Tuesday, June 23, 2009

GET WELL SOON IDA!

I woke up this morning with the shocking news of Ida Nerina's misfortune and with pain in my neck like a needle poking it.

I scheduled an appointment with my beautician (beautiful ke aku eheheh) to have a complete do. Facial, back rub, neck rub, shoulder rub... just to destress.

And as I was lying down on the table, I couldnt keep Ida off my thoughts.

She's not just a co-actor, she's also a friend.

It seems just yesterday we were laughing, working and having fun with TEN TEN TEN (a new comedy series by Tall Order Productions - Hans Isaac punya - now on ASTRO WARNA every Wednesday, 10pm).

May Allah heal her and grant her speedy recovery.

The pain that she must be going through is unimaginable.

My prayers are with her.

Amin

Thursday, June 18, 2009

BERHINGUS, TAPI LAGAK HEBAT


Salam.


Dek kerana telah ditegur oleh salah seorang pengunjung blog saya yang tak seberapa ni pasal dah lama tak update blog, maka saya menyahut cabaran untuk mengisi ruang maya ini dengan blog yang baru hehehe.... thanks for the teguran.


Maklum sajalah, saya ni bukannya pandai sangat nak blog2 nih, malah sedang satu dunia sibuk dengan facebook, saya tetap ternganga bangang bila orang dok cakap pasal facebook itu dan ini.


Tak pandai sangat nak melayan benda2 nih haaaaa.


Anyway, tajuk di atas tercetus dek pergaduhan di antara penyokong2 protege dalam siri mentor yang ke3 yang sedang hangat diperkatakan itu. (hangat ke? ye ke? hehe)


Saya menggeleng kepala apabila ada di antara mereka yang aktif menyampaikan isi hati mereka di website mentor, bergaduh sesama sendiri berkenaan isu2 yang tak ada kesudahannya.


Dari sokongan mereka kepada protege kesayangan mereka, merebak ke perasaan kenegerian dan perkauman sampailah kisah bangsa pun nak digaduhkan.


*Istighfar*


Entah apa kena-mengena kisah bangsa dengan pertandingan mentor, saya pun tak pasti.


Bila dah masuk bab bangsa ni, apa lagi..... akak sensitip sket!


Tapi nak cakap sampai berbuih mulut pun takkan jadi apa2.


Jiwa mereka tetap kosong, gelap, kolot, dungu dan negatif.

Sebab degil.

Dialah yang betul, dialah yang arif, dialah yang perasan bagus.

Sebab, sepanjang kehidupan mereka hanya tahu disuap.

Dari rumah dijaga makan minum dan pakai oleh keluarga mereka, sampailah ke sekolah yang setiap pembelajaran disuap sahaja tanpa mempedulikan aspek praktikal dan kehidupan sebenar.


Lantas sikap manja mereka terbawa2 sampai ke kehidupan sebenar.


Daripada nak komplen pasal ni semua, saya nak sarankan:

1. campak mereka tu masuk hutan, berbekalkan sejadah dan kompas sahaja. ATAU

2. campak mereka ke negara yang dalam kancah peperangan dan kesempitan, berbekalkan sejadah dan kompas sahaja


Baru mereka tahu macam mana nak bersyukur kot, dan tak jadi bangsat sangat.


Geram pun ada nih. isk isk isk

Saturday, February 7, 2009

ANDAI BANGSAKU TERLUPA...


melihatkan keadaan rusuhan di kuala kangsar yang telah dipaparkan oleh semua rangkaian berita di televisyen semalam menimbulkan satu perasaan yang amat sedih dan sebak di sanubari ku.

aku sedih melihatkan bangsaku melangkah penuh amarah ketika bersua dengan raja.

ini bukan pasal sokongan politik... aku tidak kisah dengan agenda politik yang sedang berlaku di sana. biarlah ia diselesaikan oleh mereka yang hak.

namun aku sedih dengan tindakan bangsaku berlaku dengan begitu biadap sekali terhadap raja melayu yang aku pasti, sejak dari dahulu, menjadikan agenda kemajuan dan kesejahteraan orang melayu sebagai perkara utama dalam pemerintahannya.

aku juga sedih dengan kelantangan bangsaku sendiri secara terang mengutuk sistem raja-raja melayu sehinggakan ada yang sanggup mengeluarkan kata-kata kesat, dan berikrar untuk menjatuhkan raja.

aku gila memikirkan niat sebenar jemaah jumaat yang melangkah ke masjid untuk bersembahyang bersama raja.

apakah di dalam hati mereka tersemat satu niat lain ketika hendak menunaikan solat jumaat itu....

dan sejauh manakah keikhlasan mereka menyembah Allah pada hari itu....

khusyukkah mereka...

sedangkan terbit sahaja angin politik yang menghuru-harakan sanubari mereka, mereka telah mengatur niat untuk merusuh sultan selepas solat?

tidakkah bangsaku sedar siapa di sekeliling mereka pada waktu itu. ...

dah nama pun solat jumaat, yang pastinya, semua yang berada di situ adalah sebangsa dan seagama...

tiada sekelibat pun bangsa yang berugama lain yang pada firasatku sedang mentertawa dan menepuk tangan dengan drama yang dilakonkan oleh bangsa ku sendiri

ya... kata-kata kesat seperti sultan makan duit rakyat... sultan tak tahu penderitaan rakyatdan bermacam-macam lagi, kini dengan lebih lantang disuarakan....
kejam sungguhkah raja itu?

apakah rakyat terlalu tertindas selama ini sehingga tidak dapat mencari rezeki, mempunyai mata pencarian, .... ?

kebuluran kah mereka selama ini... ?

tertindas bebenor ke kita yop?

aku keliru mendengar laungan kalimah Allah ketika mereka mengerumuni kenderaan tuanku...
tambah keliru lagi apabila bendera palestin dikibarkan bersama....

apa ertinya?

aku amat takut apabila terang-terang rakyat sudah tidak mendukung prinsip rukunegara...

1. kepercayaan kepada Tuhan

2. kesetiaan kepada raja dan negara

3. keluhuran perlembagaan

4. kedaulatan undang-undang

5. kesopanan dan kesusilaan

kalau melayu sendiri tidak mengangkat sistem raja melayu, siapa lagi?

anasir bangsat memang sudah lama menunggu peluang keemasan ini untuk bangsaku bangkit menjatuhkan raja mereka sendiri...

tetapi...


andai kita terlupa....
siapakah insan yang telah berjuang untuk meraih kemerdekaan negara?

yang berkali-kali terbang ke london untuk berbincang semasak-masaknya untuk memerdekakan bangsanya dari jajahan british,

bukan itu sahaja, beliau juga telah berbincang dengan bijaksana tentang masa hadapan bangsanya agar bangsanya terbela...
yang pasti pada waktu itu nyawanya juga terancam dek perjuangannya....

lupakah kita akan insan itu?

bapa kemerdekaan kita itu....

dia juga adalah raja..... dah lupa?

Sunday, August 17, 2008

BANGSA MALAYSIA


Aku memang dah meluat dan dah naik muntah dengan sikap dan perangai sesetengah orang kita yang suka nak heboh, nak kecoh, nak menjerit ke sana ke mari, nak boo sana boo sini... yang kononnya memperjuangkan nasib bangsa, kepentingan hak bangsa, ketuanan bangsa... sedangkan perangai dan perwatakan serta pendirian mereka tu terang-terang menjatuhkan bangsa, memalukan kaum, mengaibkan nama bangsa sendiri.

Apa ke bendanya maksud bangsa tu? Ha? ko tau ke?

Bangsa Melayu... bangsa Cina.... bangsa India.... bangsa itu dan ini....
bila ada je benda yang tak betul,.. cepat-cepat kita hukum orang tu atas nama "bangsa" dia...
contohnya: - "alah... Melayu.. memang macam tu perangainya..." .....
atau.... "hmmm... kalau dah namanya Cina... memang gituler budayanya"....
atau...... "hai dah namapun India... ko tak reti-reti lagi ke derang memang bangsa gitu"

Apasal ek?

Sekarang nih kecoh laaaaa kan... kat sana sini.. kononnya bangsa Melayu nih sedang diperkotak-katikkan.... sedang dipermainkan.... sedang cuba dimusnahkan.... lantas.... anak-anak Melayu yang "pantang dicabar" ni pun... woooi kemain lagi.. marahnya bukan main.

Alah.... orang baru jentik sikit jer... apa barang ko nak melenting tak tentu pasal...? Apa lah salahnya ko cermin diri ko dulu, dan lihat dari perspektif apa yang orang "bangsa" lain nih pandang kat kita...

ek elle... cubalah rileks sikit...... ni belum apa-apa.... waah wahhh kemain lagi pantang dicabar, haa?... jangan main api lah... apa lah....

Apa la yang ko takut sangat kena cabar tu.... orang BERANI kerana BENAR... yang ko nak bising2 pe hal?

Kalau ko rasa kau BENAR... kau LAWAN aaaaa.... ko kumpulkanlah hujah kau secara berhemah... secara terpelajar.... secara rasional.... nih tidak... lum pa pe dah nak melenting tak tentu pasal...

Eh... apa ko hingat negara nih ko punya sorang ke...?

OK... kalau ko kata... orang Melayu istimewa sesangat kedudukannya dan patut diletakkan di tangga yang teratas mengatasi kepentingan dan hak bangsa lain sebab orang melayu yang mula2 menapak kat bumi Malaysia nih.... ko jawab pertanyaan aku yang ikhlas lagi lojik nih.....

ready?....

ok soalan aku ialah....

keturunan kau datang dari mana?......

kalau jawapan kau.. keturunan kau berasal dari bumi bertuah ni.... bermakna kau keturunan orang asli....

betul ke?........

kalau tidak... aku pasti jawapan kau ialah.... acheh indonesia ke.... jawa ke... apa ke..... apa-apa pun... dari seberang selat melaka jugak kan?.. alah.. negara yang sama macam negara asal mat dan minah indon yang kau benci sangat tu... kat situ kan asal-usul keturunan kau kan kan kan kan?

ada pulak tu, asal usul bukan indon pun.. indon tu dah tentu gak namanya melayu.... tapi nih tidak.. asalnya nuuuunn jauh nuuuu kat india, pakistan bla bla.... peh tu datang sini, atas dasar anutan ugamanya... last2 bergelar "melayu" gak bila sah2 dia punya kulit punya warna tarak sama dengan sawo matang...

dah dah dah.... dah marah la tu... aku baru cakap benda lojik sikit ko nak melenting... ek elle.
rileks aaaaaa......

ok ok ok.... aku mengaku.... darah bangsa Melayu yang mengalir dalam badan aku nih pun... mak aii punya lah pekat.... dan aku pun hangat hati gak nengok orang lain buli kita ok...

tapi ko pernah pikir tak?

sapa jugak yang bukakkan laluan kat bangsat-bangsat yang suka nak nengok orang bergaduh dan cari gaduh ni....

sapa beb?..... ha?......

tak orang kita jugak ke?....

ko sedar tak?....

kalau tak orang kita sendiri yang bagi laluan... takkan jadi sampai gini ler beb....alaaahaai..... ko tahu siapa mereka nih?..... haaaaa bangsat-bangsat yang kau undi tu lah... yang terang-terang jadi boneka mainan bangsat2 yang nak menjatuhkan kita ni.... isk.... tak sedor lagi ke?

letih ah...

nak aku ejakan ke....

nah baca kenyataan aku nih:.... MELAYU JUAL BANGSA SENDIRI.....

faham tak?
cuba fikir....
betul tak?

betul beb.... orang kita jugak yang buat nih semua... bagi laluan mudah pada bangsat2 tu.. percayalah kat aku..... kalau tak percaya.... ko memang buta... ko memang pekak... ko memang bangang.

haaa... tak cukup ke melayu aku bila aku cakap gitu....?

ko ingat aku suka sangat nengok benda gini berlaku?...isk....

rileks rileks.... meh duduk sini aku buatkan milo ais tabur....

aku dibesarkan kat dalam suasana muhibbah dan sekolah yang mak bapak aku antar aku pun memang tak bagi muka kat melayu punya sekolah....
tak der sapa pun bagi muka kat melayu...
so?... nak duduk diam je ke?.... nak sorok muka dalam almari?
rugilah cham tu bebbbb!

nak tak nak.. ko kena bersaing... kalau ko nak harapkan pihak pengurusan sekolah nak bagi ko layanan istimewa atas nama bangsa engkau melayu... jangan haraplah...

malah kau akan ketinggalan jaaaauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuhhhh di belakang.... dan kalau kejayaan tu boleh diukur dengan anak tangga... bayang tangga tu pun ko tak nampak kalau kau tetapppp jugak nak pertahankan "melayu" kau tu.

ia mengajar aku untuk berdaya saing dan menghargai kelebihan orang lain, menggunakan kebolehan sendiri untuk masa depan diri aku sendiri, menghormati keistimewaan orang lain, akur dengan ketidaksempurnaan diri, tanpa memikirkan bangsa apa student kat situ.... baik yang cina, yang melayu, yang india dan lain-lain lagi... semua diadili sama rata dan diangkat atas sebab kecemerlangan akademik, mahupun ko-kurikular..... tak kira bangsa pun.

dan aku bangga, dengan latihan yang aku lalui sejak dari darjah satu sampai tingkatan lima.. lama tu wei... 11 tahun tu.... aku mampu meraih penghormatan dan penghargaan dari semua yang sudi... baik yang melayu mahupun bukan melayu.... dan aku bangga sesangat bila bukan melayu mengiktiraf kebolehan aku.....

ko jangan silap.... aku bukan anti melayu k.... aku bangga jadi anak melayu ok....
rileks aaah...

dalam pada negara tengah goyah dengan cabar itu cabar ini, provokasi itu belasah ini.... aku rasa insan bernama LEE CHONG WEI patut dianugerahkan Anugerah BERSATU Malaysia sebab malam tadi... SEMUA bangsa duduk depan TV bersatu hati dan sepakat mendoakan LEE CHONG WEI menang... dan bila dia kalah sekalipun... kita semua jugak yang kata... it's OK.... sekurang2nya kita ada la jugak pingat PERAK kat Olimpik tu ha...
ko bayangkan ok.... chong wei dengan lin dan tu pada zahirnya... bangsa yang sama.... mungkin dari keturunan cina yang berlainan... tapi namanya cina lah kan. ...
peh tu kan... chong wei lawan orang yang berasal dari tanah asal nenek moyang dia jugak....
tapi dia lawan jugak sehabis mungkin. sebab dia lawan untuk negara kerakyatannya... Malaysia.
kalau nak diikutkan kan.... orang macam chong wei tak payah buat tu semua kalau dia pentingkan "bangsa" dia.... eh wat per nak lawan bangsa sendiri, betul tak?
tapi... aliran niat dan tujuan jiwanya berada di situ, untuk memperjuangkan sesuatu, ya mungkin untuk dirinya sendiri... tapi yang pasti.. dia telah membawa seluruh Malaysia di atas bahunya.
ada dia ambik pot pasal bangsa?
pikior ler sikit ye......
dah dah... tarik napas panjang2.... jangan nak marah2 lagi....
ko dah le nama melayu... ugama lak islam... tak ke sepatutnya kita nih bangsa yang banyak sabor.....sabor sabor... bawak mengucap....
nak milo lagi?

Saturday, April 5, 2008

FITNA AND BEYOND

much has been said about the controversial film by geert wilders, fitna, which aimed to literally depict the alleged atrocities of Islam in the eye of the non believer.

many have been angered by the producer of this film.

from street demonstrations to camping in front of dutch embassies to putting a price on geert wilders' head.

i was as curious as most muslims around the world and searched for the film on the internet.

what i saw was apalling.

i was not apalled by the people who decided to produce the film....but rather, i was shocked by what was portrayed on it.... ie. acts of violence by my fellow muslims.

sure, the film was a cut and paste job, and the quranic verses were taken out of context...

but let's just think rationally.

this was the point of view on a non muslim and i believe, many non muslims are just like him.

as much as we are angered by the portrayal... i think we should ask ourselves these question:

1. what have WE done as muslims to portray that the religion is about peace and all the good things everyone can ever wish for.

2. how do we defend ourselves as believers when there are scores of our muslim brothers and sisters slaying people's throats mercilessly, attacking innocent people with suicide bombings, raping women, killing children, all in the name of JIHAD?

3. how do we justify their acts of terrorism and yet say islam is about peace.

and most of us reject and condemn the film and its intentions, without even watching it.

we start to boycott dutch products when all these while, we've been nurtured by it...

take dutch lady for example.... gosh... i think even those before i was born have been drinking its milk products, and i believe our very own grandchildren are nourished by it too.

why are we punishing the dutch.. when we should only be angry with one person.

but then again, try putting yourself in his shoes, which i believe are the same shoes that many non muslims wear.

try to look at this matter in their perspective before we start to condemn them.

what can we do to convince people that islam is not what was portrayed on the film....

how can we assure them that all those atrocities portrayed in the film are acts of extremists who have gone astray from the truth.

perhaps we all, muslims and non muslims alike, should read the great Quran and understand its text before we make conclusions about islam.

i like my apples with a pinch of salt.

Monday, March 10, 2008

THE PEOPLE HAVE SPOKEN!


Alhamdulillah, the worst is over.


Congratulations to all our MPs who were successful in their constituencies.


Like most Malaysians, I stayed up late following the announcements and results.

Some of the panels they invited in the forums were quite good and spot on.


The people are no longer afraid to speak. They (the panel) have openly discussed matters that were once swept under the carpet in a hush, on national TV, not just mere recordings on YouTube or other private avenues.


It's a wake up call for our leaders.


It's a wake up call for the lazy bumps.


The Malay Tuans are in a shaky disposition now.


The non malay generations have established themselves for such a long time here, and they were born and bred in Malaysia. The Malay Tuans can no longer call this land, only theirs. The Malay Tuans can no longer use our ancestors as an excuse to remain Tuans.


Let's buckle up and speed towards the true MALAYSIAN generation.

Friday, March 7, 2008

Why Are We So Angry?

all the best to everyone voting tomorrow and i'm quite certain that ALL Malaysians will pray for a safe and peaceful election day.

much has been said about the possibility of chaos on that day. even my mom called me to come home on election day as she is worried about the worst. having gone through one world war and one sad state of emergency herself, i don't blame her if she is a little apprehensive of the whole situation.

i can't help but feel irritated by stories i read in the news.... tearing of posters, vandalising and destroying public property, throwing paints, fighting, slandering... even those in my residential area are no strangers to motorcycles speeding at the top of their exzos pipes shouting profanities and carrying flags of the parties they support.

makes me wonder though,..... do these people know what they're fighting for?

really..... what ARE they fighting for?

i mean, are we in such a severe state of oppression that we become advocates of hate, copycats of chaos similar to those portrayed on the electronic media?

i am not in favour of any political parties, or groups. in fact, in my career, i steer away from performing for events that are organised by political parties/organisations or those with political interest. that's just the way i am.

but picture this.... let's just say the opposition succeeds with the 2/3 majority.... what then?...

will we feel relieved that the "catalysts" of "change" are finally running the country.... ?

or will we tremble with anxiety knowing that the country's fate is now in the hands of the inexperienced?

GRANTED, we need our leaders to be more transparent in many a thousand things..... yeah, perhaps the alternative front SHOULD be given the opportunity.. ..

besides, you'll never really know what they're capable of UNTIL you give them the opportunity to run this country exactly how they have outlined in their manifest....

for all you know, they could prove to be worthy of our vote..

but......

will we have the patience of FIVE whole years to wait for them to deliver their promises?

i vote for change, YES..... and i vote for PEACE..... and HARMONY....

but what some of our own people do, campaigning on behalf of their so-called leaders/parties - the governing party AND the opposition alike - is quite apalling.

i hope they get paid for it.