Thursday, January 26, 2012

testing






blog page baru sedang dibina untuk menjual baju2 terpakai, yang masih elok.
untuk mereka yang bersaiz seperti sayalah hehehe.
hasil jualan akan didermakan kepada badan kebajikan :)
saiz baju serta ukuran akan disertakan bagi setiap baju, jadi, anda boleh ukur sendiri badan.
nantikan :)

SENARAI RUMAH2 KEBAJIKAN TIDAK DIBANTU KERAJAAN MAHUPUN YAYASAN, DI MALAYSIA

Salam.
Saya sedang mengumpul senarai rumah-rumah kebajikan di Malaysia yang wujud atas inisiatif sendiri dan ikhsan orang ramai.
Baru dapat satu.
Insyaallah kalau ada lagi, mohon pembaca maklumkan.

PERLIS
Teratak Rahmat
Pengerusi Teratak Rahmat
d/a Pusat Pengajian Persatuan Al-Islah Perlis
Km 1.2, Jalan Mata Ayer
02600 Mata Ayer, Perlis
Tel : +604-9772219Tel: -Haji Othman Hussin (Pengerusi)
Tel: +6012-4426482 -Azwar Ibrahim (Setiausaha Kerja)
Tel: -Zulkifli Ahmad (Warden Tetap)
Tel : +604-9492051 - Zubir Mat Isa (Unit Operasi)
Tel: +6019-4459382 -Hazman Hassan (Unit Pendidikan)
Tel: +6012-5102007-Imran Mat Isa (Unit Kewangan & Pelaburan)
Email: teratakrahmat@gmail.com
Laman web: teratakrahmat.blogspot.com

Monday, February 28, 2011

POLITIK KAMPUS? Please lah...

above: CIKU

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Semoga hari-hari yang mendatang diharungi dengan ketabahan dan keceriaan.

Terima kasih atas kesetiaan bersama saya sehingga ada yang berkali-kali menyuruh saya update blog ini.

Saya ni bukanlah pandai sangat nak berkata-kata, dan akan memblog hanya bila ada isu yang merentap jiwa sahaja.

Seperti baru-baru ini, saya agak kecewa apabila membaca tentang isu politik kampus yang semakin tidak masuk akal.

Peristiwa rusuhan dan macam-macam lagi berlaku dek kerana ada mahasiswa dan mahasiswi yang tak berpuas hati dengan macam-macam hal sehingga menyebabkan mereka bertindak menunjuk perasaan yang bukan main lagi.

Sampai pecah pintu, ugut-mengugut dan laungan-laungan yang tidak langsung menggambarkan fakulti otak yang berfungsi secara rasional dan waras.

Cukup mengecewakan dan memalukan.

Ya mungkin, perkataan saya ini tiada landasan dan tiada disokong dengan pengetahuan yang kukuh tentang hal yang sebenar.

Apa pun, saya rasa paparan yang sedia ada di media massa arus perdana mahupun tidak, dan di internet... cukup memberi gambaran yang begitu memualkan.

Pengalaman saya sendiri ketika bergelar "undergraduate" di salah sebuah universiti tempatan juga tidak kurang pahitnya bilamana berkaitan dengan politik kampus.

Calon-calon yang taksub mengejar gelaran di pos-pos kolej kediaman mahupun universiti, perrrggggghhh i tell you.... macam ahli politik yang gila gelaran dan suka buat bising tapi kerja dan diri sendiri pun tak terurus.

Saya di antara mangsa yang tidak bernasib baik, telah diaibkan di hadapan penghuni kolej kediaman ketika dijadikan bahan gurauan di kafe oleh seorang "senior" yang sedang dalam proses mengaut undi sebagai exco.

Dia ni, by the way, seorang jejaka yang perasan macho, hensem dan digilai oleh mahasiswi.

Ciss bedebah....

Dan politik kampus secara keseluruhan, tidak langsung memberi apa-apa makna kepada saya sebagai mahasisiwi, mahupun kepada rakan-rakan sepengajian.

Kami lebih selesa dengan pengiktirafan rakan sepengajian secara mikro, iaitu melantik terus ketua di kalangan kami untuk dijadikan wakil atau penghulu, bersama-sama "exco"nya yang kami lantik sebulat suara.

Tiada kempen.

Kami lantik terus.

Dan sehingga ke hari ini, setelah lama bergelar graduan, apabila kami berhimpun di facebook mahupun di luar, mereka yang telah kami lantik itu terus menjadi ketua kami.

Cukup simple, telus, jujur dan ikhlas.

By the way, bedebah yang mengaibkan aku itu berjaya dalam undiannya dan berjaya menjadi exco selama setahun.

Tapi lepas itu, kantoi dalam pengajiannya lantas terpaksa dibuang universiti sebab akademiknya macam taik!

Allah telah memberikan habuan yang sepatutnya kepada dia.

Alhamdulillah, saya berjaya menjadi graduan, dan berjaya memegang ijazah.

Itu dulu.... walaupun kita tak suka dengan politik kampus dan sebagainya... tiada pula sampai merusuh dan bertindak luar jangkaan.

Seruan saya kepada mahasiswa dan mahasiswi yang mungkin terpengaruh dengan janji kosong anasir-anasir yang menggoda mereka:

1. sedarlah bahawa, kedudukan kamu di universiti itu adalah kedudukan yang telah menjadi rebutan beribu insan yang menginginkan peluang untuk melanjutkan pelajaran. Kamu adalah pelajar yang terpilih, jangan kamu sia-siakan kedudukan itu dan kamu harus buktikan kepada mereka yang tidak berjaya merebut kedudukan mu itu bahawa kamu memang insan yang selayaknya;

2. janganlah kamu taksub dengan gelaran dan pangkat. ia tidak akan menjanjikan kebahagiaan dan ketenangan selagi itulah yang kamu kejarkan. seandainya kamu memang pemimpin yang berhemah, kamu tentu akan sedia berkhidmat kepada masyarakat kampus dan rakan pengajianmu walaupun kamu tiada pangkat dan gelaran. Cerminkan diri kamu dan ketahui di mana letaknya keikhlasan dan kejujuran mu;

3. usahlah kamu terpengaruh dengan syaitan yang bertopengkan manusia yang sentiasa akan menjanjikan perlbagai kesenangan seandainya kamu beroleh pangkat dan gelaran. mereka hanya manusia. mereka bukan Tuhan. bukan mereka yang menentukan takdirmu.

4. seandainya kamu ingin berkecimpung di dalam politik kampus kerana itulah "passion" mu, dan ingin menjadikan ia sebagai landasan kamu untuk terus aktif dalam bidang politik setelah bergelar graduan, maka teruskanlah. tapi pastikan, keputusan akademikmu boleh dibanggakan, iaitu meraih ijazah kelas pertama atau masuk dalam senarai dekan. malah aktiviti ko kurikular mu juga boleh dibanggakan. semua seimbang dan mampu menjadi inspirasi kepada generasi mu.

wassalam.

Tuesday, November 30, 2010

TAKSUB AGAMA DAN HERBA

above: i was inside the aeroplane when i took this picture of merapi 2 years ago.

salam.
harap semua dalam keadaan sihat walafiat.
lama juga tak melepaskan geram.
dah lama nak tulis pasal ni, tapi tak berkesempatan sehinggalah saya saksikan sendiri paparan berita yang agak memualkan.

straight to the point,
orang kita taksub dengan dua perkara iaitu:
1. apa2 sahaja yang berkaitan dengan "agama" dan
2. apa2 sahaja yang berkaitan dengan "herba"

agama:
saya pasti, anda juga menjadi mangsa rantaian emel dan sms yang kononnya dengan tujuan berdakwah.
kadang2 kita baca dan akur kerana emel dan sms itu kononnya adalah ke arah kebenaran dalam agama islam.
kadang2 kita jadi pak turut apabila di"tuntut" untuk sebarkan emel "dakwah" itu.
ya lah, kita pun jahil jadi bila ada orang nak tunjuk ke arah yang benar, kita turutkan sahaja agar kita dapat "tebus" kejahilan kita dengan melakukan sesuatu ke jalan Allah..... kononnya lah.... sedangkan kita sendiri tak tahu kesahihan kebenaran "dakwah" dalam emel atau sms itu.
pas tu, kalau bab perubatan alternatif... asalkan ada sahaja "dukun" yang kononnya menggunakan ayat2 suci al-quran... kita pun dok amalkanlah... dan baca tiap2 hari.... sedangkan kita tak tahu pun maksud atau tujuan ayat itu.
yang best tu, kita tak de pulak nak fokuskan tenaga kita untuk mencari kebenaran dengan bertanya kepada orang yang arif agama.


lagi satu pasal herba:
kalau tengok rancangan nona, drama2 melayu dan lain2 program yang "target audience"nya adalah melayu, kita tidak akan dapat lari daripada paparan iklan2 "herba" yang menjanjikan yang lama, panjang, licin, putih, gebu, kental, bergetah, ketat, besar dan banyak lagi.
kita pun percayalah... sebab semua produk itu dikatakan 100% dibuat daripada herba.... tak kiralah yang berbentuk kopi, pil, krim, gel, teh dan lain2 lagi.
kita minum, makan dan sapu kerana produk itu dikatakan mujarab sedangkan dari segi klinikalnya kita tak tahu keselamatan produk yang digunakan.

kadang2 saya sendiri dimarahi oleh orang kita apabila saya utarakan kesangsian saya.
sampaikan saya seringkali diselar sebagai melayu yang tak nak tolong melayu.

dan bab emel atau sms "dakwah" pulak, saya pernah dituduh sebagai seorang yang tidak mahu sebarkan "kebenaran".

sejujurnya, saya suka dengar penjelasan daripada YBhg Ustaz Dato Hassan Din, yang memudahkan segala pengertian dalam agama, dan menjelaskan segala kedudukan hukum hakam dalam islam berkenaan perkara2 seperti ini.

ada satu isu yang pernah pendengar utarakan kepada beliau merujuk kepada pengamal perubatan alternatif yang dikatakan menggunakan ayat-ayat suci al-quran.

penjelasannya mudah sangat.

dia tanya satu soalan yang mudah iaitu.... kita faham ke maksud ayat yang disuruh dukun tu kita amalkan?

ke kita main ikut aje tanpa usul periksa?

ayat2 itu belum tentunya sahih kerana ia mungkin jampi serapah yang tah hapa2 yang bunyinya macam arab.

padahal kita tak faham pun bahasa tu apatah lagi disebabkan kurang ilmu dalam hal-hal agama atau ayat2 suci al-quran... asalkan bunyi arab je kita percaya ayat tu wujud.

yang dipaparkan dalam berita tadi pun agak menarik.

ada individu yang berhujah dengan kononnya mengambil maksud ayat daripada al-quran... maka dengan taksubnya, ada orang kita yang tabik hormat kat individu tu kononnya.... terer betul dia... sampai quran pun dia baca walaupun agama anutannya terang2 bukan islam.

kita yang tak tentu lagi khatam ke tidak ni, percayalah ayat yang diungkapkan dan maksudnya itu adalah wujud.

(syabas kepada mereka yang telah menjelaskan maksud dan tafsiran sebenar ayat suci itu)

samalah jugak apabila, orang kata kalau minum daripada sesebuah mangkuk yang kononnya telah ditulis dengan ayat-ayat quran, kita akan terang hati dan jadi pandai.

tak perlu baca buku? tak perlu menelaah? tak perlu berfikir?

patutlah orang dok ketawakan orang kita.

patutlah orang dok fikir kita ni senang dibeli.

patutlah orang lain dok pandang rendah kat kita.

patutlah ada orang sanggup jadi pak turut hanya kerana ada orang lain yang menjanjikan kedudukan yang tinggi untuk kita kalau kita turut kata dan kehendak dia.

patutlah orang dok perlekehkan agama kita.

kita sendiri yang buat semua nih kepada orang kita sendiri,

janganlah nak salahkan orang lain.

orang lain memang tunggu peluang keemasan untuk jatuhkan kita, apatah lagi bila kita sendiri bagi mereka laluan mudah yang mereka impikan selama ini.

kita yang salah.

jangan salahkan orang lain.

aku suka titah sultan selangor tadi.

tapi.... tak bermakna aku setuju.

kita kena tengok apa yang kita sendiri telah lakukan.

ya, kita nak pertahankan ketuanan kita.

tapi adakah ketuanan itu terhormat dan dihormati?

kalau kita terhormat, pasti kita dihormati dan pasti tak akan timbul persoalan hendak memusnahkan ketuanan itu.

tapi.... sedarkah wahai bangsaku.... kita hanya "tuan" di tanah ini sahaja?

tempat lain, tak ada siapa pedulikan kita sayang.

Tuesday, October 5, 2010

NAK BUAT MACAM MANA LAGI?

assalamualaikum.

moga hari ini dan esok mendatangkan sinar bahagia kepada semua setelah meraikan kejayaan menahan pelbagai nafsu sepanjang ramadhan, dan meraikan kemenangan di dalam syawal.

salam syawal buat semua dan dalam sisa-sisa syawal ini, saya rasa masih sempat sekiranya saya memohon ampun serta maaf atas segala buruk laku dan kekasaran bahasa.

saya hanyalah insan biasa, sama macam semua orang.

baiklah.

tajuk di atas adalah luahan perasaan saya apabila terdapat kadang-kala orang menyatakan yang saya ni tak mesra peminat.

ya mungkin juga ada betulnya..... nak-nak apabila saya berada di dalam situasi yang mana saya sedang membeli-belah ke, atau tengah hendak menguruskan sesuatu yang penting dan sebagainya.

memang saya tampak agak garang dan bengis pada raut wajah..... serius.... membuatkan sesetengah peminat yang agak cetek pemikiran terus melabel saya sebagai kekwat.

yang peliknya... perlakuan macam mana yang harus saya lakukan agar tidak dilabel demikian apabila berada di khalayak ramai?

nak senyum sepanjang masa?

nanti orang kata saya perasan pulak.

nak melompat macam mawas ke sana ke mari dan bergurau senda dengan orang yang di sekeliling saya yang tidak saya kenali...?

nanti dilabel apa pulak agaknya kalau saya buat begitu...

entahlah...

nak buat macam mana lagi?

namun percayalah, seandainya kita bertentang mata, hanya senyuman yang akan anda terima.

insyaallah.. tengoklah mood macam mana ya.... hehe

situasi gitu tak pe lah kalau orang nak buat andaian.... sebab kita dalam situasi yang tuntutannya berbeza.... lebih peribadi....

tapi yang hairannya, setelah berpenat lelah menghiburkan khalayak ramai selama 45minit dengan nyanyian, gurau senda... kadang-kadang sampai 1 jam bila audiens menunjukkan respond yang baik.... masih ada yang melabel saya tak mesra peminat.

nyanyi sudah... turun ke audiens pun sudah .... kadang-kadang dari meja ke meja seluruh dewan yang besar.... tangkap gambar dari meja ke meja.... gurau senda dan nyanyi lagi... bertemubual.. dan sebagainya.... masih dikatakan tak mesra peminat.

kadangkala buntu dibuatnya......

nak buat macam mana lagi ni?

namun, walau apa pun... rintihan saya ini tidaklah sehebat label yang telah diberikan kepada negarawan yang amat saya sanjungi....

negarawan itu dikatakan sedang tersungkur.... dan didakwa berdegil tidak mahu bersama-sama parti pakatan itu untuk memajukan negara malaysia....

berdegil tak mahu memajukan negara?

pelik benar dakwaan itu...

dalam 22 tahun beliau menjadi tunggak pimpinan negara... adakah beliau hanya tidur seperti pak gusdur... atau bergoyang kaki seperti orang makan gaji buta?

hmm..... nak buat macam mana lagi ya?

Monday, April 19, 2010

DARI HATIKU

salam.

agak lama juga tidak mengetuk kunci kibod di laptop untuk mengisi ruang di sini.

alhamdulillah, konsert kau di hatiku menerima sambutan yang luarbiasa dari segi emosi dan kasih-sayang yang dilemparkan dan didakap oleh semua yang berada di dewan utama, manhattan ballroom, berjaya times square hotel pada 9 dan 10 april lalu.

umum sedia maklum sambutan dari segi wang ringgit pembelian tiket dan meja agak suram.

malah saya terpaksa menanggung segala kos, agar hasil penjualan itu dapat didermakan.

kalau saya nak guna wang yang terkumpul untuk menanggung kos, pasti tak ada satu sen pun yang dapat didermakan.

dengan seikhlas hati, saya sanggup menanggung kerugian, kerana apalah wang ringgit jika dibandingkan dengan limpahan rahmat Allah swt pada kedua-dua malam konsert berlangsung.

saya bersyukur teramat sangat ke hadrat Allah swt kerana misi untuk memberikan persembahan yang terbaik telah menjadi sesuatu yang luarbiasa dan di luar jangkaan saya sehingga membuatkan saya tergamam dan tidak henti-henti memanjatkan syukur ke hadratNya.

komitmen daripada setiap artis yang terlibat adalah luarbiasa dan mereka ternyata tidak berkira dalam memberikan persembahan yang tersangat baik walaupun ganjaran yang telah saya janjikan kepada mereka adalah amat kecil jika dibandingkan dengan harga yang mereka biasa letak untuk persembahan korporat mereka.

kasih sayang tulus dan ikhlas daripada setiap penonton/peminat yang telah membeli tiket amat dirasai dan terpahat di setiap hati kami.

kejutan yang sengaja saya rahsiakan daripada penonton, "menjadi".

kemunculan zaiton sameon nyata membuatkan semua yang berada di situ merasakan emosi, jiwa dan nurani anak seni yang dipinggirkan itu apabila semua berdiri memeberikan zaiton "standing ovation" dan ramai juga yang sebak dan menitiskan air mata.

saya tidak mampu mengungkapkan kejadian luarbiasa pada konsert kau di hatiku selama dua hari itu.

yang mampu saya ucapkan ialah, syukur alhamdulillah, kerana limpah rahmatNya mencurah-curah tanpa henti.

syukur alhamdulillah.

Monday, February 22, 2010

KAU DI HATIKU (YOU'RE IN MY HEART)

Adibah Noor Entertainment supported by the Berjaya Times Square Hotel & Convention Centre, Kuala Lumpur is proud to present a showcase of performances by renowned Malaysian artistes of various genres.

They are:
Zainal Abidin, with his Afro-Asian forte
Atilia, jazz songstress
Aizat, award-winning, young and very talented popular singer/songwriter
Amy Mastura, pop songstress
And
Adibah Noor, local entertainer

There will also be surprise performances by other Guest Artistes as they will be jamming with the main artistes throughout the evening.

Those who have confirmed their attendance are:
Bob, Betty Banafe, Nizam, Sabhi Saddi and the Dead Mushroom band

The above event will take place as follows:

Date: 9th & 10th April 2010 (Saturday)
Time: 7.30pm
Venue: Manhattan Ballroom, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur

We humbly seek your contributions in terms of tickets and table purchases to enable us to pay for all the costs incurred in the organisation of this concert.

Your contribution will also help us maximise our donations to the beneficiaries.

Below is a price list with sponsorship options.


9th April 2010 – Charity Concert

Theatre seating, no dinner, free seating RM50 per seat
Food and beverage will be sold outside the ballroom in case guests are hungry and thirsty.


10th April 2010 – Charity Gala Dinner Concert

Gala dinner concept, 4-5 course Western Dinner, each table seats 8pax for optimum view and comfort

3rd tier RM300 per seat or RM2,000 per table

2nd tier RM400 per seat or RM3,000 per table

1st tier RM500 per seat or RM4,000 per table

Silver sponsorship RM5,000 per table(10 tables allocated)

Gold sponsorship RM10,000 per table(5 tables allocated)

Platinum sponsor RM15,000 per table(2 tables allocated)

Sponsors will have their company names and logos mentioned and printed on all publicity events and materials.

The beneficiaries whom we have identified to benefit from this fund-raising event are those who are in the entertainment industry, journalism industry and the less fortunate in general.

They are:
Actor, M Rajoli
Singer, Zaiton Sameon
Wardrobe Assistant, Shahrom
Actress, Ida Nerina
Actress, Azean Irdawaty
Writer, Seri Bayu
Journalist, Karim Sulaiman
Veteran Singer/Songwriter, Tan Sri SM Salim
Veteran Actress, Neng Yatimah
Veteran Actor, S Shamsuddin
Veteran Comedian, Yahya Sulong
Tabung Bersamamu TV3

More will be identified with the cooperation from SENIMAN as we intend to bring this charity event for a road tour, visiting major cities like Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Sabah and Singapore.

Please email adibah_noor@yahoo.com for reservations and enquiries.

We thank you in advance for your generosity and for helping us make the event successful in aid of our less fortunate peers and those others in need.

May Allah Bless You.

Sincerely yours,
ADIBAH NOOR MOHD OMAR
for ADIBAH NOOR ENTERTAINMENT