Tuesday, August 25, 2009

I'M OK LARRRRRR!

salam sayang buat semua.

in the picture above, is my dearest PUTIH.
yang memang menjadi teman hidup saya sejak lebih 5 tahun yang lalu....
yang sentiasa melompat bila bertemu dengan saya....
yang menjadi "mak esah" saya tatkala bulu roma dan belakang leher menjadi seram sejuk.

Itulah nikmat memelihara kucing.

Putih adalah di antara 19 ekor kucing saya yang lain, yang sentiasa mengiringi perjalanan keluar saya dari rumah dan menjadi penyambut yang setia bila saya pulang.

"Anak-anak" saya itulah menjadi penawar tatkala duka,
teman tatkala sunyi,
dan ubat segala penyakit.
Malah ia menyedarkan lagi saya terhadap keEsaanNya.
Cukup istimewa makhluk ciptaanNya itu.

I'm ok larrrr.....

Ramai juga yang emel saya berkenaan dengan penulisan kreatif seorang selebriti di dalam blognya.
Alhamdulillah, ramai yang mengasihi saya, syukur sangat-sangat.

But really, I'm ok.

Janganlah risau saya ni susah hati pasal tu.
Tidak sama sekali.

Saya tak kisah kalau saya yang kena kutuk.
Itu lumrah kehidupan.
Bukan sahaja bagi "artis" tapi bagi sesiapa pun.
Kutuk-mengutuk sesama insan tidak dapat dibendung oleh mereka yang merasakan diri mereka sempurna.

MasyaAllah, kesempurnaan itu hanya milik Allah.

Ya lah, kalau diikutkan hati, agak terguris juga bila dikaitkan sekali ibu dan ayah saya.
Kalau diikutkan perasaan, agak pening dan hampa juga rasanya bila ibu dan ayah saya diburukkan begitu sekali.

Tapi, Allah kan ada.
Asalkan bukan kita yang bersalah, cukuplah bagi Allah yang Maha Mengetahui.
Berani kerana benar.
Diam, tak bererti salah.

Dan saya panjatkan kesyukuran kehadratNya atas anugerah sabar yang diberikan olehNya.

Maka, perkataan kesat dan nista yang dilemparkan kepada saya, saya terima dengan seikhlas hati.

Janganlah you all risau pulak pasal saya.

Seriously, I'm ok laaarrrr.... hehehe...

Semoga dia mengecapi seribu kebahagiaan dengan perbuatannya itu dan daripada kita nak mengutuk dia balik, ayoh kita sama-sama berdoa agar Allah swt dapat menyembuhkannya.

Jom tukar topik.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam ramadhan dan selamat berpuasa untuk semua muslimin dan muslimat.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan ceria seperti biasa.... walaupun sugar level di siang hari rendah hehehe.

Ramai orang berpesan-pesan sesama insan muslim tentang pahala yang berlipatkali ganda di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Persoalannya, ada ke bulan yang tak mulia?

Apa yang lebih getir lagi ialah, sejauh manakah keikhlasan ibadah kita kerana Allah?

Bibir mungkin mudah mengucap kata ikhlas,... tapi hati, Allah Maha Mengetahui.

Umpama, anak-anak yang sentiasa meminta upah.
Kalau nak suruh buat apa-apa, mesti sebutkan upah dahulu.
Baru dia buat.

Memang kerja dilaksanakan dengan baik, dan dia mendapat upah.... tapi sejauh manakah keikhlasannya melaksanakan kerja tersebut... adakah ikhlas hendak menolong ibu bapa.. atau semata-mata kerana upah.

Begitulah juga pada pendapat saya tentang pahala.

Entahlah, mungkin bab agama bukan bidang yang hak bagi saya untuk dibicarakan.

Tapi soal keikhlasan itu amat dekat dengan hati saya.

Ayuh kita beribadah kerana menginginkan keredhaan dariNya..... dan bukan mengharapkan pahala.
Itu kita tawakkalkan sahaja untuk pertimbangan Allah.

Salam.

49 comments:

  1. eh sapa yag kutuk kak adibah ni... huh memang nk kene manusia tu.... sabar bnyak2 ye kak... selamat berpose... mmmuahhhhh

    ReplyDelete
  2. Mak aih! 19 ekor kucing?! Depa pun kena puasa ke?

    Bab-bab nak beramal ibadat, senang cerita gini je le... kalau betul-betul ikhlas dengan apa yang kita buat tu, seharusnya selepas Ramadhan pun amalan tu akan diteruskan. As you said, mana ada bulan yang tak mulia kan?

    Selamat berpuasa!

    ReplyDelete
  3. hehe.. putih sgt comel..

    neway ape je yg nak dikutukkan pasal kak adibah?.. kalau diaorg nak yg perfect sgt suruh diaorg cari barbie doll jer... huhu..

    selamat berpuasa...

    ReplyDelete
  4. Hi Adibah, the Cat Lover. Me too. Take a look at MY3HEROES... http://bigben4949.blogspot.com/ And they are my children, too.

    ReplyDelete
  5. m a fan of yours..will support u whatever happens...u go girl!!!

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, u sehat sejahtera, lama tak buat entry sibuk agaknye. Kucing bukan suke semua org, kucing dapat tau manusia mana yg baik hati atau sebaliknya. itu ustaz yg bagitau, apalagi macam u yg sanggup berbelanja untuk kucing-kucing. Takpe ia memang berbaloi.
    Salam sayang dan jaga diri bebaik terutama bab pemakanan tau!

    ReplyDelete
  7. enyusnizar...happy ramadhan to you too!

    ReplyDelete
  8. pibani... kucing i tak puasa... tapi mereka terlebih manja bulan2 poser nih... seolah2 nak menyejukkan hati tuan depa yg sedang berlapar.

    i setuju ngan you. kita harus teruskan amal ibadat asalkan ikhlas. yeeehaaaa

    ReplyDelete
  9. kupu2... barbie doll pun tak cukup perfect larrr hehehehe

    ReplyDelete
  10. bigben... love your cats!
    i also have one whom i call aboo. same spelling too.
    tapi your aboo is just like my hagrid... duduk, baring terlentang terkangkang macam orang ehehehe

    ReplyDelete
  11. noorlara... kucinglah makhluk Tuhan paling seksi bagi saya. hati dan jiwanya penuh dengan kasih sayang dan mereka amat sensitif dengan perasaan dan perangai tuannya.

    muah!

    ReplyDelete
  12. salam.... hehehe... bertemu lagi.... dalam blog jeh.... hmmmm.... kalu x silap saye la kan...., kucing ni haiwan dari syurga... masa nabi Nuh dalam bahtera, syaitan jelmakan tikus dari kulit gajah.... lalu Allah s.w.t perintahkan Jibril a.s turunkan kucing untuk basmi tikus tu... yang saya tau la.... jikalau salah mintak ampun ye.... hehehe........ puase amacam kak? hehehe......... letih la seharian kerja....... part time... sementara tunggu panggilan kerja... lambat lagiiii......... huhuhuhu, harap2 lepas raya la... hehehe... dapat raya ngan parent... hope ur day happy... (xreti ber"B.I") hehehe....

    ReplyDelete
  13. comei nyer kucing kak diba ngan kak diba pun comei jugak...suka sangat ngan semangat kak yang kuat...chaiyokkk chaiyokk....

    ReplyDelete
  14. apis... sama ada sahih atau tidak cerita tu, kucing memang makhluk yang terlalu istimewa. jom kita research pasal cerita tu nak

    ReplyDelete
  15. SALAM RAMADHAN ADIBAH!

    LAGI TENTANG KUCING!

    ADIBAH BERKATA ...
    "Anak-anak" saya itulah menjadi penawar tatkala duka, teman tatkala sunyi,
    dan ubat segala penyakit.....

    Satu kajian pernah dilakukan di Universiti Atlanta di Amerika Syarikat terhadap pesakit-pesakit darah tinggi. Didapati keluarga yang memelihara kucing lebih rendah tekanan darahnya berbanding keluarga yang tidak membela haiwan itu.

    Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.

    Sesampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing).

    Gelaran bapa kucing tidak sedikitpun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.

    ReplyDelete
  16. salam ramadhan al mubarak kak dibah...

    semoga kehadiran ramadhan kali ini,memberikan kebahagiaan yang tak terhingga untuk kak dibah,,

    selamat berpuasa dan selamat menunaikan ibadah2NYA..semoga sama2 kita memperbaiki amalan dan membetulkan diri...

    sy dah baca blog si...AA..tu...secara logik dan bidas akal dan hati.....saya x sanggup nak membacanya....sy cuba untuk tidak memahami setiap kata2 "baik"nya..tapi..semua kata2 AA...sangat hina dan kotor untuk sy "neutral" kan...

    apapun kak...just be yourself...

    sama2 doakan perubahan diri kita agar menjadi lebih baik..dan untuk si AA juga..agar lebih pandai menulis...hehehehe

    uppsss...terlebey sudah..

    apapun..selamat berpuasa kak...

    love u so much...chox2!

    ReplyDelete
  17. kak dib
    i luv u n ur putih... selamat menjalani ibadah poser... :) nak antar kad raya ke alamat mana ek?

    ReplyDelete
  18. Adibah ini sungguh beriman orangnya. Tabik lah

    ReplyDelete
  19. Salam Kak Dibah.....

    Happened to me recently too in a forum.....am fine when people wanna kutuk me but when it touches my mom...hmmmm....i have to say something laa....
    http://rimarhythm.blogspot.com/2009/04/am-on-caricomoh-my.html

    http://rimarhythm-2.blogspot.com/2009/05/i-got-my-public-appology-from-caricom.html

    *linking you to my blog ya...

    ReplyDelete
  20. anonymous... terima kasih atas entry anda yang amat menyemarakkan lagi semangat dan kasih sayang saya terhadap anak2 saya. :D alhamdulillah.

    putih tengah duduk kat kaki saya ketika menaip ni. dan anak2 yg lain sedang lompat sana sini sebab gembira tuan ada kat depan rumah. ada pulak tengah tidur sebab layan air-con yg sejuk hehe

    ReplyDelete
  21. cik chummie... thanks so much. happy ramadhan to you too. pasal org tu, semoga umrahnya dapat mengubat hatinya.

    muah!

    ReplyDelete
  22. chilun, chikpau bibimie.... alah tak yah susah2... nati saya tak sempat balas merajuk plaaakkk...

    hantar ke ADIBAH NOOR ENTERTAINMENT, 37A JALAN PANDAN INDAH 4/6A, 55100 KUALA LUMPUR.

    ReplyDelete
  23. anonymous.... saya sama saja dengan semua hambaNya. tak ada yang lebih. iman itu biarlah diukur oleh Allah sahaja. yang pasti, iman saya masih cetek, masih terlalu banyak yang saya perlu ubah untuk menikmati keredhaanNya. insyaallah.

    ReplyDelete
  24. spiderjane... are you the singer yang menjadi pujaan hatiku suatu masa dahulu? *wink*

    ReplyDelete
  25. salam sayang semua.... boleh tak jangan pakai nama anonymous... sebab dah terlalu ramai anonymous saya tak tahu yang mana satu.... pakai je nickname apa2.. ok

    ReplyDelete
  26. kak dib.. nama saya yunos.. im a cat lover too and currently my cat nama dia... PUTIH jugak! yeaaayyyy!!! hehe.. muka sama mcm muka putih kak dib tu.. and yess.. dia setia menanti dimuka pintu menunggu saya balik. Since skg ni musim panas.. saya tak kasi dia keluar.. duduk dalam rumah.

    ReplyDelete
  27. yes.....am d britney spears.....hehehe! *wink*

    ReplyDelete
  28. hehehe.... anonymous... kang jd annoy lak kang... boh le name, sedap sket tgok.... heheh, penat parent korang bagi name... tol x kak dib?? hehehe

    ReplyDelete
  29. yunosar... you sekarang kat luar negara kah? hug and kiss putih for me k

    ReplyDelete
  30. apis.. hehe tak per. some people nak remain anonymous... bagi jer nickname apa2.

    ReplyDelete
  31. akak tak alah ek ngan bulu kucing ? kalo wardah
    sure bersin smpai terkencing..huhu

    ReplyDelete
  32. Aik, ada gak nama sama ABOO. OK le tu. I call him ABOO or BOO BOO or BOO COOK. lol So, kalau ada ANONYMOUS tak de nama, boleh la pinjam nama ABOO. akikikik

    Anyway, you take good care of yourself and your kids. Loving Cats is one, Caring for them is another... HIDUP CAT LOVERS.

    ReplyDelete
  33. kak dib... ha a.. i kat jeddah skg.. puasa masa musim panas ni memang mencabar.. sib baik putih ada setia menemani..hehehe

    ReplyDelete
  34. salam & selamat berpuasa.hai dib...kami pun ada begu gak.sikit punya cantik kucing ni ...boleh dia orang buang.haru betoi la manusia ni..dah la 2..nnt kena makan dek anjing x ke cian kat kucing 2.kami pun apa lagi bela lah ...dah org x nak..sekarang ni makin lawa lak si begu ni.ari 2 ada org datang nak beli rm 500.x sanggup nak jual...anak2 dah sayang.lg pun dah mmg rezeki dia duduk ngn kami...banyaknyer kucing u.abih 2 x gugur ke bulu2 dia.mcmne u jaga?

    ReplyDelete
  35. jesmondhr.... actually saya memang allergic... tapi entah kenapa... ok plak lama2

    ReplyDelete
  36. bigben49.... hmm.. terkenang big ben kat london... hehehe.. anyway... thanks for your well wishes... cats are awesome!

    ReplyDelete
  37. yunosar.... kerja ke atau sedang mengerjakan umrah? take care tau.... minum air banyak2... masa boleh minum laaa.. eheheh

    ReplyDelete
  38. kamsiah.naim.... kucing yang kita ambik tepi jalan lagiiiiiii sayang kat kita over2 gitu.. betul tak?

    kucing saya yang ambik tepi jalan.. atau kucing yg org tak nak.. dia punya kasih sayang masyaallah... kira macam kita pulak jadi pet dia.. sayang abis kat kita.. mana pegi mesti nak ikut.. kadang masuk bilik air pun nak ikut... dia macam tak mau let go gitu.. sayang sangat

    bulu jgn cerita lah... nak buat macam mana... kalau nak rumah tak berbulu.. tak der ler teman bela kucin. ehehhe... ia merajinkan kita nak membersih rumah... bukan bulu jer.. macam2 lagi laaaaa... sib baik tak yah nak pegi beli baju dan seluar. ehehheeh

    ReplyDelete
  39. slm.. cmel nyerr kucing nihh.. k. adibah x nk jual kaa.. sye nk blila.. hehe

    ReplyDelete
  40. betul la dib...dia punya sayang kat kite mak oii..mengalah kan pakwe kite lak..tp kan begu kite ni 1 masaalah dia klu dia melepas...baik yang kecik@besar mesti dia nak cepat2 kite kn bersih kan,walaupun kol 4 pg.masaalahnya kite ni ngantuk.selalu nya my anakdara la punye keje.nasib baik dia ni pandai cari bilik air rupanyer bela kucing ni best jugak ye...

    ReplyDelete
  41. arina... not for sale! tak leh tak leh

    ReplyDelete
  42. kamsiah.... saya rasa di suruh cuci cepat2 sebab dia tahu tuan dia pun nak pakai bilik air tu haa... dia nak mencucinya terdaya... so tu yg dia suruh cepat2 cuci.. nanti you all plak tak leh guna bilik air tu... tul tak!

    ReplyDelete
  43. Alalalala ... comelnyer kucinnnnn !!!

    ReplyDelete
  44. wooo...cutenye,comelnye...kawaii desu..!!!macam arwah kucing saaye

    ReplyDelete
  45. namenye putih gak..uhuu...rindu die..

    ReplyDelete