Tuesday, December 15, 2009

I'M HUMAN, JUST LIKE YOU!: CELEBRITY DILEMMA #3

above: ABOO (pssstttt cat-in-sydney... doesn't aboo look like you a bit?)

SPONSOR OH SPONSOR!

salam.
terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua followers yang telah sudi memeriahkan lagi blog saya yang seadanya ini dan jarang sekali update hehe.
thanks so much k.

entry saya kali ni ada kena-mengena dengan aktiviti terkini saya.

buat masa ini, saya ber"kampung" di tanjung kling melaka untuk penggambaran sebuah filem bertajuk "CRAYON".
tak mau le cerita lebih-lebih sangat tapi ia berkisar kisah kemelut yang melanda sebuah rumah anak yatim.
menurut penulis dan pengarahnya, ianya diinspirasi daripada peristiwa benar, yang kemudian diolah menjadi satu cerita untuk tatapan masyarakat.
seronok juga bekerja dengan wajah-wajah baru tapi berbakat.
bila dah war-war nanti kita cerita lebih lanjut ya.

terdetik keinginan mengupas dilema yang sering berlaku kepada setiap produksi yang kononnya ada sponsor itu dan ini.
situasi yang saya alami sekarang ini adalah seperti berikut:

pihak produksi sudah mendapat sebuah resort kelas sederhana sebagai penaja penginapan sepanjang penggambaran.
bukan itu sahaja, mereka tapau sekali dengan katering dari resort yang sama sepanjang penggambaran.

sejurus sampai di resort itu pada jam 3pagi, saya diberikan sebuah apartmen dua bilik.
agak selesa dan bersih jugalah keadaannya walaupun paip di bilik air ada yang bocor dan tilam yang melendut bila anak gajah ini berbaring di atasnya.
rasa-rasanya ada beberapa spring tilam tu yang tercabut kot heheh.
tapi, ya lah... saya tetap bersyukur, kerana keadaannya agak selesa jugalah dan bersih.

keesokan harinya selepas penggambaran hari pertama, saya pulang ke resort dan diberitahu oleh pihak resort yang saya kena pindah ke apartmen lain sebab yang saya dapat semalam mereka nak guna.
nak tak nak, saya pun kemaskan barang dan berpindahlah ke apartmen yang diberikan.

masyaallah, daifnya keadaan apartmen itu dan saya rasa amat terhina apabila diberikan tempat yang seperti itu.
paip bocor, lantai shower berkarat yang kalau terseradung, mesti kena gangrene punya lah.
wallpaper koyak sana sini, sofa yang bertahi lalat, hitam dan kotor... dan macam-macam lagilah.

saya memang mengeluh besar, lantas membuat keputusan untuk keluar terus dari resort itu dan check-in ke tempat yang jauh lebih selesa... dan bayar dengan duit saya sendiri.

kesian, kru dan pelakon lain terpaksa berkampung di resort apartmen yang hanya elok untuk lipas dan tikus.

makanan yang mereka sediakan pun, masyaallah.
bila kunyah sayur, terasa pasir, kunyah ayam kicap dagingnya pulak tak masak.
pendek kata, RM40 satu kepala yang dibayar kepada mereka (bukan sponsor k, kita bayar) memang tak berbaloi.

entahlah, sejauh mana kejujuran dan keikhlasan mereka yang bergelar sponsor.

mungkin pentadbir resort tu anggap, kami ni dah cukup bernasib baik mereka sudi nak bagi kita duduk situ.
tapi pihak produksi pulak kata, bukan semua bilik tu sponsor!
yang resort tu sponsor cuma ada beberapa bilik sahaja.
yang selebihnya, pihak produksi bayar, dengan harga yang istimewa.
istimewa pun, kira bayar jugak kan!

mungkin banyak juga sponsor yang bermentaliti sedemikian.
dah cukup baik mereka nak bagi, jangan lah nak merungut ya!

the thing is, kita bukan minta sedekah.

terpulang, kalau tak nak sponsor, tak apa.

kalau nak sponsor, faedah yang dijanjikan ialah sebutan nama penaja dalam filem dan mungkin bila servis dan produknya bagus, kita akan sebut dan sarankan pada orang lain jugak.

kira bagi free advertising lah kan.

ya lah, kalau mereka nak iklankan produk mereka, kenalah pulak bayar air time la itu dan ini.
so bila ride on a film, maka setiap kali ada publisiti mengenai filem itu, maka terteralah nama resort mereka.

lambat laun, melekat jugak di ingatan khalayak yang menonton.

it is a win-win situation.
always win sebenarnya.

namun, itulah dilemanya.
sponsor yang bermentaliti superior sampai kita nih dijadikan seperti beruk yang makan sampah.
bukan nak dilayan sebagi diva atau kelas atasan.
memadailah kalau tajaan itu membangkitkan lagi semangat untuk berkarya.

bak kata singh yang jadi jaga dalam seniman bujang lapok:
"lu punya nasib lu makan, dia punya nasib dia makan, apa salah lu makan sama-sama"

tak gitu?