Saturday, February 7, 2009

ANDAI BANGSAKU TERLUPA...


melihatkan keadaan rusuhan di kuala kangsar yang telah dipaparkan oleh semua rangkaian berita di televisyen semalam menimbulkan satu perasaan yang amat sedih dan sebak di sanubari ku.

aku sedih melihatkan bangsaku melangkah penuh amarah ketika bersua dengan raja.

ini bukan pasal sokongan politik... aku tidak kisah dengan agenda politik yang sedang berlaku di sana. biarlah ia diselesaikan oleh mereka yang hak.

namun aku sedih dengan tindakan bangsaku berlaku dengan begitu biadap sekali terhadap raja melayu yang aku pasti, sejak dari dahulu, menjadikan agenda kemajuan dan kesejahteraan orang melayu sebagai perkara utama dalam pemerintahannya.

aku juga sedih dengan kelantangan bangsaku sendiri secara terang mengutuk sistem raja-raja melayu sehinggakan ada yang sanggup mengeluarkan kata-kata kesat, dan berikrar untuk menjatuhkan raja.

aku gila memikirkan niat sebenar jemaah jumaat yang melangkah ke masjid untuk bersembahyang bersama raja.

apakah di dalam hati mereka tersemat satu niat lain ketika hendak menunaikan solat jumaat itu....

dan sejauh manakah keikhlasan mereka menyembah Allah pada hari itu....

khusyukkah mereka...

sedangkan terbit sahaja angin politik yang menghuru-harakan sanubari mereka, mereka telah mengatur niat untuk merusuh sultan selepas solat?

tidakkah bangsaku sedar siapa di sekeliling mereka pada waktu itu. ...

dah nama pun solat jumaat, yang pastinya, semua yang berada di situ adalah sebangsa dan seagama...

tiada sekelibat pun bangsa yang berugama lain yang pada firasatku sedang mentertawa dan menepuk tangan dengan drama yang dilakonkan oleh bangsa ku sendiri

ya... kata-kata kesat seperti sultan makan duit rakyat... sultan tak tahu penderitaan rakyatdan bermacam-macam lagi, kini dengan lebih lantang disuarakan....
kejam sungguhkah raja itu?

apakah rakyat terlalu tertindas selama ini sehingga tidak dapat mencari rezeki, mempunyai mata pencarian, .... ?

kebuluran kah mereka selama ini... ?

tertindas bebenor ke kita yop?

aku keliru mendengar laungan kalimah Allah ketika mereka mengerumuni kenderaan tuanku...
tambah keliru lagi apabila bendera palestin dikibarkan bersama....

apa ertinya?

aku amat takut apabila terang-terang rakyat sudah tidak mendukung prinsip rukunegara...

1. kepercayaan kepada Tuhan

2. kesetiaan kepada raja dan negara

3. keluhuran perlembagaan

4. kedaulatan undang-undang

5. kesopanan dan kesusilaan

kalau melayu sendiri tidak mengangkat sistem raja melayu, siapa lagi?

anasir bangsat memang sudah lama menunggu peluang keemasan ini untuk bangsaku bangkit menjatuhkan raja mereka sendiri...

tetapi...


andai kita terlupa....
siapakah insan yang telah berjuang untuk meraih kemerdekaan negara?

yang berkali-kali terbang ke london untuk berbincang semasak-masaknya untuk memerdekakan bangsanya dari jajahan british,

bukan itu sahaja, beliau juga telah berbincang dengan bijaksana tentang masa hadapan bangsanya agar bangsanya terbela...
yang pasti pada waktu itu nyawanya juga terancam dek perjuangannya....

lupakah kita akan insan itu?

bapa kemerdekaan kita itu....

dia juga adalah raja..... dah lupa?

32 comments:

  1. Saya amat setuju dengan Adibah. Sudah hilang kesetiaan kepada raja dan negaranya.

    I'm not on any sides of the fence where politics is concerned...but being derhaka kepada Raja is just unacceptable to me!

    ReplyDelete
  2. owh, btw..it was me just now (still remember me?)...SRJ is my blogger name :) Keep in touch, ya.

    ReplyDelete
  3. salam kak diba...first time mai sini nih saya peminat kak diba...dulu saya ambil tahu juga politik ni tapi sekarang ...meluat nak dgr dan ambil tahu ..depa ni semua gila kuasa je ...

    ReplyDelete
  4. Salam semua,

    My first time to this blog ...

    Will put this add in my favorites.

    Ciao

    Salam

    ReplyDelete
  5. Hello Adibah...

    My friend told me about your blog. Saya sangat bangga Adibah sangat perihatin dengan isu-isu semasa di negara kita. Harus saya add Adibah ke blog saya :)

    Keep on blogging, dear. And may your wisdom and career flourish far and wide.

    Take care :)

    ReplyDelete
  6. Dengan membaca blog ni buat akak rasa kenal deeb sedikit dalam laa..he he he..patriotik beb..I support you..kakak kadang2 bila terlebih geram , tak pandai nak melampiaskan..tapi deeb tahu..tahniah..

    ReplyDelete
  7. srj aka razlin.... thanks for your thots... i share your feelings

    ReplyDelete
  8. anonymous, terima kasih atas pandangan anda. saya pun dah malas nak dengar or baca berita politik. walaupun kena ambik tau jugak kadang2... isk

    ReplyDelete
  9. bunyigitar.... thanks for your support :D

    ReplyDelete
  10. liza.. thanks for dropping by. saya ni bukan apa, tak suka tengok org gaduh dan melenting tak tentu pasal, especially bab ketenteraman negara.

    kena jadi askar kot kalau tak nyanyi eheh

    ReplyDelete
  11. kak norr... terima kasih. moga kita sama2 dapat terus hidup di malaysia yang aman dan tenteram

    ReplyDelete
  12. hye kak diba... i wish too... as the new generation of the nation kn... bt afat mcm x rasa slamat la lately nie... the mlysia politic envirnmt is not that "..." anymore... as blogger that cintkn mlaysia kita perjuang dgn cara kita la... kak diba wat la lagu... plzzz.. u will influence byk org... pcayalah... krn kau 'terlalu istemewa'... keep in tuch ya...:P

    ReplyDelete
  13. Hellu dear deeb. lela suka baca tulisan deed. Seems you were talking in front of me. Deeb dulu pun guru kan? So I am very sure you have some ideas how's the situation during recess at teachers' corner di canteen. Many menteri besar and many also menteri kecik. I got not tahan anymore, finally I said " Hellu brothers and sisters, why don't you publish what ever you ceramah here, better that way, may people can reach you. See Adibah, she got one (Opss I terpakai nama you lah pulak) But it's true kan deeb, org kita ni memang suka cakap2 belakang but no action...ish-ish entahlah deeb. BTW wish you always success in your whatever undertaking. Lap ya. *Yang u buat kat dalam TELENTIME tu, jeling budak and says "Wasup bro?", Itu I lah hahaha. What a coincidental Deeb?

    ReplyDelete
  14. bab2 politik ni dh malas nk amik tau.
    dh add blog kak adibah...
    err knape lama tak update.. busy sesangt la tu...
    take care...

    ReplyDelete
  15. emmm
    kan ke Tun M dah penah kata
    "Melayu mudah lupa"

    ReplyDelete
  16. sudah lupakah miss adibah untuk mengupdate blog nya ini?

    heee...

    ReplyDelete
  17. araput, thanks for dropping by. sebenarnya malaysia sangat selamat dan saya percaya rakyat memang tak sukakan rusuhan. tapi malangnya, ramai golongan yang "berkuasa" suka nak "instigate" atau menyarankan benda yang bukan2 kepada mereka yg memang tak reti nak bersyukur atau redha.

    ReplyDelete
  18. norlela. thanks for dropping by.
    maksud u, teachers talking about politics during recess ke?
    kira, ala-ala sembang kedai kopi jugak la tu ya. hehe
    i wish kita boleh belajar rasa bersyukur dengan nikmat yang ada. dan renungkan segala kebaikan dalam hidup kita.
    sebab bila semuanya fokus kat benda negatif atau yang tak tercapai di hati, mesti selalu nampak yang buruk je.
    pendek kata, kalau hati dah suka, bruk macam mana pun kita bersyukur.
    kalau hati dah benci, buat baik macam mana pun, tetap dibenci.

    ReplyDelete
  19. enyusnizar, hehehe kiter bukan busy sangat pun tapi ye lah, blog blog nih kiter kureng sket, bila terasa nak tulis, baru tulis. anyway thanks for dropping by.

    ReplyDelete
  20. k1m1_kaemos. tu lah kan. kalau lah org melayu sedar yang dia hanya "TUAN" di tanah ini sahaja.

    itupun, sedang dicabar dan dinanti untuk terpeleot oleh pemerhati2 bangsat yang tunggu masa je nak take over.

    sorry, bahasa kasar sket. bukan apa, akak patriotik sket eheh.

    ReplyDelete
  21. sonditx... heheheheh kiter dah update dah eokayyyyy :D

    ReplyDelete
  22. eleh kak deeb, meka tu perasan jek meka tu TUAN... padahalnya takde la apa sangat pon - cakap je lebih, bising je sekampung tapi hasil? hampeh...
    heheh ai takla patriotik sangat... tapi ralat la bila orang kita asik dok bercekau pasal benda2 yg patutnya dah basi, sampai tak nampak anak2 sendiri tah mana pegi, dengan sapa meka bersosial dan macam2 lagi
    sedangkan anak bangsa lain makin hari makin maju dari segi ekonomi
    adakah logik kalau betul orang2 yg mendakwa meka tu TUAN di sini, tapi aspek ekonomi/pendidikan/teknologi/survival, bangsa lain pulak yg kuasai?

    ReplyDelete
  23. kaemoss... sesetegah pepatah melayu pun dah tak boleh pakai. sebab bangsa lain dah buktikan pepatah melayu tak leh pakai. (bukanlah semua)... contohnya... kalau tak ada angin masakan pokok bergoncang.... pada saya pokok tu boleh digoncang oleh orang dan beruk jugak mampu melakukannya.. goyang gak pokok tu.

    peh tu, suka nak beat around the bush... org lain dah lama straight to the point.

    majulah kita maju wahai anak bangsa ku.

    ReplyDelete
  24. hmmmm..terfikir juga tentang tuan bertuan nih..kalau asyik nak ngaku jer tapi tak jaga dan bela betul-betul..menyusahkan orang len jerr... macam lembu-lembu kat perumahan akak tu..oooiii musin orang buat qurban aqiqah siap dia la pembekalnya..wal hal lembu2 tu lah yang dok naikkan darah orang kerana sayur dan bungaan orang tanam penghias laman habis diratahnya..ok ke cam tu..???? lebih kuarang la dalam soal negara dan kadaulatan buat masa ni

    ReplyDelete
  25. norr.... marah benar bunyinye.

    hehe... tu lah macamnya norr... org kita ni sebenarnya dah terlalu manja.

    very opportunist.

    sebenarnya elok gak opportunist, ye lah semua org pun nak survive. tapi kengkadang tu menyakitkan hati bila peluang yg mereka dapattu tak digunakan dgn sebaik2nya dan sejujur2nya.

    bila dicabar sikit, bukan mainnya tongnya berbunyi... tau nak komplen memanjang.... dan mintak subsidi.. menyokong ke sana ke mari dengan harapan, dapat projek besau2.

    ye lah, kita kena surive... tapi di mana letaknya maruah diri kalau asik nak kena lap punggung orang.

    bila dah diberi subsidi atau projek, benda yg first depa belanjakan ialah benda2 yg tak der kena mengena dgn projek... kereta mewah lah, rumah banglo lah, bini baru lah... tah lah.

    kandang2 bosan dengar org bercakap itu dan ini, memberi pandangan yg dia seorg je lah yg tahu semua.

    all talk but no action.

    letih ah kengkadang tu kan.

    ReplyDelete
  26. Hi darling,

    I need your opinion on something. Can we communicate via email please. Drop me a line at razlinrazlan@gmail.com or razlinrazlan@yahoo.com.

    Thanks babe. Miss u!

    ReplyDelete
  27. assallam...sian bca semua komen 4 adibah blog n tulisan adibah sendiri...ni alh gmbaran masyrakat generasi muda malaysia hari ni.kata2 or pndapat ikut kepala sendiri...xda rujukan or garis panduan...

    semua org suka aman sejahtera,tp klu luaran jer bgitu but dalam ada cancer yg parah..xkn nk diam jer kot...hnya jauhari mgenal manikam..marilah sama2 kmbali kpd fitrah n Alqyran n hadis as rujukan..bru lah selamat..islam means selamat..dunia?ttp kita tggalkan..dr kak nori,tripoli,libya..sir5izan@yahoo.com

    bye..sambutlah salam n doa tuk semua...assallammualaikum...

    ReplyDelete
  28. ye betul tu..
    anak2 muda sekarang ni ah terikut2 budaya nak memberontak...
    budaya "break the rules" dah jadi fashion...patut biarkan diaorg duduk zaman dahulu...baru rasa kesengsaraan nak merdeka.

    ReplyDelete
  29. razlin.... you can reach me via email at adibah_noor@yahoo.com. sorry for the long wait

    ReplyDelete
  30. kak izan... wow terharu saya org jauh sudi melewati blog saya yang tak seberapanya ini.

    saya percaya, kalau kita boleh menerapkan semua nilai2 islamic di dalam diri masing2, insyaallah hidup akan aman sejahtera.

    kadang2 kak, saya terharu dengan kesopanan yang ditunjukkan oleh sesetengah org barat. bukan nak memburukkan bangsa sendiri... tapi contohnya, saya pernah ke perth australia dan rata2, mat salleh di sana, kalau terserempak dengan kita dalam lif pun, paling tidak dia akan kata hello, dan how are you.

    org kita, kalau boleh tak nak ambik tahu pun akan kewujudan org lain yg menggunakan lif yg sama.

    banyak lagi contoh sebenarnya. seperti, kalau kita sedang bertanyakan reception atau salesgirl kat shopping complex mengenai sesuatu, org lain tidak akan memotong jalan kita.

    tapi kat sini, ada sekali tu, saya sedang dilayan oleh receptionist hotel, adalah beberapa org kita main langgar jer queue dan memaksa receptionist tu melayan mereka, walhal saya sedang bercakap dgn receptionist itu.

    bila saya katakan "org kita" tidak bermaksud melayu sahaja ya. :D

    ReplyDelete
  31. gina... kita semua pernah muda... mungkin zaman yang berubah, trend pun berbeza.

    saya pasti, tak semua org muda itu lalai dan alpa.

    ReplyDelete
  32. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete