sorang ke...?

OK... kalau ko kata... orang Melayu istimewa sesangat kedudukannya dan patut diletakkan di tangga yang teratas mengatasi kepentingan dan hak bangsa lain sebab orang melayu yang mula2 menapak kat bumi Malaysia nih.... ko jawab pertanyaan aku yang ikhlas lagi lojik nih.....

ready?....

ok soalan aku ialah....

keturunan kau datang dari mana?......

kalau jawapan kau.. keturunan kau berasal dari bumi bertuah ni.... bermakna kau keturunan orang asli....

betul ke?........

kalau tidak... aku pasti jawapan kau ialah.... acheh indonesia ke.... jawa ke... apa ke..... apa-apa pun... dari seberang selat melaka jugak kan?.. alah.. negara yang sama macam negara asal mat dan minah indon yang kau benci sangat tu... kat situ kan asal-usul keturunan kau kan kan kan kan?

ada pulak tu, asal usul bukan indon pun.. indon tu dah tentu gak namanya melayu.... tapi nih tidak.. asalnya nuuuunn jauh nuuuu kat india, pakistan bla bla.... peh tu datang sini, atas dasar anutan ugamanya... last2 bergelar "melayu" gak bila sah2 dia punya kulit punya warna tarak sama dengan sawo matang...

dah dah dah.... dah marah la tu... aku baru cakap benda lojik sikit ko nak melenting... ek elle.
rileks aaaaaa......

ok ok ok.... aku mengaku.... darah bangsa Melayu yang mengalir dalam badan aku nih pun... mak aii punya lah pekat.... dan aku pun hangat hati gak nengok orang lain buli kita ok...

tapi ko pernah pikir tak?

sapa jugak yang bukakkan laluan kat bangsat-bangsat yang suka nak nengok orang bergaduh dan cari gaduh ni....

sapa beb?..... ha?......

tak orang kita jugak ke?....

ko sedar tak?....

kalau tak orang kita sendiri yang bagi laluan... takkan jadi sampai gini ler beb....alaaahaai..... ko tahu siapa mereka nih?..... haaaaa bangsat-bangsat yang kau undi tu lah... yang terang-terang jadi boneka mainan bangsat2 yang nak menjatuhkan kita ni.... isk.... tak sedor lagi ke?

letih ah...

nak aku ejakan ke....

nah baca kenyataan aku nih:.... MELAYU JUAL BANGSA SENDIRI.....

faham tak?
cuba fikir....
betul tak?

betul beb.... orang kita jugak yang buat nih semua... bagi laluan mudah pada bangsat2 tu.. percayalah kat aku..... kalau tak percaya.... ko memang buta... ko memang pekak... ko memang bangang.

haaa... tak cukup ke melayu aku bila aku cakap gitu....?

ko ingat aku suka sangat nengok benda gini berlaku?...isk....

rileks rileks.... meh duduk sini aku buatkan milo ais tabur....

aku dibesarkan kat dalam suasana muhibbah dan sekolah yang mak bapak aku antar aku pun memang tak bagi muka kat melayu punya sekolah....
tak der sapa pun bagi muka kat melayu...
so?... nak duduk diam je ke?.... nak sorok muka dalam almari?
rugilah cham tu bebbbb!

nak tak nak.. ko kena bersaing... kalau ko nak harapkan pihak pengurusan sekolah nak bagi ko layanan istimewa atas nama bangsa engkau melayu... jangan haraplah...

malah kau akan ketinggalan jaaaauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuhhhh di belakang.... dan kalau kejayaan tu boleh diukur dengan anak tangga... bayang tangga tu pun ko tak nampak kalau kau tetapppp jugak nak pertahankan "melayu" kau tu.

ia mengajar aku untuk berdaya saing dan menghargai kelebihan orang lain, menggunakan kebolehan sendiri untuk masa depan diri aku sendiri, menghormati keistimewaan orang lain, akur dengan ketidaksempurnaan diri, tanpa memikirkan bangsa apa student kat situ.... baik yang cina, yang melayu, yang india dan lain-lain lagi... semua diadili sama rata dan diangkat atas sebab kecemerlangan akademik, mahupun ko-kurikular..... tak kira bangsa pun.

dan aku bangga, dengan latihan yang aku lalui sejak dari darjah satu sampai tingkatan lima.. lama tu wei... 11 tahun tu.... aku mampu meraih penghormatan dan penghargaan dari semua yang sudi... baik yang melayu mahupun bukan melayu.... dan aku bangga sesangat bila bukan melayu mengiktiraf kebolehan aku.....

ko jangan silap.... aku bukan anti melayu k.... aku bangga jadi anak melayu ok....
rileks aaah...

dalam pada negara tengah goyah dengan cabar itu cabar ini, provokasi itu belasah ini.... aku rasa insan bernama LEE CHONG WEI patut dianugerahkan Anugerah BERSATU Malaysia sebab malam tadi... SEMUA bangsa duduk depan TV bersatu hati dan sepakat mendoakan LEE CHONG WEI menang... dan bila dia kalah sekalipun... kita semua jugak yang kata... it's OK.... sekurang2nya kita ada la jugak pingat PERAK kat Olimpik tu ha...
ko bayangkan ok.... chong wei dengan lin dan tu pada zahirnya... bangsa yang sama.... mungkin dari keturunan cina yang berlainan... tapi namanya cina lah kan. ...
peh tu kan... chong wei lawan orang yang berasal dari tanah asal nenek moyang dia jugak....
tapi dia lawan jugak sehabis mungkin. sebab dia lawan untuk negara kerakyatannya... Malaysia.
kalau nak diikutkan kan.... orang macam chong wei tak payah buat tu semua kalau dia pentingkan "bangsa" dia.... eh wat per nak lawan bangsa sendiri, betul tak?
tapi... aliran niat dan tujuan jiwanya berada di situ, untuk memperjuangkan sesuatu, ya mungkin untuk dirinya sendiri... tapi yang pasti.. dia telah membawa seluruh Malaysia di atas bahunya.
ada dia ambik pot pasal bangsa?
pikior ler sikit ye......
dah dah... tarik napas panjang2.... jangan nak marah2 lagi....
ko dah le nama melayu... ugama lak islam... tak ke sepatutnya kita nih bangsa yang banyak sabor.....sabor sabor... bawak mengucap....
nak milo lagi?

12 comments:

  1. hmmm....itu la yg nk kena semai dari kecik bahawa malaysia nih kaumnya pelbagai. Ini tidak, dari kecik dah diajar bermusuh. Kalau bukan terang2an pun...melalui attitude yg merata kita tgk skrg. Sikit2 nk bertumbuk nk maki2.
    Apa hal?
    huh....errr ais lebih yea kak milo tu....

    ReplyDelete
  2. hi arnie, terima kasih sudi lawat blog saya.

    memang semua akan ok dan aman bila semua hormat sesama sendiri kan?

    hormat ugama, budaya dan adat istiadat setiap bangsa.... understanding...

    alangkah bahagianya gitu ek

    take care dear

    ReplyDelete
  3. ZAS!!!!..'melayu' mudah lupa..saya pon agak upset dengan current=comical-situation, apa pon masih bersyukur we are not like our neighbouring countries..altho quite near to the situation ..

    ZAS!!!

    ReplyDelete
  4. neome bebeh, thanks for your visit.

    ReplyDelete
  5. salam,...ehem..kalau nak diikutkan,..kita bleh cakap apa jer..tp xterfikirkah,..berat mata memandang b e rat lg bahu yg memikul...kita ni kdg2...cakap jer.;''..love ya

    ReplyDelete
  6. raja.... very true.... kalaulah kita masing2 boleh fikir apa yang org lain alami... kan kan kan

    ReplyDelete
  7. wow kak deeb,...
    very2 deep thoughts there...
    salute la sama akak...
    memang betul pun akak cakap tuh...
    takde orang lain yg jahanamkan orang melayu sendiri juga
    pehtu taknak ngaku pulak
    sedap saja salahkan bangsa lain, pengaruh luar
    diri sendiri punya silap taknak tengok
    boleh2 sweep under the rug jek
    tu pasallah banyak lagi antara kita ni yg pemikirannya pun under the coconut shell jugek...

    [i tak rela jadi frog!]

    p/s: i really am amazed with your blog that i'm gonna link it to mine - see u again kak deeb!

    ReplyDelete
  8. k1m1_kaemos. mekacih mekacih.

    letih lah kan tengok perangai org dalam parlimen kan? yg betul2 nak perjuangkan nasib rakyat, ada 2 3 kerat jer

    ReplyDelete
  9. haha!
    u know never mind...
    i don't have to say more...

    nak wat cane
    dah dapat kuasa yg tak seberapa tu
    terus lupa
    tak jejak tanah dah
    nak wat cane

    camni jugakla kita nampaknya!

    ReplyDelete
  10. kaemoss... i wish our politicians berhenti bertengkar sesama sendiri. parlimen dah macam pasar borong je aku tengok.

    situasi ekonomi dah lah mencengkam... depa pulak terukkan lagi dgn aksi jahanam depa.

    gerammmm tul

    will the real pejuang please stand up!

    ReplyDelete
  11. Hi, I really enjoyed reading your post, and hope to read more. thank you so much for sharing this informative blog.
    ភ្នាល់កីឡាប្រដាល់

    ReplyDelete